Jan 25, 2011

DUIT YANG PERLU DIBUANG

Tadi semasa kuliah Teori & Penyelidikan Komunikasi kendalian Puan Wang, saya Fafat dan Dada hampir digoreng kerana kami lambat masuk ke kelas. Alaahhh, lambat 15 minit je. Sebab saya ada 3 kelas berturutan sejak tengah hari tadi dan saya kelaparan. Jadi sejurus tamat kelas Penulisan Promosi saya bergegas ke bistro untuk minum petang. Menu minum petang saya ialah bihun singapore dan ayam kepit. Eh entahlah saya pon tataw apa jadah nama makanan tu saya bantai telan sahaja.

Tetiba masuk dewan kuliah yang dipenuhi almost 100 students;

: Kenapa datang lambat? Kelas start pukul berapa?
: Uhmm, 4.
: Sekarang pukul berapa?
: 4.


Jadi tuan tuan dan puan puan, kat situ dah nampak kesilapan Dada yang paling obvious bila dia jawab 'pukul 4' sedangkan masa tu dah 4.15. Free free kena sembur.

: Next time tengok jam awak betol betol.

Jan 20, 2011

I DAH PANDAI BERKAWAN

Wa sekarang dah maju. Wa dengan geng geng wa nak spent weekend kali ni kat Kelantan. Kitorang siap bawak kasut futsal lagi nak berjuang dengan otai otai Kelantan. Wa semangat ni beb walaupun kasut wa tu bukanlah kasut futsal dan sememangnya dah rongak habes kat depan, wa tak peduli. Yang penting, wa and the geng boleh lepak Kelantan ramai ramai. Lu orang ingat senang nak dapat chance lepak dengan geng macam ni? Susah woo. Lagi lagi kawan wa semua bajet busy nak mati. Asaimen berjuta nak kena hadap.

Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya Liyana Sulaiman, Jamal Aqilah, Cimud, Nabila dan Ayuyu Awang ada dengan wa. Ni semua memang tangan dan kaki wa lah. Kalau tadak depa semua ni, memang wa tak hidup.

Geng, buat yang terbaik. Wa taw kita bukan handalan, cikai dan mungkin jaguh kampung. Tapi semangat kita kuat. Menang kalah tak penting. Yang penting bawak balik budu untuk mak ayah kita. Go CG !


Eh uollss, walaupun uollss posing macam nak cacat, I tetap sayang uolss. Mu-ah giteww.

Jan 17, 2011

AIHETYU

Kebenarannya, aku bukanlah seorang yang friendly dengan orang-yang-aku-kenal-gitu-gitu-je. Contoh terbaik, kawan kepada kawan aku add aku kat FB, itupon sebab pernah jumpa sekali dua. Dah banyak kali aku denied friend request dia sampailah dia PM aku cakap-- sampai hati tanak approved akak. See, pangkat pon kakak, memang aku takrapat mana pon lah kan. So aku malas nak amek port dan dengan baik hatinya aku approved dia. Jangan banyak tanya tapi siriusli aku memang takboleh nak reject.

And then the worst thing ever happened. Dia add ayah aku, cousins aku, siblings aku, and paling best dia add boyfriend aku. Hang memang loser gila lah kan sampai semua orang hang nak balun p add pasaipa?

Sampai satu tahap tu aku rasa nak delete ayah aku, cousins aku, siblings aku, dan bf aku. Gila tak gila dia punya stalk. Chibaiss betol.

Sekarang ni tindakan paling munasabah aku-- block dia dari wallpost, album, relationship status, friends dan paling penting blog. Be back to basic ye kak.


Dahla. Bye !

Jan 16, 2011

TRYING TO BE LOVED

Muka batak gila baru bangun tido dah bantai p makan.

Aku dah macam takut takut nak sedut nafas sekarang ni. Lagi lagi time kuliah Pn. Wang dengan Prof Ramli. Ibaratnya kau mengadap harimau. Sebelah kaki dah dalam mulut harimau tu.

Dan macam disaster jugaklah bila setiap pembukaan untuk minggu baru iaitu Isnin, 9 pagi, dengan muka basi dah disajikan dengan muka Prof Ramli. Walaweyy. Terbaiklah hidup aku semester ni. Aku tak jumpa lagi mana mana kelas yang fun gila macam last sem. Semua lecturer muka ketat. Kuliah yang bosan. Tutorial yang menyeramkan. Readings yang berjuta juta untuk aku habiskan. Aku cuma sempat ponteng satu kelas saja minggu lepas gara gara kelas tu bosan nak mati. Haih.

Uhh, nasib baik Nabilahuda ada tinggalkan harta karun dia kat kami. Tadeklah pilu sangat hidup aku every weekends memandangkan kawan kawan semua balik. Kekaseh aku setiap hujung minggu sekarang ni Jamal Aqilah jelah. Bunch of thanks machikk. Sayang kau lebey lahh.

