Jul 31, 2011

YOU THINK SO?

Saya berkawan dengan kawan kawan yang saya ada sekarang kerana mereka mempunyai kualiti yang saya boleh fit in. Saya boleh gelak sepuas puas hati, memerli, mengutuk, mengata dan mengusik tanpa perlu rasa was was. Mulut saya kadang kadang laju. Lebih lebih lagi time cuti sem ni, sirius.

Tapi dengan sesetengah orang, mereka tidak tahan itu. Tambahan untuk mulut pedas seperti saya yang berani bertegang urat dan memerli ayah sendiri, saya takpasti kalau awak betul betul layak berkawan dengan saya. Makanya itu saya cuba jauhi awak sebab saya tahu awak hanya akan lebih banyak mengadu kepada manusia lain mengenai sikap saya. Mungkin awak lebih sesuai dalam circle awak sendiri. Kenapa perlu nak try hard fit in kumpulan lain yang so not you?

Saya juga bukan jenis yang boleh berkomunikasi menggunakan ayat geli geli dan saya taksuka bergantung harap dengan orang lain. Saya cuba menjadi independent semaksima mungkin dan cuba tidak menjadi beban. Dan saya tidak akan sama sekali memberi details perihal saya kepada public sebab orang boleh buat macam macam konklusi based on apa yang mereka baca. Jika awak nak kenali saya, silalah berhenti mendengar cerita daripada orang lain dan dengan senang senang hati terus nak jump to conclusion. Tak boring ke hidup macam tu nyah?

Siriusli aku weird dengan sikap orang yang suka membebankan hidup mereka dengan masalah masalah yang sebenarnya tak wujud pun. Kau cakap orang benci kau. Kau dengar dari mulut dia sendiri dia cakap macam tu? Ada dia email kau cakap I HATE YOU TO THE CORE? Ada dia blackmail bagai? Ataupun dia ugut nak bom rumah kau? Ada dia hantar puaka tebing biru follow kau 24/7? Text kau sampai kau kena pergi Suruhanjaya Komunikasi just nak charge orang tu. Buat kau tak tidur malam fikir sampai muntah darah pagi esoknya. See, I've tolcha. Kau membesarkan hal yang sebenarnya tak wujud pun. Kalau ada balls sila tanya. Jangan nak bunuh diri sendiri dengan beban yang entah apa apa.


Oh my, you seriously need a doctor to fix your seriously-damaged-brain.

ONE TO COMPLETE THE WHOLE

Now I'm at the top of the world. All my happy pills are *were, since harini Ariff dah balik Damansara* in Kuantan. Taksempat nak having the first puasa with my brother but sokay, raya nanti dia cuti lama.

Semalam balik ke Temerloh untuk ambil Mak Long. Mak Long nak stay dengan kami for two weeks in Kuantan. Selama ni Mak Long cuma seorang diri kat rumah dia, ditemani Kak Su si penyewa. Bila kami ada kat sana memang macam nak pecah rumah. Kami bentang tilam kat hall, tidur ramai ramai sekali dengan mak ayah. Bising pulak tu bergelak sampai tengah malam. Siriusli dah lama tak rasa macam ni. Nak gather dengan saudara mara lain memang dah susah, masing masing ada hal masing masing. Plus, famili aku sendiri dah macam nak gila bila lepak sekali tambah tambah bila ada Ariff. Naisss.

"Mak, tengok anak teruna mak ni pakai night cream. Anak dara mak tadak pakai pon benda alah ni semua."

"Tu lah hampa. Tengok kulit dia. Dok kawan dengan Fahrin Ahmad tu yang pakai Garnier tu. Putih berseri."

Banyak lagi dialog lain yang buat aku gelak keras perut.
Siriusli, my best weekend ever.

Jul 28, 2011

Vandalisme semakin menjadi jadi sekarang. Conteng bukan bukan pulaktu. Kau buat grafitti ke boleh jugak orang nak appreciate bagai.

"B-U-R-I-T"

"Kau sebut apa tu Baby?"

