Aug 11, 2015



1. Masa akad nikah aku selop menangis sebab mengenangkan dosa dengan mak ayah. Sebelum kahwin aku pasang azam nak jadi isteri yang taat pada suami dan solehah. So bila dah sah bertukar syurga, aku sebak. Segala benda baik aku buat lepasni semata nak pleasekan Jack padahal dengan mak ayah dulu aku layan kelas ekonomi punya.

2. Aku rasa malam kedua atau ketiga lepas kahwin which we both were still at my parent's in Kuantan, aku sedih sangat malamtu. Sebab tetiba aku rasa gap yang sangat besar bila dah jadi isteri orang. Ayah no longer sibuk panggil aku buatkan kopi dia yang aku sengaja kurangkan gula sebab taknak dia suruh dah in future. Mak pon tak panggil aku langsung tolong dia kat dapur. Semuanya atas dasar kesedaran diri sendiri nak pi tolong ke tak. Dan sumpah aku sedih sebab tiba-tiba  rasa asing sangat dalam rumah sendiri. Ayah sorang-sorang tengok bola kat depan. Mak kat bilik belakang aku tataulah dia buat apa aku segan nak pi tengok takut nanti menangis. Pendek kata malam tu kemuncak segala rasa sedih aku lalu aku selop menangis kat Jack sampai hidung tersumbat.

"Look baby. You're my wife. My life partner. But you should know that I managed to live all by myself all these while. Basuh baju, lipat baju, masak, makan, groceries- semua buat sendiri. Being married to me doesn't mean that I stop you from doing whatever you did before. You're still anak mak dan ayah, You're still Along to your sisters and brother. I don't take you from them."

3. As we grew older, baru kita  tahu nak value something. Like the bonding between you and parents, your siblings. Now aku rasa I have nothing to do with my parents. Ajaib kan, selepas 26 tahun, dengan sekali lafaz kita jadi milik orang lain.