Apr 30, 2011

PERISTIWA TIGA TAHUN LAGI

I ada kemahiran yang super untuk predict the future. Tapi skill ini jarang wujud dan hanya datang untuk certain kondisi sahaja. Bayangkan kalau hari hari I boleh nampak masa depan. Homaii.



"Kenapa kita clashed tah dulu?"

"Because we both want it."

"Huh?"

"You just said the word and I thought it was your fault. I always thought like that until I've learn something in these passed years, that I want it too.

"I thought you always love me."

"Yes I did. Tapi kalau awak sayang saya lagi masa tu awak takan tunggu lama untuk pujuk saya balik. Kalau saya pun betul betul sayangkan awak mesti saya menangis meraung raung nak awak. But we both take things for granted. Kita tak pujuk hati sesama sendiri, sebab apa pun saya tak tahu. Mungkin kita dah tak high macam dulu."

__________________________________________

Perbualan ini mungkin terjadi lebih awal, atau mungkin lambat beberapa tahun, atau mungkin tidak akan wujud langsung.


*smile*

Apr 29, 2011

I PAUSED

Kita semua ada dosa besar yang pernah dibuat. Sama ada kita punya guts nak mengaku atau tidak. Sesetengah orang memang dilahirkan 100% setan manakala yang lain split kepada dua personaliti. Mungkin 50/50 setan-malaikat, 70/30 setan-malaikat atau 10/90 setan-malaikat. Figura ini sentiasa berubah. Aku sangat pasti memang tak ada manusia dilahirkan 100% malaikat. Kalau kau nak pretend sebagai malaikat bolehlah tapi IC kau tetap berbapakan seorang lelaki.

Disebabkan aku turut dibintikan kepada seorang lelaki paling superb maka aku pun terikat dengan split personaliti setan dan malaikat. During 90s dan menjelang millennium baru, aku bukanlah aku sekarang. Ada cat hitam atas kain yang aku corakkan selama ini. Agak besar tapi orang tak nampak sebab aku gunting dan simpan baik baik segala yang buruk itu. Mulut mulut orang selalu keluar-- Eleh kau ni bajet baik sangat macamlah takpernah buat dosa. Ya, kita buat salah tapi takkanlah kita tak ada effort untuk baiki ruang ruang yang cacat tu untuk menjadi lebih baik kan?

Well macam aku cakap tadi semua orang pernah buat jahat/dosa. Cuma dia hebohkan atau tidak. Ada orang bangga dirinya kaki perempuan, kaki tunggang, kaki judi, kaki clubbing dan sebagainya. Tapi ada orang yang setakat pernah curi RM5 dari poket ayah sendiri tapi malu nak cerita.

Itu terpulang masing masing.

Someone, yang buat hati aku paling lapang bila borak hal dunia dengan dia, pernah cakap- Manusia memang banyak rahsia. Bila kita bersedia untuk menceritakan rahsia kita dengan orang yang kita percaya tak akan bocorkan mulut sampai mati, maka kita juga telah bersedia untuk menerima apa juga yang berlaku kelak. Andai orang yang kau percaya separuh mati itu menjaja cerita kau sana sini, cuba untuk jangan salahkan dia. Bukan bermakna kita bodoh sebab percayakan dia tapi sebab kita salah meletak kepercayaan.


Ayah pernah cakap, your bestfriend has another bestfriend. But who cares? Berkawan, berkawanlah. Tak semestinya semua rahsia kita dia perlu simpan. Trust me, there's someone out there yang masih boleh kita percaya. Kalau tak, tidak akan wujud watak Hassan.

Pasal dosa dosa besar tadi, aku pun ada dark side jugak. Episod episod yang aku nak delete forever dari hidup. Aku cuba aplikasikan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Aku tak mahu jadi macam Anikin Skywalker yang dilahirkan pure but at last jadi Darth Vader. Ada benda yang aku buat sampai diri sendiri tak nak ingat itu semua dan aku rasa mak ayah pun dah tak bercakap pasal hal tu.

Banyak benda sebenarnya yang corakkan kita sebagai manusia. Nak jahat sangat buat apa? Kau tak nak cium bau syurga?

Apr 28, 2011

Bercinta tak semestinya memiliki.


