Oct 29, 2010

I WOKE UP TODAY AND I SMELL YOU

29 Oktober 2010

Kalau pada Jumaat lepas saya sedang berada di PICC Putrajaya untuk proses mengambil jubah dan raptai konvokesyen. Dan pada esoknya pula saya berada diatas pentas menerima skrol. Selepas itu saya keluar dari dewan, mengambil gambar dengan kawankawan dan keluarga sebagai kenangan di hari tua.

Saya rindu semua itu lagi. Saya rindu momen momen bangang zaman kolej. Berebut nak bilik kat Impian. Makan ramai ramai kat kafe kolej. Stay up sampai pagi untuk movie marathon. Kena tahan daripada outing untuk dua minggu sebab tak pergi usrah. Mandi ramai ramai pukul 4 pagi sebab air tak ada. Telan megi 2 bungkus sorang. Gosip. Mengumpat segala bagai. Ya, itu perempuan. Sirius rindu. Semuanya dilakukan secara beramai ramai.

Saya cuma mampu berdoa dan berharap, persahabatan kita akan kekal selamanya. Yang terbaik itu datang daripada Allah swt dan yang buruk itu kerana kekhilafan kita sebagai manusia biasa.



Oct 19, 2010

ILOVEYOU

Hari ni ulangtahun perkahwinan mak dan ayah. Aku lupa. Sirius. Sampailah ayah buzz aku kat fb. Reminded me about the date.

: Today is our anniversary and tomorrow is Mak's birthday. I don't hear anything from u yet.
: Sorry.

Its all I can say.

Then I texted mak. *typical wish seorang anak kepada ibu.

Replied;

"Tq. Doakan semoga mak dan ayah sihat, panjang umur dan murah rezeki selalu. Mak nak tengok along berjaya dan berkeluarga. Adik adik yang lain mungkin tak sempat."


Oct 17, 2010

                                                                      -- Diana Rikasari

Oct 13, 2010

BING !


Hari ini keluar dengan niat untuk membeli charger laptop yang telah membuat perangai buruknya. Time aku  kalut nak submit asaimen segala bagai lah kan dia nak manja manja. Sabarlah sayang. Ini bukan masanya. Sangatlah tak sesuai okay. I wanita bekerjaya. I perlu berkhidmat untuk negara. *Okay, whatever.

Then aku gatal beli kasut. Dua (2) pasang okay. Baju lagi, dua (2) helai jugak. Ni semua sebab Cimud hasut aku. Ceittt. Pelingkup punya kawan. Tu pon bising lagi time aku nak pilih baju.


Aku: Okay tak yang ni?
Cimud: Hang amekla baju warna lain. Aku geli lah tengok hang pakai pink. Tu bukan hang. Buruk.
Aku: Bangang la kan. *Buat muka ketat tapi sempat amek baju tu.


Minggu ni janji tak nak makan berlebihan. Cukup sekadar alas perut. Aku juga berjanji akan buat kerja part time dengan tekun kali ni. Kalau tak, ragut rumput je lah minggu depannya. Hidup ini sadis. Sirius.

Oct 12, 2010

SO MUCH I MISS YOU AND I MISS YOU REALLY DO

Miss Geetha suruh kami list down the advantages of having ramai adik beradik. Aku sangatlah blank sebab disuruh menulis secara akademik. Memang kelaut lah point aku. Sebab masa tu dalam otak aku cuma ada;

-- Aja yang teman aku makan kat Sherry tetiap petang even Mak memang dah masak kat rumah. Saja gatal nak habiskan duit dan usha line budak budak KPTM kat situ.
-- Syuhada dan Iman yang sangatlah-bising-nak-mati. Even nak tidur pon gadoh gadoh lagi.
-- Aku, Arif dan Aja suka maki sesama sendiri. Fevret word ever-- Bo.
-- Lepak tengok movie sekali, gadoh berebut makanan, karok dengan Aja, buli Syuhada dengan Iman.
-- Aku dengan Arif selalu kena marah dengan Ayah masa kecik kecik dulu sebab selalu buat Aja nangis. Dah kau lemah sangat kenapa?
-- Berebut tv's remote dengan Syuhada. Dia meraung pon aku buat tataw je. Pedulik laaahh. Aku nak tengok House kott.
-- Dengar Iman yang eksaited cerita pasal macam macam hal dan muka blurr dia yang memang blurr gilababs.


