Nov 29, 2012

YANG BERNAMA SYUHADA


"Walaupun Kakak ada bakat jadi pemain cajon tapi Kakak tetap nak jadi saintis. Supaya mak ayah bangga."

Nov 19, 2012

Sesetengah pemimpin kerajaan ni ibarat anak anak yang tidak berguna. Sesetengah rakyat pula ibarat ibu bapa yang tidak berdaya.

Dia sibuk nak guna duit rakyat nak buat projek itu ini. Bila kita komen, bagi pendapat dan persoalkan untuk apa kegunaan duit sebanyak tu, nanti dikatanya menghalang pembangunan. Macam kau tergedik gedik nak guna duit pergi melancong ke Eropah tapi menagih duit mak bapak. Bila mak bapak tanya kau nak buat apa dengan duit sebanyak tu, kau pulun bagi alasan entah apa apa. Bila dah dapat duit, lesap.

************************

Anak yang tidak berguna: "Mak, abah.... abang rasa mak dengan abah patut jual tanah bendang tu. Simpan pon bukan ada untung. Tauke dari Kolumpo tu nak beli RM20, 000. Jualkan jelah."

Ibubapa: "Sayanglah abah nak jualkan tanah tu. Itu tanah pusaka keluarga kita. Lagipun apalah sangat duit yang orang tu nak bayar dibanding dengan amanah keluarga."

Anak yang tidak berguna: "Alah abah, kalau setakat nak tengok tanah tu terbiar tak mendatangkan pulangan, lebih baik kita jual. Ada jugak untungnya. Boleh jugak mak dengan abah pergi haji."

Ibubapa: "Biarlah mak dan abah pergi haji hasil duit titik peluh kami sendiri. Bukan dengan hasil jualan tanah tu. Abah tak sanggup tengok tanah kita jatuh kat tangan orang lain macam tu je."

Anak anak yang tidak berguna: "Abah oi, simpan lama lama pon bukan nak buat apa. Orang dah nak bagi duit, kita ambik jelah. Untuk kebaikan kita jugak. Macam saya cakap tadi, duit tu boleh tanggung mak abah pergi haji. Kalau rasa bersalah sangat pakai duit tu pergi haji, abah buatlah pelaburan ke apa. Lepasni kita tak tahu tanah tu boleh buat untung pulak ke tidak. Silap silap dapat harga lagi rendah."

Ibubapa yang tidak berdaya: "Ikut kau lah Najib."

Anak yang tidak berguna: *Hihi*

Nov 17, 2012

HAPPY BELATED BIRTHDAY AJA



"Awat birthday card hang raya cina punya?"

"Biasalah Syuhada. Tu pon kad free. Sebabtu dia bagi aku. Kalau nak tunggu dia beli, harapan."

Mulut aku ternganga sikit.

"Tu takpa lagi. Hang nampak dia tulis dengan pensil? Dia kata senang nak padam. Boleh guna kad tu kalau aku nak bagi kat kawan aku pulak. Dia ingat aku gila macam dia ka birthday orang nak pi bagi kad raya cina. Siap lukis hadiah sekali. Punyalah kedekut nak bagi hat hadiah betoi."

Kali ni mulut aku ternganga luas.

Nov 15, 2012

PERBUALAN DI SUATU PETANG

"Hang rasa aku patut pi matrix ka dak?"

"Eh haritu hang kata nak masuk Form 6."

"Memangla. Lepastu tetiba pulak Awatif kata sistem baru Form 6 tak stable lagi so better aku buat matrix."

"True. Tapi kat matrix hang kena pulun. Hang kata hang nak relaks. Takmaw study pening kepala otak. Nak take things slowly. You go for Form 6 lah."

"Hmm. Hang selaku diploma holder, amacam belajaq selama tiga tahun dulu? Stress?"

"Aku ni jeling buku pon dah stress apatah lagi bila wajib pegang buku. But it was fun. Three years of good times in my life. Pointer aku okay okay ja sebab aku malas yang amat teruk. Hari hari aku tidoq, makan, tengok movie, bergosip dan lain lain kerja tak berfaedah. Bila perlu baru aku bukak buku. Tu pon bukan untuk study, nak buat ubat tidoq."

"Amboi hang."

"Kalau hang aku rasa hang boleh pi kot. Hang tak mudah affected dengan situations. Hang ada pegangan hang sendiri. Orang ajak main main pon hang boleh focus study lagi. So kalau hang nak try diploma aku rasa hang boleh. Apply la KPM, pembelajaran percuma sepanjang hayat tanpa perlu memikirkan belenggu hutang selepas belajar. Ada rezeki, MARA hantaq hang pi further study overseas. Kerja pon confirm tetap."

"Tu lah aku pon rasa best gak macamtu. Tapayah kalut apa. Accounting ni dahla serabut kepala otak. Tapi, aku pikir nak senang dan cepat habis ja."

"Hang kalut nak habis cepat buat apa?"

"Baru aku boleh sambung degree ka master ka cepat cepat. Maknanya kalau aku buat matrix, dalam setahun siap, lepastu degree kurang kurang empat tahun, lepastu settle. Ambik pulak master ka kat oversea. Woahh seronok !"

Kemudian, entah dari mana suara ayah menyampuk, "Kalau Aja nak senang dan cepat, lepas habis exam nanti kawen jelah terus !"

Secara tiba tiba ayah kelihatan seperti Obama yang penyayang. Hmm, black guy memang nampak sangat penyayang pon.

A DAY TO REMEMBER

Rawkers lah sangat.

Mata lebam kena tumbuk.

Mak's superb cooking. See le gulai nenas ikan talang? Mouth watering.

Le great cook.

Le ayah and two monsters.

Le Aja yang kelihatan tidak cukup zat dan kusam. Mungkin study dengan banyak untuk SPM membuatkan dirinya keding dan kering. Aku harap lepas habis SPM hang akan kembali berzat.

Le familia. Seluar ayah koyak tapi dia buat selamba jalan sana sini. Nasib baik cuma pi pantai dan terus headed back home.

Pemandangan yang sepatutnya dipotretkan dimana mana galeri.


Tuesday, Nov 13, 2012. God I will miss all these.

Nov 1, 2012