Lima tahun lepas I was like-- what the fuuu. Kalau dah sayang go on jelah. Nak bersedih sedih bagai wadefak. Disebabkan aku banyak disuapkan dengan drama drama cliche Melayu masa kecik kecik dulu maka aku pun banyak disuapkan oleh kisah kisah cinta yang happily ever after.

Then everything turns out to be different. English movies memberikan definition yang lebih wide soal cinta and its true. Taksemua kisah cinta kita ends with those suggested by the fairy tales atau novel novel Melayu. What I'm saying is definisi cinta Melayu dah sangat basi dan stereotaip. Itu kalau dalam filem lah. Jarang sangat nak jumpa ending yang homaigod-kenapa-jadi-macam-tu-ouhh-gilelaaahh.

So selepas lima tahun yang lepas, I started to change my view towards all the cintan cintun's concept. Bila bercinta dan berputik rasa sayang, kita telan semuanya pasal pasangan. Sampai tak tahu ikhlas atau tak kita terima baik buruk dia. We argue, sakitkan hati each other and we've been into this circle for quite a long time sampai lama lama semua kelemahan dan kekurangan dia, kita dah terima seadanya.

Tapi cukup tak semua ni untuk dia jadi soulmate kita?

This is the right time to apply the saying above. Memang sayang, tapi lebih baik melepaskan. Satu tahap nanti akan sampai fasa we've been together for nothing. Masing masing tahu apa yang terbaik untuk diri. Daripada bersama tapi tak ada apa. Istilah masa-depan-bersama tetap taknampak kan?

Apr 26, 2011

VOLCANO

Selama berbelas tahun aku belajar, menghabiskan masa dengan buku buku dan pensel, selama aku bertarung dengan peperiksaan, inilah yang paling maha dahsyat Tuhan sajikan aku. Rasa menyesal dan nak rebus nota nota YKT 111 tadi dan minum. Biarlah even aku dah amek exam tu pun aku still nak tambah ilmu jugak.

Tiga jam. Tiga soalan. Tiga ratus markah. Soalan 1 aku berani kerat jari Puan Wang tak hingin bagi 0.01 markah pun sebab apa yang aku jawab memang kelaut. Kalau nelayan yang tangkap ikan memang taknampak hasilnya apatah lagi aku yang tak tangkap apa apa. Jaring pun tak pasang. Alhamdulliah Soalan 2 dan 3 agak boleh digagahi walaupun mula mula aku nampak soalans tu, berpinar kejap dunia. Exam hall yang sejuk gilababi tu aku rasa panas semacam lepastu aku mula ingat mak. Lepastu mula rasa tak seinci pun kepala aku nak capai A untuk paper ni. Lepastu menyesal aku ni baik sangat sebab tak reti nak meniru time exam.

Tangan dah seram sejuk.

4.45PM. Dah habis jawab pun dan aku tawakal.

Apr 25, 2011

HERE COMES THE BOMBSHELL

Esok ada paper Puan Wang. Nota masih bertaburan di atas katilku yang cantik empuk dan berseri. Tak ada nafsu nak baca memandangkan notes tu tak hot mana pon dan buat aku pening kepala lagi ada lah.

Manusia masing masing ada perangai pelik. #Aku jenis yang suka baca semua benda pada bukan waktu ia perlu dibaca. Masa dalam Tingkatan 1 aku dah rajin belek buku Sejarah Tingkatan 4. Tapi bila dah masuk Tingkatan 4 macam haram tanak baca buku. Nasib baik aku dah cover the whole chapters masa Tingkatan 1 dulu, tak adalah terkial kial nak skor untuk SPM.

Dan kebetulan sekarang hati aku perlukan pil khayal untuk bawa aku ketingkat tinggi fasa pemulihan jiwa dan aku selalulah lepak kat Terfaktab. Entah camana aku boleh layan semua ni sedangkan before this takrasa nak baca pon. Well maybe sebab dulu rasa yakin sangat dengan kisah cinta sendiri padahal tak kemana jugak.

Kenapalah nota nota YKT 111 tu bukan nota nota daripada Mr. K? Ouhh hancus kepala aku nak hafal segala bagai tu. *Pengsan*

Apr 24, 2011

NEXT SPRING WILL BRING YOU BACK AGAIN

Aku siriusli mempunyai masalah dengan hati sendiri. Dah tak ada ubat, dari kecik sampai sekarang. Nampak benda benda yang mengguris hati sikit mulalah air mata nak keluar. Dan ia tidak mengira tempat, suka hati dia mana nak keluar. Pernah sekali, masa tu aku Form 5 kat teknik, first day freshies masuk untuk intake 2006. Aku memang tak ambil peduli pon siapa budak budak ni tapi masa aku kat kafe nampak pakcik tua ni nak belikan makanan untuk anak dia. Sangat kasihan dan air mata aku dah meleleh disitu juga. Pheww.