"Entah. Kat situ tulis burit."

Silalah jangan bawa kanak kanak untuk bersiar siar di belakang blok. Lebih lebih lagi kanak kanak tadika. Maklumlah baru terer mengeja. Lidah gatal lagi. Semua benda nak sebut.

Jul 25, 2011

Hati I pilu sangat malamni. Tergores dan calar balar tahap 97 persen. Dari minggu lepas I tergila gila nak pegi Worldstage sebab nak jumpa 30 Seconds To Mars sampai merayu dengan semua orang mintak tiket free/murah.

I'm dying to see 30STM ! Like seriously dying !


Then I bukak wall my exbf, ternyata dia pergi ke konsert tu last week. Siap ke backstage lagi. FREE PULAKTU. Sirius hati aku hancur luluh berkeping keping jadinya.

But still tak menyesal clashed dengan dia dua tahun lepas. Biarlah missed konsert tu pon. Bak kata Jep hensem, barang yang lepas usah dikenang.

Jul 24, 2011

MY IQ IS 138. YOUR'S 27. SO WE BOTH NOT SAME.


Aku rasa macam baca blog sendiri bila bukak blog kau.
Ayat kau macam ada copy-paste sikitlaa dari entry aku.
Gambar yang kau susun kat sidebar pon dah lebih kurang aku.
Bukan lebih atau kurang dah, memang dalam koordinat yang sama.
Kau punya layout pun dah totally tukar, cuma gedik kau je sama.
Perasaaan aku yang macam tu atau aku je yang perasan?


Kau perasan tak @Loser?

Jul 23, 2011

AT THE TOP OF THE WORLD

Esok dah nak balik Kuantan. Alhamdulillah everything's went well here. Fiza fed me with more than enough food and now pun still rasa perut aku nak terbarai dah.

"Mak aihh tinggi gila bukit tu. Nak turun kena slide pulak. Dahla aku pakai bottom track. Mawnya turun karang berlubang seluar ni."

"Best lah."

"Kau tawu, nak cari soulmate mestilah someone yang boleh daki bukit sekali dengan kita"

"Daki bukit je? Then kualiti lain?"

"Aku nak dia boleh temankan aku tengok muffin yang aku bakar, tolong aku potong bawang, tolong aku carikan resepi resepi yang best, boleh makan semua yang aku masak, takperlu nak tarik perhatian aku just by saying 'wow', bacakan buku before aku tidur, borak pasal life kami, urutkan aku bila aku almost putus dua, minum teh tarik share satu cawan and ada anak hasil kehebatan kami. Ouhh kau tawu tak comel gila tengok muffin yang tengah kembang tu."

"Sikitnye kriteria kau. Cehh."


Aku senyum. Tapi hati aku kelat fikir macam mana nak turun dari puncak Broga tu. Sirius curam.
Aku tak cakap lagi kat Ayah aku nak balik Kuantan esok. Masa nak datang sini pon aku tak bagitahu Ayah.

Jul 21, 2011

BIG BREAKFAST

Mulut asyik mengunyah sahaja sepanjang disini. Bulat laaah. Nasib baik cuma sampai Ahad ni aku melepek kat rumah Fiza. Untuk dinner tadi aku plan nak buat sambal tumis udang dengan petai. Puaslah pusing Bangi-Kajang. Petai tak ada. Orang Bangi-Kajang ni memang tak makan petai ke? Fiza cakap tunggu pasar malam Sabtu ni maybe ada petai kot. So boleh continue dengan plan nak buat sambal tumis petai dengan udang. Dinner tadi cuma masak sambal tumis udang dengan paprik. Nak petai jugak *Sigh*

Ouhh Sabtu ni nak panjat Broga tapi takcukup kaki. Plan asal macam ramai sangat nak ikut tapi last last macam tinggal kami bertiga sahaja. So sesiapa yang nak panjat Broga sekali dan beramah mesra dengan saya, silalah hubungi saya. Saya juga akan sediakan makaroni bakar dengan lebihan keju dan tomato sebagai sarapan kita pada pagi itu.

