Sep 20, 2019

PERANGAI MAK SAYA

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu aku ada teman mak pergi shopping. Nak cari baju katanya. Kami pun masuk dari satu kedai ke satu kedai dalam mall tu. Sampai kat satu kedai kasut, mak nampak ada sepasang kasut yang cantik. Tapi tidaklah dia berniat nak beli pun. 

Aku cuma tunggu di luar kedai. Tahu tahu mak dah beli. Aku tanya kenapa beli jugak kan dah burst bajet.

"Sebab salesgirl tu baik. Rajin melayan mak siap keluar masuk stor carikan saiz mak. Mak kesian, lagipun murah saja tengah sale. Mak beli la."

Weak. 
Aku cuma geleng kepala. 

Tidak kusangka sepuluh tahun kemudian aku turun perangai mak. Pantang kena pujuk dengan makcik atau pakcik yang kasihan, aku beli je barang diorang. Sebab aku rasa, dunia ni kena balance. 
Kalau semua orang shopping kat Tesco siapa nak tolong peniaga peniaga kecil? 
Kalau semua orang shopping di FashionValet, siapa nak tolong tukang jahit yang baru nak buat bisnes?

Empat hari lepas semasa shopping barang dapur di Jaya Grocer, aku lalu di seafood section. Pakcik tu suruh beli ikan dia - tengok ni ha segar semuanya. Pakcik dah potong siap siap, bersihkan. awak balik masak je. Ya betul, kat Jaya Grocer memang fresh semuanya. Lalu aku pun beli seekor ikan tenggiri yang aku taktahu pun nak masak bila -,-