Semester 1 di kolej, kawan suggestkan One Litre Of Tears which is sumpah sedih gilababi and aku nangis meraung raung sampai tak boleh bernafas, merah mata dan hidung. Lens yang aku pakai takbukak bukak lagi lepas balik dari kelas sebab selop nak tengok series tu pon hilang dalam bola mata aku. Puaslah nak korek balik gagau lens tu. Menyusahkan betul. Semester ni perangai pelik aku jadi lagi. Tengok muvi Korea pasal tsunami pon aku nangis sampai bengkak mata.



Itu kira okaylah sebab tengok muvi, benda yang memang dah tahu drama lebih. Tak boleh blah masa aku form berapa entah kat Perlis. Pergi tengok bola dengan ayah kat stadium utama. Team Perlis menang, diorang bersorak sorak aku boleh mengalir air mata. Yosh. Bila ayah tanya kenapa ni? Sengih jelah. See benda ni bukan diminta. I mean, I have the feelings yang benda tu menyedihkan dan kasihan but at the same time I know hidup aku takan ter-affect dengan benda benda macam tu. Let say aku nangis gila gila, tapi aku still boleh makan, boleh gelak gelak, maki orang. Mak cakap memang dari kecik perangai aku macamni. Aku pernah lari keluar rumah menangis meraung raung suruh mak tutup tv sebab tv tu bodoh sangat tayang cerita sedih. Kat luar dah terjerit jerit sambil tutup telinga sendiri. "Tutup tv tu ! Tutup tv tu !" Macam histeria kan? Malam Sabtu kat rumah nenek, tetiba bukak mata pagi Ahad dah ada kat rumah. Sebab apa? Bila aku terjaga nanti dan tahu kena balik rumah aku rasa sayu sangat sangat. Lepastu menangis lepastu moody satu hari. Perangai macam babi.

When I was a kid, I used to love my dolls instead of a guy. And love seems to be so simple back then.



Satu satunya perkara yang boleh merosakkan hidup aku bila aku menangis adalah putus cinta. Masa tu makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena.Tetiap malam nangis sorang sorang, pagi esok mata bengkak. Mak tanya kenapa, study. Cehh study waklu. Okay tu zaman cinta paling suwey paling fakap paling sial. Dia curang tapi depan aku buat muka macam anak anjing yang comel comel tu. Aukk aukk.

Sekarang dah maju. Jiwa aku pon dah moved on. Though perangai lama masih wujud lepas aku baca entri INI, aku tetap senyum sorang sorang sebab aku tahu, fakap macam mana pon hidup ni pasti akan ada prince charming yang angkat aku dari jatuh dan bawak naik Ferrarinya. Okay fine aku tahu prince charming tak wujud. Mat saleh punya kerja lah ni racunkan otak orang ramai pasal prince charming. Aku cuma harap ada seseorang yang mampu ada untuk jatuh bangun aku, pegang tangan aku dan yakinkan dunia ini masih indah untuk diteroka. Aku tak mintak kena layan seperti seorang princess yang geli geli tu sebab aku pon geli dengan perempuan yang geli geli. Just, be with me through thick and thin.


 iloveyou *myfuturesoulmate* :)

Apr 23, 2011

KEEP YOUR BALLS OUT REACH OF CHILDREN

Please, I dah bosan tidur. Dan I dah bosan berjaga sampai pagi. I bosan dengan jadul hidup yang macam lahanat lately. Roommate dah tadek so memang kena pandai pandai jaga diri.

Ini semua sebab perompak/penyamun/pengganggu ketenteraman awam kat uni I. Sekarang I mengamalkan bangun tidur pukul 1 petang supaya dapat berjaga sampai subuh esoknya. Macamtulah hari hari. Fuck ahh you ni pencuri. Time time genting lah you nak merompak. I assume you jantan sebab jantan je rajin dan suka panjat panjat then curi barang daripada perempuan *sahaja. You ni memang tadek telur ke ape? Ke dah pecah masa you pasang cita cita nak jadi pencuri suatu ketika dulu?