Saya seorang yang caring. Saya akan pastikan awak makan dengan secukupnya pada pagi itu. Kalau hubungan kita berpanjangan, saya boleh jaga awak sepanjang hayat ;)

Jul 20, 2011

FIRST ATTEMPT

5 jam aku naik bas harini dihiasi dengan bunyi bising budak kecik di sebelah. Baru dua tahun lebih kot tapi sumpah banyak bunyi. Comellah jugak sebab ikut muka ayahnya yang macam Enrique Iglesias. Siriusli aku tak pedulik pun kau comel ke tak sebab kau bising sepanjang jalan selama lima jam tanpa henti tu buat aku mampu sengih kambing je kat bapak kau. Nasib baik ayah kau hensem. Aku rasa macam nak stapler mulut budak tu tapi bila dia asyik bising lagi terus terbit perasaan nak tikam tikam dia sampai pengsan lepastu bila dah sampai Kajang baru hidupkan dia balik.

Bila dah dia bising sangat, masuk jam keenam dia buat bunyi, Abang Hensem Enrique Iglesias terus ambil peluk peluk cium anak dia. Aku yang kat sebelah dok tengok ni terus Anyonyonyo comey aihh penyayang betoi bapak dia. Lepastu lepastu budak tu mengekek gelak lagi berdabel dabel aku Anyonyonyo. Okay fine bunyi macam cacat tapi kaaann sirius comel bila aku buat bunyi tu. Nomnom.

Perbuatan tidak senonoh kanak kanak memang harus dimaafkan apabila kecomelan mereka mengatasi segalanya. Kecuali Mia. Dia dah merampas kedudukan aku dihati B. Kill Mia. Memanglah kau comel but sampai merobek hati aku ini so sila pergi punggai kepala sendiri. Go die.

Jul 19, 2011

BIG ELEPHANT


Harini saya berpuasa dan mungkin kerana terlalu lapar sebab sahur sambil bergosip pada 2.30 pagi semalam dengan Aja dan terus tidur tak gosok gigi, maka saya tertumpahkan gam gajah ditangan. Sekarang tangan  saya dah kasar dan buruk. Tangan kanan pulak tu. Nasib baik hari ni bukan majlis akad nikah saya. Kalau tak mesti future soulmate saya lari.

Untuk menghilangkan rasa kesat dan pedih, saya sapukan lipgloss di tapak tangan. People would do anything just to kill the pain, just so you know because mungkin awak cakap perbuatan saya itu entah apa apa. Tapi takan saya nak letak Clorox atau gosok dengan kertas pasir 01 pulak kan? Lagi macam haram jadinya nanti. Jadi saya mengambil jalan terbaik untuk biarkan benda pelik ditangan ni hilang secara sendirinya.

Malamni saya dah nak gerak ke Penang. USM dah jadi macam rumah kedua pulak. Nanti nak jumpa Mei, harap dia tak freaking out dengan tangan saya ni. Mei kuat membebel you know. Lebih lebih lagi kalau awak tak habiskan makanan dalam pinggan. Awak akan dengar dia membebel sepanjang hayat.

Jul 18, 2011

REDO THE BUSINESS

Kau tahu tak perangai manusia ni pelik pelik? Dan yang pelik pelik ni lah selalu datang ke cc bapak aku.

Style renung depan PC pilihan hati, nak tunggu asap berkepul kepul keluar dari PC sebab nanti PC tu boleh on sendiri. Kot lah nak datang kaunter cakap nak pakai PC mana. Dahlah redah masuk buat kalut lepastu buat muka blur macam aku pulak yang bersalah kan.

Paling aku sentap, dah print banyak banyak lepastu tanak bayar. Salah print. Eh dah masa kau nak print tu tak tengok habis habis ke? Tak reti pakai print preview? Kalau dah buta IT sangat silalah minta bantuan aku kat kaunter ni. Sia sia lah aku kerja satu hari kalau aku cuma bankruptkan bapak aku semata mata.