... dan semuanya buat aku senyum sorang sorang dalam kelas tadi. Sikit lagi nak kena halau dengan Miss Geetha. Sikit lagi derr.


MANGAI

Abaikan sikap sikap negatif saya seperti selalu mengarut, memaki hamun, menyumpah seranah dan bergosip. Mari beralih ke sudut positif saya dimana saya juga seorang yang funny, baik hati, pemurah, bertanggungjawab, berdisiplin, mematuhi arahan dan segala gala yang baik itulah saya.

Dan saya juga comel. Saya ada satu bebear bernama Junior. 3 tahun Junior dengan saya. Sampai lunyai Junior saya peluk. See, saya comel kan? Ada jugak sifat penyayang.

Oct 10, 2010

LAWAN JOM?

Ya. Saya masih ada deretan asaimens yang perlu disiapkan. Kalau dilihat daripada mata kasar, mungkin buku yang perlu dirujuk oleh saya adalah setinggi bangunan KLCC. Okay, melampau. *Semula-- Kalau dilihat daripada mata kasar, mungkin buku yang perlu dirujuk oleh saya adalah setinggi syiling bilik dan didarab lima baris. Sekurang-kurangnya sehingga sebelum 20 Oktober saya perlu siapkan. Kerana selepas itu saya akan pergi berfoya-foya. Tapi saya tetap buat rileks dengan bala yang menimpa.

Nak dengar sesuatu yang buat minggu saya disaster lagi? Fire alarm berbunyi tanpa henti. Time weekends pulak tu. Dalam sehari mungkin 15 kali berbunyi. Mengadalah fire alarm ni. Perangai macam nak mintak kena tanam. Jadi saya kurang tidur. Makan saya pon tak menentu.

Secara totalnya, saya tak tahu apa yang saya buat dalam seminggu ini. Mungkin saya perlukan H's TV-- yang boleh mengulang kembali perlakuan perlakuan saya sejak semalam dan hari hari yang lalu. Tolong, hadiahkan satu. Janji tak tamak.

NOTICE ME

10 Oktober 2010

Memang keramatlah tarikh ni sial. Satu malam takdapat tidur.
Sudahlah semalam mata aku lebam. Harini berdabel lebamnya.

Sampai habis bateri mp3 aku pasang nak dengar lagu. Tengah sentap, tetiba la pulak kan sederet lagu dalam mp3 aku tu semua nak mintak air mata jatuh. Demm lahh.

Nasib baik dapat tidur jugak at last. Better lelehkan air liur daripada air mata. Sedapp.



Oh, awak. Terima kasih untuk semalam. Comel.

Oct 9, 2010

AYAH SAYA COMEL

Tadi I chat dengan ayah. Then I tanya bila ayah nak datang KL untuk majlis konvo I.
So ayah I yang comel jawab macam ni,








Ayah, nak temankan Along rehearsal? Jangan, nanti Along tanak balik Penang dah.

:(

Oct 7, 2010

Saya pernah berharap, agar mendapat peluang menjadi anak kecil semula dan corakkan kembali hidup saya.

Tapi apa akan saya dapat?
Percaya atau tidak, banyak perkara yang saya akan terlepas dan mungkin apa yang saya ada sekarang akan hilang dari saya.

Keluarga.
Kawan kawan.
Kekaseh.

Lalu saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang.
Terima kasih Tuhan.

Mak, rindu.