Jan 14, 2011

I WISH IT WAS YOU

Main futsal macam bercinta.
Kejar bola sampai dapat, kawal dan cuba jaringkan gol.
Gol kemenangan untuk pasukan.

Bila bercinta, dapat boyfriend, jaga hubungan sebaik mungkin, elakkan daripada dirampas minah pusi dan aim untuk masa depan bersama.
Kemenangan di kedua dua belah pihak.


Tapi kalau dah memang tadek jodoh, abaikan perumpamaan aku ni. Dan jangan bunuh diri. Dosa besar sial.

Jan 7, 2011

FIRESTONE

Hari ini seperti biasa mengutuk orang lagi. Antara insan insan terpilih adalah Manusia 1, Manusia 2, Manusia 3 dan Manusia 4.

Kawan kawan, itu adalah antara sifat mazmumah yang patut kita hindari. Mengutuk orang sampai kiamat pon tak guna. Orang yang kau kutuk tu tak ada efek pon. Kau tu haaa berganda dosa dari dia. Kalah setan dah taw. Euuuww.

The worst is when you make up stories about people and tell everybody in the college about him/her. Kau faham tak tu rekaan? Semua yang kau jaja kat orang tu rekaan semata mata. Fakta yang kau reka dan edit sikit sikit so that orang dengar macam sedap gila. Orang tu tak ada salah pon tapi cerita kau macam dia dah bunuh orang. If you think you'll get more friends by doing that, I bet their hobbies just like you. Sweetheart, people would knew it one day-- that you and setan are incomparable.

Jan 6, 2011

SATU KEK UNTUK KITA KONGSI



Dah banyak kali aku cuba pegang tangan kau dan luah seluruh isi hati.
Dah banyak air mata tumpah untuk aku cuba baiki apa yang rosak dan hilang.
Dah banyak doa aku angkatkan ke langit, minta tolong dengan Yang Esa.

Sampai bila kita nak macam ni?

Cakap pon macam dah tak guna. Kita bukan macam pasangan mother-and-daughter yang lain. But I know deep in my heart, one day we'll be better. You and me. We'll go round the world, having a cup of hot chocs only both of us. We'll smell the morning together and I'll help you lounging in the garden that you've been dreaming before. I know Ayah kinda allergic to flowers whenever you asked him a hand. I'll make it all for you Mak. I promise.



Mak, you are my red rose. The only red rose. I love you.

Jan 4, 2011

STEALING SOME MELODIES



Alhamdulillah semester ni I ada manners sikit. Pergi kelas pakai kasut dan bukan selipar. Lenses pon dah jarang pakai sebab malas dan I gatal tangan sign up for kelas pagi. Cincin yang B belikan pon I dah pakai 23 jam sehari. Sejam lagi tu I bukak sebab apa pon tataw. Tapi yang penting I pakai balik. I sedang belajar nak jadi setia ni.

Selain itu I juga dah buat belanjawan untuk satu semester dan I akan spent my money wisely beli buku buku buku dan buku sahaja. Barang barang haram yang lain seperti baju, seluar, kasut, blablabla dan blablabla semuanya I akan fikir masak masak sebelum I gatal gatal nak beli. I dah pasang azam. Tanak jadi macam last semester duit mengalir macam air je. Macam bukak pili air, macam tu lah duit I mengalir.

Ouh siapa siapa ada tips nak jimatkan wang tanpa nampak macam miskin gila dan tak kedekut bolehlah share dengan I. Thanks dan bye !

Jan 3, 2011

MEET THE ULAT BUKUS


0800-1000 German Language LAG 100
1100-1200 English Style in Contemporary Literature HET 224
1200-1400 English Pronunciation Skills LHP 455
1400-1600 Penulisan Promosi YBP 226
1600-1800 Teori & Penyelidikan Komunikasi YKT 111


Ya aku tahu aku orang paling busy di dunia pada hari Selasa. Memang seharian aku akan menghadap buku buku buku dan buku. Macam rajin gila kan? Haih babi lah. Bila time aku nak makan bagai? Harap harap sempat bernafas. Itu pun dah besar rahmat.

Kalau ada orang nak bunuh aku, mesti tak sempat ni. Tataw bila nak curi masa tikam aku. Bertuah jugak ya.

Jan 1, 2011

I'M BRAND NEW



Wishlist;
  • Sihat tubuh badan
  • Matang
  • Semakin bijak dan kurangkan perangai nonsense
  • Jangan jadi loser
  • A untuk setiap subjek-- esp. paper P. Ramli.
  • Kurangkan ponteng kelas
  • Duit semakin subur dan beranak pinak
  • Yuna juara AJL tahun ni
  • Dating dengan B sekerap mungkin. Sampai meluat pon takpa. Eh boleh meluat ka jumpa kekaseh?
  • Jadi anak yang baik
Okay itu sahaja. Selamat menjalani dua-ribu-sebelas !