Tapi Ayah yang baik hati sentiasa memenangkan pelanggannya.

"Tak apelah. Dah dia taknak kertas tu. Minor mistake. Nanti kita recycle balik."

Recycle? Untuk orang yang dengki dan kedekut macam aku memang menyampah tengok manusia manusia tak reti nak bertanggungjawab. Aku pun tak kisah kalau kau salah print bagai tapi kau admit kau salah print then buatlah muka bersalah gila dan pura pura nak bayar. Aku selalu buat macam tu tapi takpernah berjaya sebab tak ada lagi cybercafe yang bermurah hati macam kat sini yang selalunya rajin 'kira halal' dengan customers. For those yang buat perangai shit shit memang aku charge lah kan even kau guna PC tu seminit pon. Aku sangat baik hati dengan orang yang baik okay. Siriusli kau takan jumpa cybercafe kat Malaysia ni dengan pekerja yang superb dan tokey yang kira murah dengan kau. Buat perangai elok elok sikit taw lain kali.

I marah ni. Grr.

Jul 17, 2011

18SX

"Ayah, budak laki kat PC10 tu busuk gilaaaa. I felt like vomiting masa lalu kat dia tadi. Seriously smelly tahap I've never smelled one like that before."

"Isk tak baiklah cakap orang macam tu."

"Lohh cuba Ayah tengok dia sorang sorang kat situ. Nobody's on his left and right. Along yang lalu belakang dia tadi tu pon macam nak nangis, tambah pulak sapa sapa yang duduk sebelah dia."

"Dah lama ke dia online? Cuba tengok dia surf apa."

PC10
Right-click
Remote Management


"He's downloading videos at Redtube, sir."

COOKING MAKES YOU CALM

Sekarang ni I dah semakin rajin memasak. Segala apa yang ada di dapur rumah I akan gunakan dalam resipi I. Kadang kadang I hentam letak segala bagai in my cooking sebab orang takpernah buat masakan tu dan I malas nak ambil port namakan resipi tu pulak. Tapi I rasa macam sedap je buat macam tu so I teruskan usaha memasak I.

Haritu I teringat resipi makaroni bakar yang I belajar dalam kelas Kemahiran Hidup Tingkatan 3 dan siriusli sedap gilaaaaaa. Masak sendiri baru puas hati nak letak cheese and tomato sampai melimpah ruah pun.

Memasak sama macam kita buat eksperimen dalam kelas Kimia. Ouhh cikgu Kimia I semasa di Tingkatan 4 sangat comel nyum nyum. He's a Chinese and I already forgot his name. Bluerrh. Okay, the chemistry-- ikut gerak hati dan lebihkan mana yang kurang, kurangkan mana yang lebih.

Nak belajar western dishes lah. Macam senang dan sihat sikit sebab kurang lemak bagai. Tak adalah I nampak gemuk dalam gambar yang ditangkap Aja. My BFF for now is AFC.

ALARTE ASCENDARE

Dah sepuluh juta kali aku ulang Fucking Perfect malam ni. Macam in in je dengan jiwa aku for the current moment.

Disamping itu aku juga gembira mendapat khabar Aten dan Faed dapat masuk USM. Tahniahlah awok berdua. Btw, Harry Potter is very awesome to the core. Macam nak nangis pon ada aku tengok movie tu. Maybe because it's the last one and felt a bit like losing it though dah nampak Harry tu terang tang tang hidup lagi sampai beranak pinak.



Tapi I paling minat Ron. Hang ni comey ngat aihh. Aumm aumm.

Jul 16, 2011

SECOND GUESSING



Life's getting complicated lately. But I found it awesome at some parts. Well most of the parts actually. Petang tadi jugak Fiza Rahman called aku menangis nangis sebab sakit hati dengan mamat-yang-dia-dah-jatuh-hati. As a friend I'm supposed to comfort her and feed her with good words. Tapi aku banyak berdiam dan cuma dengar apa yang dia bebelkan. Aku harap apa yang aku buat untuk kau tu dah cukup sebab aku tak tahu nak cakap apa. Aku cuma boleh dengar kau menjerit jerit, meraung, marah marah, maki maki. Babe, semoga kau dalam kondisi yang terbaik pada minggu ini dan sila bertahan sebab cuma minggu depan aku akan jumpa kau. Hidup baik baik okay.

