Nov 15, 2012

PERBUALAN DI SUATU PETANG

"Hang rasa aku patut pi matrix ka dak?"

"Eh haritu hang kata nak masuk Form 6."

"Memangla. Lepastu tetiba pulak Awatif kata sistem baru Form 6 tak stable lagi so better aku buat matrix."

"True. Tapi kat matrix hang kena pulun. Hang kata hang nak relaks. Takmaw study pening kepala otak. Nak take things slowly. You go for Form 6 lah."

"Hmm. Hang selaku diploma holder, amacam belajaq selama tiga tahun dulu? Stress?"

"Aku ni jeling buku pon dah stress apatah lagi bila wajib pegang buku. But it was fun. Three years of good times in my life. Pointer aku okay okay ja sebab aku malas yang amat teruk. Hari hari aku tidoq, makan, tengok movie, bergosip dan lain lain kerja tak berfaedah. Bila perlu baru aku bukak buku. Tu pon bukan untuk study, nak buat ubat tidoq."

"Amboi hang."

"Kalau hang aku rasa hang boleh pi kot. Hang tak mudah affected dengan situations. Hang ada pegangan hang sendiri. Orang ajak main main pon hang boleh focus study lagi. So kalau hang nak try diploma aku rasa hang boleh. Apply la KPM, pembelajaran percuma sepanjang hayat tanpa perlu memikirkan belenggu hutang selepas belajar. Ada rezeki, MARA hantaq hang pi further study overseas. Kerja pon confirm tetap."

"Tu lah aku pon rasa best gak macamtu. Tapayah kalut apa. Accounting ni dahla serabut kepala otak. Tapi, aku pikir nak senang dan cepat habis ja."

"Hang kalut nak habis cepat buat apa?"

"Baru aku boleh sambung degree ka master ka cepat cepat. Maknanya kalau aku buat matrix, dalam setahun siap, lepastu degree kurang kurang empat tahun, lepastu settle. Ambik pulak master ka kat oversea. Woahh seronok !"

Kemudian, entah dari mana suara ayah menyampuk, "Kalau Aja nak senang dan cepat, lepas habis exam nanti kawen jelah terus !"

Secara tiba tiba ayah kelihatan seperti Obama yang penyayang. Hmm, black guy memang nampak sangat penyayang pon.

No comments: