Aug 31, 2012

MAJIK DAN MERONG PADA 29 FEBRUARI

Aku adalah jenis orang yang suka memberi peluang kedua dan mungkin ketiga, bergantung kepada keadaan. Aku rasa silap manusia mungkin disebabkan kebodohan dan kelalaian atau mungkin belum ada kesedaran untuk berubah. Atau mungkin dia memang dilahirkan begitu.

Jack pernah tanya aku kenapa makan gulai nangka kat 5F sedangkan aku dah bebel gulai tu keras blablabla. Tapi aku tetap ambil gulai nangka 5F setiap kali makan disitu.

"Makcik tu deserve peluang kedua. Mungkin haritu dia salah masak. Harini mungkin sedap."

Tapi makcik tu tetap buat tahi dengan aku. Gulai nangka dia tetap keras blablabla ciss. Nampak sangatlah aku terlalu naif mempercayai gulai nangka orang.

Aku juga guna tahap kepercayaan yang sama terhadap filem filem terbitan KRU. Pada aku mereka adalah tiga anak muda (kecuali Norman yang memang tua) yang berguna kepada anak bangsa. 

Jadi aku tonton Magika. Hmmm, tengok sekali boleh. Dua kali aku memang tak sanggup.

Begitu juga Merong Mahawangsa. Kali itu aku bernasib baik takperlu bakar duit untuk ke panggung sebab mak beli vcd harom. Maka aku menonton maka tiadalah berghairah untuk menontonnya lagi.


Tadi, sempena 55 tahun Malaysia merdeka, aku sogokkan Aja dengan segala keseronokan dan kehebatan filem filem keluaran KRU. 

"Gila hang tamaw tengok. Edry kot !"

"Hang memang ketinggalanla kalau tak tengok 29 Februari."

"Malu jadi Malaysian kalau tak tengok cerita lagu ni."

"CGI kot ! Cita Meleis lain mana ada."

Lalu bersiaplah kami berdua bak lipas kudung. Menderu ke ECM dan masuk panggung yang cuma ada beberapa ketul manusia berjiwa macam aku dan teman teman mereka yang mudah diperdaya seperti Aja.

Aja tanya, "Best cita hang tadi?"

"Aku tamaw harap kat trailer dah."

Aug 17, 2012

RAMADAN ADALAH TEMPOH UNTUK MENGERATKAN UKHUWAH SESAMA INSAN

Petang tadi Rita pulang dengan wajah suram. Selalunya dia akan greet dengan beria walaupun housemate dia ni bukanlah Emma Stone. Aku cuma mampu minat Stone sebab dah tawu memang tak akan dapat menyerupai dia sampai bila bila kecuali aku menggunakan khidmat pawang. Oh berbalik kepada kisah Rita, rupanya kereta dia eksiden.

Satu satu dia cerita dengan aku. Macam mana dia tengah tunggu kat traffic light baru nak masuk gear then suddenly ada makhluk hijau (kancil hijau) datang terbang kat kereta dia.

"I marah. I sedih."

Terus Rita masuk bilik berkabung.

7.15 aku mula masak untuk berbuka. Udang goreng dengan megi kari. Sekali lagi Rita dengan wajah suram masuk dapur.

"Sebenarnya I nak bawak you keluar makan hari ni. Tapi taksangka pulak jadi macamni." Suara sayu dan memandang kebawah.

Tiba tiba aku pun jadi sedih sekali. Bak kata pepatah cubit peha kanan peha kiri terasa jua. Walaupun Rita bukan saudara aku but she's more like a sister. Aku mula rasa bonding kami getting better sampai dia nak bawak aku keluar makan. Cuma berdua. Aku ni bukanlah orang favorite untuk dibawa melepak atau apa apa dan bila ada orang pilih aku untuk isi ruang kosong tu, aku terharu.

Lepasni memang tak ada peluang dah nak lepak dengan Rita. Minggu depan aku dah balik Kuantan dan ke Penang untuk teruskan kehidupan. Dialah kawan untuk berbuka, kawan bersahur, kawan memasak, kawan kemas rumah, kawan bergosip, kawan bergelak. Dia akan teman aku sampai Cimud balik.

Ahhh I already miss you now. Ita, jangan sedih sedih.

Aug 15, 2012

Aug 13, 2012

Aug 10, 2012

SENIORITY

Okay mula-mula aku rasa akak ni sangat boleh go on sebab boleh borak dengan dia macam macam. Kebetulan dia pulak ex-student USM so kira macam ada semangat assabiah sikit kat situ. Dan aku pun pernah berniat nak mintak FB dia sebab aku dah nak tamat internship next week. Yelah kalau nak mintak phone number macamlah aku nak call dia bagai kan. Tapi sekarang aku rasa, baik tayah mintak pape sebab dia macam.... macam.... your stalker kat FB. Everyday nak tahan kau kat pintu untuk borak. Nak pegi ke mesin fotostat mesti lalu table dia dan sah sahlah kena borak dengan dia. Setakat borak kosong aku tak kisah. Ni macam pegawai penyoal siasat pulak dok tanya okay tak aku dengan dak dak department aku. Lepastu konon dok cerita macam gila tekanan dok kat tempat aku ni sebab dak dak kat department aku ni cam baik dengan artis dan aku tak so tak kenalah dengan diri aku. Kak, I'm fine. Totally fine. You know what, am getting better with my boss now. I can even ask her stupid questions and we laugh. I love the new friends that I made here. Though we are not the same head (sekepala) but yeah I can survive. I was made to survive in any kind of situations.

Aku juga ada terfikir, mungkin dia akan mengorak langkah meminta FB aku dan of course lah aku kena bagi. So let's see how. Kalau dalam alam maya pun macam the rashes, aku nak tutup FB. Bye forever kak.

Aug 8, 2012

SOMEBODY THAT I KNOW



Impian hidup aku dari kecil, selain daripada pernah berazam untuk menjadi doktor, cikgu, biologist, anesthesiologist, pengulas sukan dan sebagainya-- aku inginkan hidup bersederhana dan bahagia bersama orang yang tersayang. My hero, protector, accountant, adviser, chef, driver and above all, a soul mate. Ya know, your Cinderella dream.

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye. I want to be someone that you could rely on. Someone you would find first to tell about your day. Someone that in the top list of your emergency contact numbers. Someone that will give you beautiful children. Someone that will destroy your hard disk and buat bodoh. Someone that reminds you of your goal. Someone that could be your everything.

Aug 5, 2012

I LOVE YOU MALAYSIA


To Malaysians,

There's so much things untuk menjadikan kita unite. Sport is one of it. Jangan nak bergaduh sebab kau sokong Pas yang tu sokong BN yang ni sokong PKR. Come on, tak ada satu negara di dunia ni yang mempraktikkan politik secara sihat. Jangan jadi macam sesetengah orang yang belajar tinggi tinggi kat negara luar dan dah tengok betapa 'demokrasinya' negara tu dan kutuk Malaysia sebab politik yang pincang bagai. Tapi diorang ni takpernah nak jadi sebahagian daripada orang yang nak betulkan apa yang salah. Akhir kata, tahniah Lee Chong Wei. You unite Malaysia.