Lama jugak aku mengelamun lepas minah tu hang up. Aku pun takbanyak pengalaman nak handle hal hal jiwa ni memandangkan sangat boleh dikira dengan jari episod percintaan aku.

"It's okay. Kan Ayah pernah cakap, luluh macam mana pun hati sebab kecewa sekarang, tapi kalau dah memang jodoh kita, Insyaallah Tuhan temukan jugak nanti."

"Ini soal hati. Hidup kita, kita sendiri yang rasa. Orang lain cuma boleh komen dan kritik. Elok bagi diorang tapi elok ke bagi kita?"

"Dulu aku tak rasa pun aku boleh kekal dengan bf aku sekarang sebab aku still ingatkan ex aku. But lama lama nanti kau akan belajar pasal masing masing. Bila kau dah boleh terima someone untuk sesuatu tempoh, kau akan find out he's the one."

"Dalam sesuatu hubungan, kita belajar memberi dan menerima. Aku dah terima baik buruk bf aku sekarang and aku rasa dia comel sangat." *Okay potong yang tu*

Itu dua penasihat tak bertauliah aku bersuara.

Saya cuma nak cakap, I was about to say I Love You when I called you at the airport last two months. Risau jugak kalau jadi something kat tempat orang dan tak sempat cakap apa apa pada awak tapi saya tak tercakap pun. And it was last two months. Sekarang saya dah tak tahu apa jadi pada kita berdua.


I don't know when I start to love you and I don't know how to end it. Guide me please.

Jul 13, 2011

MERRY GO ROUND



Few weeks ago Encik Ahmad Saruddin postkan something kat wall aku.
Just a simple smiley.

Aku senyum. Tapi nafas aku sesak. Otak aku berputar teruk.
Terus aku teringat kisah di semester lima, Fazz dan mentor kami.
Ada jugak lelaki kaki mengadu kan? Siriusli bangang to hell.

Bila ingat ingat balik, menyesal tak potong lidah mamat tu dulu.
Potong, baling kasi anjing. Aukk aukk.

Jul 11, 2011

JUMP TOGETHER


Okay ini sirius comel.

Ada budak lelaki around 9-10 tahun datang nak print gambar. Cikgu nak katanya. Untuk memudahkan dia cari gambar gambar yang cikgu itu nak, maka saya tolonglah googlekan. Siap paste dalam Word lagi untuk dia print.

Selain comel, dia juga peramah. Tapi saya lupa untuk tanyakan namanya disebabkan terlalu leka berborak. Kami dimeja utama sambil saya menolongnya melakukan kerja sekolah dan Ayah yang mengusiknya sampai blushing.

Sebelum balik dia tanya kalau saya ada FB dan disuruhnya saya untuk add dia. Saya cuma mampu tunjukkan akaun Twitter yang dibanjiri dengan post dari Yayat dan dia berlalu pergi dengan muka kelat sebelum sempat saya ucapkan selamat jalan. Sorrylah awak, saya cuma cari lelaki yang tua dari saya. Cinta kita mungkin tak bertahan kalau hanya melalui laman mukabuku. Awak pon belum cukup matang dan saya berani terjun jambatan kalau awak masih belum baligh. Jangan kecewa okay. We can still be friends kan? *Cubit dua dua pipi awak* Nyuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Jul 9, 2011

NEXT SUMMER

Sekarang saya di Cherating, bercuti bersama keluarga.

Tapi saya dah sakit satu badan akibat jatuh tangga, mandi laut, mandi di kolam dan ouhh, kaki saya juga lebam dihempap motor. Siriusli sakit tapi saya gagahkan juga untuk bercuti.