PESANAN PENAJA:



Few months ago aku blocked ayah dari wallpost lepas dia tegur aku Ariff dan Aja selalu lawan maki kat FB. Babi lah pundek lah tengkorak hang lah. Orang tua tua memang macam tu, takboleh menerima perkara perkara yang kasar. Hati tisu.

Dan few days ago aku enable kan semula wallpost sebab rasa macam dah lama menipu ayah. Takbaik kan macam tu? Konon macam aku paling malaikat. Tapi tetap takselamat. Seolah olah ayah kat belakang aku dengan pisau belati nak tikam kalau aku asyik maki maki. Ouhh serious shit terus aku buat trademark sejarah telah berulang. Tanak ayah bising bising dah nanti sebab lately aku asyik maki orang kat FB.

Apahal ni derr wa takcari pasal dengan lu pon lu dah kecoh ke? Takpasal wa yang tikam lu karang.

Apr 22, 2011

PRAY

"I've done something terribly wronged. I should confess to you."

"Kita ada Tuhan. Beritahu dia masalah kita."
Liyana Sulaiman dah pulang ke KL. Next paper beliau adalah pada 3 May iaitu 2 minggu lagi. Yang lain lain pun balik. Jadi cuma aku seorang dibilik yang bertapa gila gila nak menuntut ilmu.

Aku tak tahu kalau ini adalah tradisi. Tapi kalau study week je semua nak balik rumah, nak topup kasih sayang dari mak ayah. Atau mungkin nak mintak maaf segala dosa. So bila jawab exam nanti ada rasa keberkatan mak ayah doakan untuk kita. Nak call, rasa macam tak cukup feel sebab takjumpa depan depan. Jadi keputusan terbaik adalah pulang.

Aku pun ada rasa nak balik tapi lagi aku rasa nak balik lagi lama aku kena stay sini. Eff.

Apr 21, 2011

Bosan. Hari ni tak tahu nak buat apa selain menghadap laptop dan merungut lapar. Penang pulak hujan. Orang normal *yang selalunya naik kat wall FB aku* mesti dah tidur kalau time time hujan macamni. Aku boleh pulak duduk terpacak depan lappy. Takboleh tidur siang.

Maka aku pun Google lah nama sendiri. Wujud pulak akaun Myspace pakai nama aku padahal Myspace aku dulu tadek pulak pakai nama sendiri kan. This one memang weird sebab pakai nama penuh. Myspace aku dulu pun pakai nama Gadis Sepi. Isk babi. Geli gila nama tu. Sungguh tak rock.

Move on.

Banyak pulak news dalam Berita Harian pakai nama aku. Ni memang kerja Makcik Ainal dengan Cik Li semata mata. Dah memang tak ada orang lain berminat dengan nama aku ni.

Apr 20, 2011

PLAN SELEPAS TAMAT PERANG

Tepat 1200PM harini aku dah bebas dari Perang Ramli. Tenang jiwa ohhoiii. Next perang nak tawan Amerika dengan Korea Utara pulak. Paper Puan Wang sirius shit bakal merosakkan organ aku dan persiapan pon ala ala redha kalau mati di medan perang. Itu minggu depan punya bala. Dr. Ideology punya subjek lagilah. Lebih kurang 5 ke 6 novel kena cover. Itu ada dalam list 2 minggu lagi.

Malamni dah kena start study. Setiap malam before tidur kena keluarkan otak simpan dalam peti besi. Takut terpengaruh dengan duniawi. Biasalah kalau aku dengan kawan kawan. Borak kalau tak gelak sampai runtuh siling tak sah.

Apr 19, 2011



Saya sudah tidak tahu hubungan kita dibina atas dasar apa. Satu ketika dulu mungkin sebab sayang. Kemudian lama lama semua tu dah hilang. Saya cuba cari sana sini tapi takjumpa dan saya tahu jawapan itu cuma ada pada kita.

Tapi bila saya tanya, awak diam. Tak ada penyelesaian bukan?

We've been through so many things. Saya tahu awak takminat teater tapi saya paksa awak temankan saya. Saya tahu awak tak minat Bieber tapi saya borak jugak pasal dia dengan awak. Saya selalu cerita pasal kura kura saya dengan awak tapi awak takdengar. Saya cakap saya teringin nak main gitar awak cuma diam. Saya cerita pasal apa yang saya lalui setiap hari dan awak cuma kata okay.