Oct 6, 2010

HANCING



Aku: Aku perasan, harini dia baik dengan semua orang. Cakap elok ja. Pandang muka lagi tau.
Cimud: Pedulik laa. Hang jangan ingat dia buat baik macam tu aku boleh suka. Aku tetap benci dia.
Aku: Betol gak. Aku pon dah tulis dalam blog yang aku benci dia. Siap maki lagi. Takan nak delete entri tu kan? Benci jelah terus.
Cimud: Bagus.


Berjalan ke toilet. Kencing.

Oct 5, 2010

MAKAN PENAMPAR

Sekarang ni cuma ane di Subaidah USM sahaja yang mampu membahagiakan aku. Ane Subaidah tidak menawarkan khidmat bukan-bukan, tetapi buat aku bahagia dengan nasi kandarnya.

Dan ane Subaidah juga tak kedekut kuah kari dengan aku. Senyum pon tak lekang dari muka even aku tak tau la ikhlas ke tak kau senyum kat aku tu ane oii.

Okay, aku sebenarnya sakit hati dengan orang lain. Sorry ane. Lain kali I tak akan pergunakan you dah.

I'M SCARED ACTUALLY

Berblogging ni ada fasa.

You keluar dari perut mak, you menulis. Mungkin you tak ada kawan lagi. Unless you dilahirkan kembar.
You membesar, you banyak main lumpur, tangkap ikan sepat kat sawah, tangkap pepatung, you berhenti blogging.
Then you besar. Masuk sekolah rendah you blogging lagi. Seronok nak kongsi dengan orang ramai pasal perkara seharian you, kerja sekolah you, cinta monyet. Kiranya you ni ala-ala baik lah.

Lepas tu you masuk sekolah menengah. Busy dengan perubahan hormon, ponteng sekolah, lompat pagar, maki cikgu yang kerek-gilababi, curi makanan kat dewan makan hostel--- those things that made you stop blogging.
Sebab you dah ada geng nak kongsi segala perihal harian you. You dah tak ada cinta monyet masa tu (well,  atleast for me). You and your besties shared so many things that even your parents don't know.

Masuk kolej, you hilang separuh diri you. Hilang punca. Dah tak tahu mana arah yang patut you tuju. Seram. Takut kalau you buat perkara yang salah dan penat untuk ulang balik perkara-perkara lalu. So you started blogging again. You cari kekuatan dari situ. Perhaps virtual friends could make you happy more than the reality.

So bila mati, sempat tak nak blogging?

GOOD DAY

Kelas english saya semakin menarik apabila semakin di akhir semester. Saya menjadi rapat dengan semua orang terutama dengan Andri dan Vicki-- pelajar dari Indonesia dan Hong Kong.

Aku: Are you insiders or outsiders?
Andri: Insiders.
Aku: Okay. Which desa?
Andri: Eh, aku tinggal diluar lah ! (dengan loghat Jawa pekat)
Aku: Bongokk !

*Kami bantai gelak even Miss Geetha seorang yang garang.

Ouhh, dan saya juga berkongsi Skittles dengan kawan kawan baru :)

SATU BABI

Malamni malam disaster. Aku dengan Cimud dapat satu gosip yang buat kami bengkak. Makan dalam weyy.
Terus tak semangat. Babi la babi babi babi.

Cimud: Aku sakit hati weyh.
Aku: Aku pon. 
Cimud: Aku sakit hati weyh.
Aku: Aku pon.
Cimud: Aku sakit hati weyh.
Aku: Aku pon.

Okay. Tak nak maki banyak banyak. Mana tahu dia tu stalker nombor 1 blog aku. Haruslah makan rumput je aku dengan Cimud lepas ni.

Sekali lagi, kau babi.

Oct 4, 2010

PMR

Kehadapan Aja,

Esok hang dah nak amek PMR. Buat yang terbaik.

*Dah banyak kali aku edit entri ni tau. Mula mula panjang berjela. Lepastu aku geli, aku delete. Tinggal la text yang kontot tu untuk hang.



