Mar 20, 2021

OH MY ENGLISH

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara sejak 18 Mac tahun lalu - aku rasa IQ aku dah menurun, prestasi kerja merosot dan skil berbahasa Inggeris aku kelaut. 

Last year memang terasa sungguh level stress yang luar biasa bila nak juggling kerja dan family. Aku rasa semua orang pun macam tu. Kita sedap sedap ada nikmat kebebasan pergi sana sini tiba tiba kena berkurung dan buat dua kerja fulltime - being a parent and an employee. Gila penat okay. Selamani aku hantar anak ke sekolah dan fokus kerja di ofis, petang amek anak then layan sampai malam lepastu tidur. Macamtu lah rutin harian. 

Datang pandemik semua benda aku nak kena buat. Teams meeting beratur sebab aku nak kejarkan pitch presentation IP portal dengan paper Ramadan media buy yang tah pape, sambil Ali merengek nak semua benda sampai satu point aku dah malas layan dia. Aku ulang bagi dia tengok tv dan gajet. Asal dia diam sudah. Lepastu aku menyesal sebab tak spent time dengan anak. Itu cerita lain lah pula.

Taksangka dah genap setahun. Kita pun dah melangkah ke Mac 2021. Taklama lagi nak 2022 so hopefully by then pandemic ni pun gone dan kita boleh travel sana sini tanpa sekatan. Aku nak jumpa family oi ini memang betul dalam sejarah genap setahun takjumpa. Last berkumpul family Kuantan masa majlis resepsi Ariff. Wife Ariff, Aisyah pun dah pregnant tapi still kitorang takdapat jumpa.

Bercakap pasal English kelaut, sebagai seorang yang English adalah bukan first language, aku jadi bengap jap bila start masuk office, jumpa stakeholders untuk meetings dan sebagainya. My English gets so bad if I don't speak it frequenly. Aku rasa struggle gila nak translate my thoughts into English. I couldn't get my words together right away. 

Sebab aku fikir in BM then nak reply in English. Communication jadi taksampai and banyak stutter. Aku perasan tu. Tiba tiba aku rasa macam back to square one masa aku mula mula kerja di MIM. Tengok balik emails and paperwork lama aku sendiri pun cringe. Grammar semua hauk. After years of practice dah cantik balik menulis. Vocab and communication skills pun makin semenggah pastu sekarang...

T.T

Mar 16, 2021

BTS tak menang Grammy this year despite dioranglah terpaling best dalam universe ni. So aku cam bitter sehari dua ni mengenangkan level racism and xenophobia Grammy dan bangsa matsaleh lain yang amek kesempatan invite BTS kat show diorang semata nak views. Ye aku dah perangai macam budak sekolah sekarang ready nak perang dengan umat manusia semata nak menangkan idola.


Issokay. 

BTS DOESN'T NEED GRAMMY FOR A RECOGNITION. 

THEY'RE THE UNIVERSE ALREADY.

💜💜💜

Mar 15, 2021

Kalau diikutkan sejarah Nuh Ali dengan Tadika Kancil Pintar memang lama betul. Daripada umur 3 bulan aku dah hantar dia ke situ. Ali juga pernah bermalam dengan Teacher Mia masa dia baby disebabkan aku kena hospitalized sakit UTI. Jack outstation ke KL so minta teacher dia jagakan je terus sementara tunggu Jack nak sampai Johor. Kisahnya aku ingat nak minta Pali dan Ainul jagakan tapi Ali diarrhea pula haritu sedangkan masa aku hantar pagi dia elok je. Tataulah salah makan apa kat school. Maka Jack advised biarje dia bermalam kat school bawah supervision teacher. Kalau jadi apa apa boleh masuk court. Kalau minta kawan jaga takboleh masuk court heheh.  

Alhamdulillah Ali sihat. Semua terselamat daripada masuk court.

Ali pun dah 4 tahun sekarang, daripada taska now dah masuk tadika. Kawan baik dia nama Azmi. Semua benda lah dia nak Azmi-kan. Simpan toys nak bagi Azmi, donut nak bagi Azmi, buku nak bagi Azmi. So aku ingat dengan si Azmi sorang jelah dia berkawan. Rupanya tidak. Last Sunday aku amek Ali dari school awal sikit, semua kawan dia duk depan pintu and beriya melambai. So bila dah masuk kereta aku tanyalah si Ali, siapa nama kawan kawan dia. Aku tunjuk sorang sorang. 

"Yang tu Amwafiy."

"Tu sapa?"

"Tu Aisyah."

"Yang tu?"

"Yang tu Asshole."

Aku jem jap. Dia tengah gaduh dengan budaktu ke sampai panggil asshole? 

Tapi persoalan yang paling penting, mana dia belajar perkataan asshole?

Esok paginya aku check dekat rak kasut tadika sebab teacher tampal nama semua students supaya diorang susun kasut accordingly. 

Enzo ye, bukan Asshole. 