Bukan itu yang saya mahu.

Bila kita sudah kata 'Saya sayang awak' bermakna kita sudah sedia menggalas satu tanggungjawab untuk menjaga hati yang lagi satu. Kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan masing masing. Kita belajar mendengar, memahami dan menyelami hati pasangan. Paling kurang yang kita boleh lakukan, jadilah pendengar yang baik. Kalau awak kata susah, sepatutnya awak tak sebut 'Saya sayang awak' dari dulu.

Apr 18, 2011

TROUBLESOME

Dalam dua minggu ini aku berperang dengan diri sendiri. Dua bala paling besar; exam dan lelaki. Bala exam cuma datang minggu lepas. Bala lelaki datang dari bulan lepas lagi.

Aku tak tahu bila aku aku cakap 'Aku tahu' betul betul memaksudkan yang aku memang tahu sesuatu. Atau aku cuma tipu diri sendiri untuk sedapkan hati bahawa tiada apa apa yang buruk bakal berlaku. Macam otak budak budak 8 tahun. Cikgu cakap kalau siap homework boleh dapat gula gula. Ya. aku cuma harapkan yang indah indah. Tapi tak boleh sebab aku manusia biasa. Tuhan tak benarkan manusia biasa rasa semua yang indah indah sebab nanti kau kufur nikmat. Terus lari kedepan takpandang belakang. Sebab dah tahu semuanya disusun dan dikarang baik. Bosan kan?

Sebab tu Tuhan bagi masalah untuk kita sedar siapa kita dan untuk siapa kita berkhidmat diatas muka bumi ini. Supaya kita tak kufur dengan nikmat diberi.

Sebab itu juga aku kena bertahan dengan exam week yang macam langsi ni walaupun aku tetap taksedar diri untuk bukak buku. Sirius, first paper aku Rabu ni tapi aku still buat rileks. Dan untuk kau, aku tak tahu lah berapa lama lagi nak diam macam tu. Please, ada balls sila cakap. Aku dah taklarat nak tunggu. Banyak lagi bala lain dalam list aku.

WE DON'T KNOW UNTIL WE BLEED

 Ini bukan boyfriend


Tadi lunch di kafe dengan kawan kawan.

"Itulah soulmate aku (muncung dihala ke arah mamat berambut kembang)."

Kawan kawan gelak. Aku senyum.


Nak buat macam mana. Taste aku memang orang orang pelik macam tu. Yang rambut kembang. Muka macam taksiap. Kenapa aku suka yang berambut megi dan serabai serabai?

"Sebab macam cool gila."

Apr 17, 2011

HERE WE GO,

Taktahu apa yang bakal jadi malamni.
Kononnya kata putus bakal diambil.
Okay mari regang regangkan urat sambil makan popkon.
Kita tengok macam mana ending drama ni.

Siapa siapa nak temankan aku berpopkon sekali marilah.
Aku mungkin perlukan bahu untuk dipinjam.

Apr 16, 2011

I just quoted this from someone's Tumblr and read it before from a friend's note. If you guys boleh baca note ni, God bless you.


Click DATE A GIRL WHO READS. BETTER YET, DATE A GIRL WHO WRITES.

Apr 15, 2011



Dah empat hari tak caj handphone.

Sama ada hidup aku memang betul betul sepi,
Atau aku bukan orang penting,
Atau tak ada yang rindukan aku.

Apr 14, 2011

WE'RE SPINNING IN THE SAME CIRCLE



I taksuka orang baru. Ambil masa untuk berkenalan dan menjadi klik. Sebab I dah hilang kepercayaan pada orang orang baru untuk I cerita perihal diri dan kisah hidup I.

Sebab itu I berkawan dalam kumpulan yang sama. Orang sekeliling boleh nampak I pergi lunch, dinner dan supper dengan orang orang yang sama. Yang lain, cuma boleh tumpang makan semeja, gelak terkangkang sama sama.

Sebab itu jugak budak Biologi tak berkawan dengan budak Management. Budak Elektrik buat buat tak nampak budak Dentistry. Bukan tak berkawan, tapi tak tahu nak cakap apa atau tiada apa untuk dibualkan.