Dan saya masih lagi mahukan cuti yang panjang untuk berjumpa kawan kawan dan spent time untuk diri sendiri.

Siapa nak ikut saya jom lah. Kita pusing Malaysia.

Jul 7, 2011

ITS NOT AS SIMPLE AS ABC



Aku baru perasan, lagu Rocketeer yang ditampal di wall FB aku dihantar pada 14 Februari.
Just so you know, I'm missing you.

FROM ALL ITS SPINNING ROUND THE MOON


This is Mei. She is my first ever Chinese friend. We've known each other since our trip to Bangkok. Disebabkan saya dibesarkan dalam masyarakat majoriti Melayu dan bersekolah di sekolah Melayu tanpa sekelibat orang Cina pun, maka saya tidak didedahkan dengan mereka. Zaman kolej dibawah tanggungan MARA pun tak ada bangsa lain selain Melayu. Selama ini saya cuma disuapkan dengan stereotaip perangai perangai orang Cina. Siapa kata kita takboleh berbaik dengan orang Cina? Anda salah fakta okay. Saya boleh tidur sekatil dan kongsi makanan dengan Mei. Banyak lagi perkara lain yang kami buat bersama. She's superb, and you'll find one like Mei.

Jul 6, 2011

BULANMADU

Salah satu tugasan yang perlu kami lakukan dalam kursus di Langkawi adalah mencapai target RM200 atau lebih dengan melakukan apa apa kerja sekalipun dalam masa tujuh jam. Dan kami tidak dibekalkan apa apa selain kad pengenalan dan cuma satu telefon bimbit dalam setiap kumpulan in case for emergency.

Kumpulan aku dihantar ke Pantai Chenang dan kami buat macam macam kerja just nak hit RM200. Antaranya buat kerja housekeeping kat satu motel ni. Aku pun lap lah cermin kat empat blok situ dengan seorang lagi kawan. Kami lap dari luar, takmasuk bilik pun.

Masa tengah mengelap tu aku cuma harap minggu itu tak ramai orang ke Langkawi untuk honeymoon walaupun hari itu adalah hari Jumaat yang baraqah untuk kerja kerja sunat yang selalunya dilakukan di malam hari. Takpasal pasal karang aku masuk kelas anatomi. Mesti aku teragak agak nak teruskan dengan kelas free itu atau berlagak baik dan terus blah.

Jul 5, 2011

MEI AJAK

Aku tahu tahap kerabunan aku agak teruk. Tapi aku taksangka daya ingatan aku lagi super lousy dari daya penglihatan.

Secara drastik Mei ajak aku ke Langkawi untuk satu kursus. Like I care. Aku tergedik gedik nak pergi even last minit sebab Mei's text-- Last day boleh shopping, and I was like hamagaaddd ! *Gila betol*

Kau faham tak bila aku cakap drastik, I meant drastically drastic. Petang tu jugak aku beli tiket ke Penang sebab pagi esoknya jam 8.30 dah nak gerak ke Langkawi.

Jadi sesampainya di terminal bas subuh tu, aku ambil cab nak balik Bakti Permai sebab Mei disana. Dah sepuluh kali jugaklah aku ulang baca text yang sama just to make sure aku taksalah baca dan memang aku taksalah baca. Mata aku betul cumanya kali ni ingatan aku sangat sangat ke laut. Driver tanya aku Bakti Permai kat dalam lagi kan, dan penuh yakin aku cakap Yup tapi aku suruh dia belok kanan which menghala ke Aman Damai. Tak tahulah hantu apa rasuk aku pagi tu. Aku pusing belakang, ingat nak mintak pakcik teksi tu hantar ke Bakti Permai. Tahu tahu dia dah blah. Rajin pulak dia nak tunggu aku kan. Maka aku menapaklah sorang sorang ke Bakti Permai dari Aman Damai di subuh hari. Dan aku gelak sorang sorang jugak sepanjang jalan. Thank god tak ada orang lalu lalang.

Cuti yang lama boleh membuatkan anda hilang ingatan terhadap peta kampus sendiri.