Mar 13, 2021

HOW FOOD ADDICTION RUINED MY LIFE


Aku start follow Alivia since MCO 1.0 when I was at my heaviest last year at 65kg. Even masa aku pregnant pun berat aku sebelum bersalin adalah 62kg. Lepas pantang turun jadi 45kg. That was the highlight of my life because I have everything - a great job, a car, a house, husband and a lovely baby boy, dan yang paling best adalah berat badan idaman. Pakai baju apa pun semua jadi cantik. Even aku boleh muat seluar si adik bongsu, Baby, yang dia sendiri dah tak muat nak pakai. So bila lama lama berat badan naik mendadak aku jadi stress. Bila aku start diet people around punya komen adalah - kenapa nak diet, bukannya gemuk pun. But at the end of the day, aku gemuk dan orang orang yang dok cakap aku kurus mula nak tegur pasal badan naik. Eii bencinya situasi begini. 

Jadi aku mula ada masalah. Masalah berat badan dan masalah susah nak fokus diet untuk dapatkan berat ideal. Aku bukannya ada eating disorder, aku cuma binge eating sampai otak pikir nak makan saja. Siryes, aku penah makan sampai penat and sakit perut sebab takboleh nak stop makan. At one time aku akan makan 2 main course dalam satu hari for lunch and dinner sebab teringin, bukan sebab lapar. You know, like kau pegi kedai order nasi goreng tetiba nampak orang meja depan makan chicken chop macam sedap sangat. So aku order. My mantra was, tak apa, esok start diet

And it ruined me.

So what I did was I joined Herbalife weight management group in August lat year so dapatla turun 6 kilo lepas sebulan. It was a strict diet no wonder bila berdisiplin memang boleh turun banyak. Lepastu aku still minum protein shake dia (F1 + F3) every morning sebab senang, cepat dan kenyang sampai lunch. Cuma tahla ek, aku sebenarnya tak berapa suka benda benda meal replacement ni untuk amek for long term sebab aku percaya, real food juga yang sihat. Jadi aku cuba nak diet sendiri but yeah, dietku punah di tengah jalan sebab tak ada support system dan jadual kerja yang sibuk. Memanglah aku kerja office tapi sometimes busy time lunch atau ada lunch meeting so makan anything yang orang order/ offer. Kadang balik kerja dah lewat malam and penat sangat so aku nak makan something yang cepat and kenyang so fast food jelah jawabnya.


Macam si Alivia ni, dia start Glow Up Diaries dia since 2016/2017 camtu and sentiasalah on off sampai dia stress, anxiety attack apa semua. Aku taknaklah jadi camtu sebab aku rasa masalah berat badan aku ni bukan besar. Cumanya, kalau tak tackle problem tu sekarang, bila lagi aku buat ye dok? Aku rasa most women ada masalah bila berat start naik serang tang perut and peha dulu. Seluar semua jadi tak muat and perut berlipat.


Maka petang tadi aku text Aisyah bagitau aku nekad nak start diet Isnin depan. I wanna do it properly this time. Watch this space for my changes. Gicheww.  

Mar 12, 2021

CLASSIC PANCAKE AWESOME BREW, SUNWAY CITY ISKANDAR SEDAP MENANGIS

Seminggu ni masuk office asyik mengantuk saja lepas lunch. Penat apa entah padahal malam dah tidur awal. Sejak dah start masuk office balik ni masalah harian pun dah muncul semula iaitu - makan mana?

Gituler masalah orang kerja pejabat. Selain nak mikir masalah rumahtangga, masalah anak-anak, pukul berapa nak amek anak, tahun ni raya mana; masalah sehari hari kami adalah makan mana.

Before nak keluar lunch pun aku dengan Aisyah deliberated kejap nak makan mana. Mumu tak terlibat dalam penyelesaian masalah ini sebab dia keluar lambat sikit settlekan kerja di office. Dah masuk kereta aku cakap - okay kita makan kat Citrine saja. Citrine Hub cuma 2 minit dari pejabat kami di Medini 9. Tapi di Citrine pun ada a few kedai makan so jem jap nak decide makan mana. Last last aku cakap dengan Aisyah kita makan di Awesome Brew saja. Dan dan tu lah aku teringat aku selalu gila makan kat situ few years back. 


Masa kerja di MIM, selalu sangat rasanya makan di Awesome Brew. Sebab my ex-boss, Kak Niza pun suka buat meeting di luar so time tu takbanyak lagi cafes di Iskandar Puteri. Among our options are Starbucks, TreeSea by 3C Cafe, Awesome Brew andddd hmmm tu jelah kot. Aku pun dah tak ingat sangat. Ada sekali tu Team Comms dapat intern nama Nikhlesh. Dia ni bagus betul and jenis follow the rules. One day, lepas kitorang habis our flagship event, memasing dah macam nak patah kaki so ajakla pi minum kat Awesome Brew. Si Nikhlesh nampak tenang tapi aku syak dalam hati dah meraung nak jawab apa kalau boss tanya dia ada mana hahaha. Nasib kau lah. 