Tambah tambah kalau budak Kimia bercakap dengan I. Sengih jelah yang termampu. I tetap berbalik kepada Cimud Nab Liyana Sulaiman dan Jamal Aqilah. Mungkin I lebih klik dengan budak budak Terjemahan dan Interpretasi.

Apr 13, 2011

WHICH ONE?


Perempuan dan lelaki masing masing punya masalah nak memahami satu sama lain. Sama ada si perempuan terlalu nak ambil tahu semua perkara atau si lelaki tanak ambil tahu langsung sesetengah perkara.

"You fikir ape?"

"Tadek ape."

"Tipu. Lama sangat you termenung. Ape yang you fikir? Tell me."

"Seriously babe, nothing."

"Tengok, you tipu lagi. Kalau tadek pape takanlah you dok termenung sampai 10 minit. I kat sebelah you pon you tak perasan."

"Okay baby. I fikir pasal masa depan kita. Nanti nak beli rumah kat mana, kereta apa nak pakai, nak hantar anak anak sekolah mana....."

"Okay :)"


See. Masalah utama bila lelaki sememangnya tidak berfikir apa apa. Kosong selama setengah jam dalam otak mereka dan kalau letak kamera dalam otak diorang pon memang gelap gelita taknampak apa.

Meanwhile us, the perempuan nak dengar perkara perkara yang nak didengar. Benda kecil boleh jadi gaduh dan mula rasa boyfriend curang, berubah hati dan sebagainya. Secara tidak langsung kita sebenarnya memaksa/mengajar mereka menipu.

I pon dalam proses buang-yang-keruh-ambil-yang-jernih. Diri ini dah besar dan matang so takperlu nak fikir bukan bukan. Takperlu ada rasa insecurity terhadap pasangan masing masing. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak, mungkin ada yang lebih baik untuk kita.

Apr 12, 2011

STRANGERS


My fate puzzling this week. Lepas satu masalah datang lagi masalah lain. Mostly pasal hubungan dengan orang ramai. I've told you, I'm no good in keeping good relationship and now I'm messed up. A total messed up.

Aku rasa isu ni dah ramai orang utarakan, pasal friend list kat Facebook. Aku memang takramai kawan dalam Facebook, which is not a big deal because I still be friend with them outside this crappy bullshit networking. Takanlah aku cuma bertegur dengan kawan kawan dalam Facebook semata mata then kalau jumpa orang lain kat luar buat buat tanampak, tak nak tegur dan tak nak bergambar. Logik ke bodoh?

Ingat sikit, Facebook tu cuma laman sosial yang nak bantu orang orang bermasalah macam kita kita ni merapatkan lagi hubungan sesama manusia. Padahal mak ayah kita dulu takpakai pon segala bagai ni but still ada hubungan baik dengan orang lain. Jenis aku, Facebook cuma untuk orang orang yang aku kenal dan memang kenal. Dan kalau dah ter-add tapi tak bertegur memang aku delete. TANPA SEBAB. So takperlu nak peningkan kepala segala bagai ingat aku benci kau ke apa. Dah memang perangai semulajadi aku macam tu. Biar kawan sikit, janji ada time susah dan senang aku. Sila fikir pakai otak, kau tegur ke semua orang kat Facebook kau hari hari? Ada kau pergi wall-to-wall dengan semua orang setiap hari? Kalau dalam friend list kau ada 1000++ takan kau nak buat macam tu kan? Memang addicted gila lah. Itu baru yang 1000++. Kalau yang 2000++, 3000++? Sumpah kau tak menang tangan nak jaga hati semua orang.

Moral of the story kat sini, kalau rasa boleh handle ramai sangat orang kat Facebook tu sebaik layanan kau di dunia realiti, then its good kau nak ada beribu kawan pon dalam friend list. Just make sure kau boleh reply komen komen diorang, tegur diorang dan sebagainya. Takguna kawan beribu tapi satu pon tak guna. Ye dok?

Apr 10, 2011

KITA SAKIT, ORANG LAIN LAGI SAKIT

Aku dah malas nak tulis entri entri sedih menusuk kalbu. Tusuk kalbu aku sendiri pulak tu. Fux. Sekarang aku dah jadi penasihat kepada orang orang yang ada masalah cinta. Atau apa apa masalah pon boleh sebenarnya. Tidak terhad kepada cinta sahaja. Jadi sesiapa yang rasa bermasalah silalah cari aku ya. Though aku sendiri tak berapa betul dan hubungan aku dengan manusia manusia lain pon tak sebaik mana.
Please, jangan rasa malu dan ragu ragu cari I.


