Sep 30, 2012

SUPAYA KITA LEBIH BELAJAR MENGHARGAI



"I've found someone to share my life with."

Sep 28, 2012

BYE MARK SLOAN




They say death is hardest on the living. It’s tough to actually say goodbye. Sometimes it’s impossible. You never really stop feeling the loss. It’s what makes things so bittersweet.”-- Meredith Grey.

Sep 4, 2012

PANGKAH SPM

Aku gelak terkekek kekek seorang diri sebab kelakar yang amat dok membaca blog. Disebabkan kelakar tersebut, aku ingin kongsikan ia dengan seseorang. Memandangkan Aja sibuk berjuang untuk trial SPM, aku jemput Baby yang baru Darjah 1 untuk mengisi kekosongan Aja.

"Baby cuba baca ni."

Jari telunjuk aku halakan ke skrin desktop.

"Jika kamu dikurniakan anak, janganlah dinamakan anak itu Cinta."

"Cintan lah Baby, bukan Cinta."

"Ouhh."

Baby blah keluar. Lepastu dia datang balik.

"Cintan ke Jintan Along?"

Aku yakin dia tanyakan mak untuk dapatkan kepastian perkataan tersebut. Logiknya, mana mungkin ada perkataan Cintan dalam kamus budak tujuh tahun.

"Betullah cintan Baby oi."

Baby keluar. Dari dalam bilik aku boleh dengar sepuluh kali dia ulang sebut cintan. Dan aku tetap takdapat kongsi kekelakaran entry Jebon dengan orang lain.

Aku benci SPM. SPM telah merampas Aja dari hidup aku. Hidup aku dah tak fun dan boring.

Seperti orang tua. Orang tua yang berjanggut.

Sep 1, 2012

AMONG ALL THE SUPERPEOPLE

Raya tahun ni kami melawat Miktang. Miktang dah jadi pelupa. Kalau tanya doktor dia akan beritahu itu Alzheimer. 

Aku tak nak mak ayah jadi macam tu. Aku nak mak ayah ingat kami forever. Jadi aku suruh mak ayah main Sudoku walau sampai sekarang mak ayah tak beli buku Sudoku pon. So aku suruh mak ayah buat banyak aktiviti otak untuk kuatkan ingatan.

Sebab family aku awesome. Ayah paling kelakar. Aku pernah rasa nak drag kawan kawan aku duduk sekali sebab family aku sangat kelakar. Kami akan gelak most of the time bila berkumpul. Gelakkan hal yang entah apa apa. Lalu aku rasa orang lain patut cemburu dengan aktiviti family aku.

Aku tak nak family aku hilang macam tu semata mata. Sebab tak ingat. Sebab lupa. 

Aku takut, kalau aku yang lupa dulu.