 Harini COMMS GIRL POWER lengkap kehadiran di office and since lunch hour on Fridays memang lama sikit so bolehla menikmati makanan mahal dengan penuh kusyuk. We ordered Korean fried chicken with rice, carbonara, some fries and of course.... the classic pancake.

Lepas first time aku try makan pancake ni dulu, almost every week aku pi Awesome Brew semata nak makan classic pancake dia. Other than the classic pancake; which is just 3 pieces of pancakes with some syrup and butter, Awesome Brew juga ada Nutella pancake and berries pancake kalau aku taksilap. Sedap juga tu uiiii berry berry sinful. 


Habis licin kitorang makan, sama licin macam poket aku. Lepas kenyang melantak, we got ourselves some lattes before balik office. Latte Awesome Brew pun sedap juga. Honestly aku rasa makanan dia semua sedap. I would recommend aglio olio sebab ada smoked duck, churros and their brunch sets. Pendek kata tak menyesal makan situ eventhough a bit pricey. Tapi portion banyak so sepinggan share dua jelah. 

Jimat, dan romatis mungkin?


AWESOME BREW SUNWAY CITY ISKANDAR
1-19, FF, Sunway Citrine Hub,
Persiaran Medini 3,
79250 Iskandar Puteri, Johor. 
Phone: 07-509 6404

Mar 9, 2021

PERCUBAAN WAGYU TEPPANYAKI SET LUNCH DI AWAGYU RESTAURANT JOHOR BAHRU

Lama betul aku tinggalkan dunia blogging. Last update was in September 2019. Daripada Ali takpandai bercakap sampai dah pandai membebel. Daripada cuma pandai tunjuk benda sampai dah asyik ulang sebut benda sama depan muka aku hari hari. Kenapa tah ek sejak berusia ni rasa malas betul nak bercerita pasal kehidupan sehari hari. Dulu kemahen satu hari sampai 3 posts siap singgah blog orang lain. Harini terasa nak update balik sebab Paige jemput aku untuk food tasting kat Awagyu Restaurant. Bertempat di Taman Abad, Johor Bahru, the location is easy to find too. 


Ini kali kedua aku makan wagyu. First time dulu Ariff belanja kat Me'nate Shah Alam, wagyu steak RM300 istighfar panjang sambil aku makan. Jack sampai kena pujuk suruh dia order wagyu paling mahal daripada 3 jenis sebab dia nak amek the cheapest. Then Ariff suruh try jugak the premium wagyu sebab once in a lifetime experience katanya. Nasib baik laki aku tak menangis makan wagyu. Aku ni pula, disebabkan baru je habis pantangkan si Ali so usus bersih sangat, right after makan terus membuang. Esoknya cirbir sebab perut tak tahan makan daging. Tapi sumpahla rasa wagyu steak Me'nate dengan Awagyu jauh beza bagai  BTOB dengan BTS.

Obviously I'm an Army and kebetulan birthday my Sugababy today so... 

HAPPY BIRTHDAY SUGA ðŸ’œ


Anyways, dalam ingatan aku, daging Me'nate ada liat liat sikit. Taktahulah sebab cara masak dia tak betul ke apa. Kat Awagyu ni, daging dia macam.... cotton candy alahai. Chef masak depan mata and dia explain lepas grilled for few minutes, angkat letak tepi sekejap bagi dia self-cooked then baru grill lagi sekali. Aku yang pakai braces ni menguyah dengan lancar. Sedap betul. The one yang diorang hidangkan ni namanya Wagyu Teppanyaki Set Lunch. Ada 3 jenis wagyu boleh pilih and boleh upgrade wagyu anda kepada sirloin cap (RM108), ribloin (RM118) and sirloin (RM128). Ikut tekak dan poket lah ye. 


Lepas dah habis lunch session, nampak chef tengah stock up barang and prep untuk storage. Chef tengah potong bluefin tuna and dia bagi kitorang rasa. Cara makan ni unik beteyy sebab letak belakang tangan and sedut masuk mulut terus. Merasalah macam kucing kejap.


Given the overall experience and food quality, I would come back for special occasions. Saja saja datang nak lunch memang taklah bukan sebab taksedap, tapi memang datang makan sorang lerr. Kawan kawan aku mostly level Sushi King or Mentai #ehem. Jack pula bukan reti nak makan jepun. So sekarang secara tak langsung aku menggalas tanggungjawab untuk ajar Ali diversify taste buds dia. Walaupun nampak turun perangai bapaknya cuma suka makan nasi dengan lauk ayam. 

Boring betoi hampa ni. 
Mungkin dah tiba masanya aku cari kawan baru. 
Atau keluarga baru.

AWAGYU RESTAURANT
Booking +6011-5776 4363 / https://wa.link/ko8lp7
25C, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Taman Abad,
80300 Johor Bahru, Johor.