Yang benar;
Along yang comel

YOU ARE THE FATTEST ASS

Dari dulu lagi, prinsip hidup aku, jangan kacau weekends aku. Itu lah dua hal besar yang totally berbeza.
Aku dah lukis garisan in between Weekends dan Weekdays supaya mereka tak bercampur. Samalah macam malas dan rajin. Rajin boleh berbaik baik dengan malas. Tapi malas tak pernah nak berkawan dengan rajin. Mana mungkin bersatu.

So agak bengang lah bila aku mula belajar kat sini ada tiga ekor manusia nak semakkan hidup aku. Bengang tau tak? Assignments pon nak buat time weekends. Konon busy lah sangat during weekdays. Sumbat pelempang sekor sekor baru tau.

Aku garang ni. Garang. Telan hang satgi baru tau.

LU LEPAK MANA?

Taksangka aku ni kuat betol. Dalam entri lepas baru cakap nak tidur. Lepas tu boleh pulak keluar jalan jalan lagi.

Aku pergi tengok wayang sebenarnya. Lepas habis wayang ingat nak karok. Survey punya survey ternyatalah aku dan kawan kawan tak mampu. Yang tokey tu pon satu hal. Gila apa paling minimum nak nyanyi 4jam. Sejam sejam tak maen la derr. Orang Penang ni semua kuat kuat. Aku ni saja yang sayang tekak. Boleh mati basah kat situ tahu?

Macam mana nak teruskan kehidupan ni? Aku tak jumpa lagi port karok yang best kat Penang ni.
Ohh, tolonglah (mata kelip kelip)

Oct 3, 2010

IT COULD BE ANY HARDER



Hujung minggu saya berterabur. Dari Khamis membawa ke Ahad, tak cukup rehat.

Saya rasa kaki saya nak tercabut.
Saya asyik berjalan saja dalam empat hari ini.
Sirius. Kalau saya tambah lagi 500 meter berjalan, haruslah lutut saya tercabut.

Disamping itu saya juga rasa nak demam. Kepala saya berat. Badan saya letih. Kaki saya kejang.
Andai esok saya takmahu ke kelas boleh?

Kepada semua, saya mahu berehat. Mahu tidur.
Wake me up after this week ended.

WHAT DO WE HAVE FOR TODAY?

I kalut sangat pasal jerawat kat mata I haritu. Sampai lupa nak cerita benda fun yang I buat last week.

Okay, begini.
Jadual seminggu I sangat rileks. Khamis sampai Ahad free. Err, I tipu sikit. Pagi Khamis tu I ada tutorial English minor sejam. Lepas tu free.

Tapi tiba tiba ada kelas tambahan tutorial Adverts pulak petang tu dengan Prof Mad. I marah betol. Dengan muka marah, monyok serta jiwa yang tak tenteram serta panas, I melangkahla ke kelas pukul 3 petang tu. Alangkah comelnya perasaan ini apabila Prof Mad buat kelas di luar dewan kuliah. Oh oh, sangat seronok dan comel. The reasons why I hate to be lecture in hall because;

-- Sejuk gilababi. You letak sebelah kaki dalam dewan tu pon dah beku satu badan.
-- Bila dah sejuk gilababi, I takboleh nak concentrate sepenuh hati pada Prof Mad. So macam mana I nak dapat 4 rata?
-- Selalunya I ponteng kuliah Adverts. Satu semester I kat sini, boleh kira berapa kali sahaja I ke kuliah Adverts. Nice kan?

Dan Prof Mad juga seorang yang fun. Baru I perasan dia pandai buat lawak. Dan I harap dia tak perasan I selalu ponteng kelas dia. Sebab Prof Mad adalah mentor I.

*Prof Mad disebut sebagai Prof Mat. Bukan Mad (gila).

Oct 1, 2010

BESAQ

Aku marahni. Sirius. Time aku nak cantik cantikla jerawatni sedapje muncul dalam hidup aku kan.
Landing baik punya kat mata aku pulak. Demm.

Terus aku taksemangat nak pegi IB.
Aku nak dating lagi. Apsal kau nak keluar sangat sangat hari Sabtu ni?
Tunggula Ahad baru keluar.

Aku marahni. Marah.