Ini pelanggan pertama. Tiap tiap malam cari I belakang lorong.

Apr 9, 2011

Selalunya bila dah final weeks lah bala nak datang bertimpa timpa.
Sekarang dah takrasa apa. Dulu boleh lagi nak menangis sampai bengkak biji mata. Boleh lagi nak menangis macam mati laki. Selop selop nangis.

Sekarang dah takboleh keluar air mata. Walau macam mana hebat bala datang, air mata tanak keluar. Dah paksa tapi takboleh. Kau tahu sakitnya nak tahan air mata yang takboleh nak keluar? Sebab pada aku ubat terbaik nak legakan hati adalah dengan menangis. Tapi kalau dah sekarang pon tak boleh nak buat macam tu dah then what's the point aku rasa sedih bagai?


Ouhh please. Aku dah taklarat nak hadap segala jadah haram. Nak main main dengan aku agak agaklah. Aku manusia. Lebih tepat perempuan yang mana punya hati lembut kalah hati tisu kau tu.

Please please please, handle with care.

Apr 8, 2011

Harini ulangtahun kelahiran Ayah. Tepat jam 12 malam aku tulis entri ni. Dah macam fairytale stories kan.

Nasib baik jauh. Kalau dekat aku dah baling telur, tepung, air milo dua hari lepas dan segala bagai kat Ayah. Dan pada ulangtahun kelahiran Ayah tahun lepas aku dah rosakkan kereta beliau.

Tahunni Ayah nampak macam berharta lah pulak. Ucapan untuk beliau;

HAPPY BIRTHDAY AYAH. LEBIYUUUUU :*
NANTI BANK IN KAN DUIT LEBIH SIKIT OKAY. DAAA.

Apr 4, 2011

SEMBILAN BULAN

Semalam, lebih kurang Isyak, mak mesej. Tanya khabar. Aku balas- Okay dan tanya semula mak kenapa text. Okay, ini situasi yang pelik bagi aku sebab aku jaraaaaaaaaaang sekali nak texting parents dan selalunya cuma mesej ayah untuk minta masukkan duit. Itu sahaja.

Kau tahu apa mak cakap dengan aku?
Mak rindu Along.


Petang tadi aku ada final test untuk LHP 455. Cuba untuk jadi anak yang baik dan minta berkat dari mak, aku called. Tak dijawab. Aku called lagi. Tetap macam tu.

"Mak, I got test later at 5. Pray for me."

Kau tahu apa mak balas dengan aku?

"Mak baru lepas solat. Mak sentiasa berdoa untuk Along dan anak anak mak. Yang penting usaha dan ingat Allah selalu. Buat solat hajat Insyaallah berjaya dunia akhirat. Good luck."

Kau tahu benda apa yang aku tak pernah bagitahu mak tapi aku cakap jugak bulan lepas?
ILOVEYOU.

LITTLE BIRDIE

Sekarang I dah maju selangkah kehadapan. I dah ada Twitter.
Tapi itulah. Satu kelemahan I, pelupa.
I dah create akaun Twitter I cantik cantik, follow sana sini. Tukar layout segala bagai dan pooop !

Lupa password.

Tapi sekarang semuanya dah selamat. I dah buat password recovery dan semuanya telah kembali bahagia.
Paling awesome I follow Bront Palarae. O my !

Jadi sila silakan lah cari I disini @ixyt

Apr 3, 2011

Setiap yang berlaku ada sebab dan penyelesaiannya.

Ada seorang manusia dalam friend list FB aku rajin sangat dok update status. Like one post in every 53 seconds. Duhh kau kentut pon taksempat nak sebarkan bau taw.

Penyelesaiannya, aku hide semua post beliau. Nak delete dari list, takpatut pulak. Kawan lama.



Ya, kawan lama.

Apr 2, 2011

If I'm not here would you miss me?

Apr 1, 2011

I hate the smell of January.
Just the same way I hate my second ex-boyfriend.
It reminds me of the death.
And homework, and pact schedule, and pain.

But I loooove the smell of December.
Most of the good things happened here.
The holidays, the birthday, the gath and more money coming through.

Ouhh hello April.
I'm welcoming you too. Please be nice.

Happy Birthday in advance to Ayah.
God knows how much i love you.
*whole-hearted*