Dec 29, 2011

THE AWKWARD MOMENT IS WHEN,


Bila aku sekadar senyum dan tunjuk baris gigi kepada orang yang aku kenal buat pertama kalinya, aku dah jadi segan untuk beramah mesra jika berjumpa dengan orang yang sama lagi pada kali keduabelas dan seterusnya. Sebab sebelas kali sebelumtu aku kekalkan prestasi senyum manis kepada orang orang tertentu. Bukan sombong, cuma tak tahu apa patut diborakkan. Dan paling awkward bila orangtu macam akan fikir Eh dia ni tak pernah pernah tegur aku tetiba pulak nak borak panjang bagai. Kenn?

Aku segan. Sirius. Tapi hakikatnya aku sangat boleh dibawa berbincang berborak. Sirius.


I heart this smart-ass

Dec 28, 2011

KALAU KAU STUDENT DAN BERSEMANGAT UNTUK KAHWIN PADA USIA MUDA, APAKAH PERKARA PERKARA YANG AKAN TIMBUL DARIPADA MULUT MULUT ORANG?

Pertama, keluarga yakni ibubapa akan menentang sekerasnya atau pura pura menentang sekerasnya sebab ada certain parents yang tak kisah anak anaknya kahwin awal, bahkan sangat bersyukur tapi nak duga anaknya sikit so mak bapak ni akan drama lebih just to make sure anaknya memang dah bulat hati. Yelah, daripada kau berterusan bercinta dan tak berkomitmen, baik kau kahwin. Lagi barakah. Tapi yang jenis menentang tu pun ada sebabnya. This one mostly of the parents nowadays macam tu. Kau kena habiskan belajar dulu, kerja, kumpul duit, hantar mak ayah pergi haji then baru boleh kau nak kahwin. Kau kahwin time belajar pun menyusahkan mak bapak jugak. Silap silap monthly allowances makin bertambah. Then if salah langkah, ter-pregnant. Haa kiralah sendiri belanjawan sepanjang kau pregnant dan nak besarkan baby tu macam mana. Dah lah tak kerja. Dengar cakap mak ayah pleaseee *Disamping itu yakinkan lagi mereka mengenai point point kelebihan kahwin awal. If possible, tagged mak ayah kat entri entri yang bakal disebutkan dibawah*

Kedua, kawan kawan dalam friendlist Facebook kau yang selama ni like status/ entri pasal Hikmah Kahwin Awal, Manisnya Bersama, Bahagianya Bila Kahwin Awal, Jodoh Mengikut Perspektif Islam dan segala entri sweet sweet pasal kahwin di usia muda akan turut mempersoalkan keputusan kau nak kahwin awal. Kalau yang jenis bff tu bolehlah faham kot. Tapi yang pesen berpoya poyan dan leklu, kawen awal nak buat apa. Skang ni zaman enjoy dan blablabla, hah memang patut sangat hang unfriend dia. UNFRIEND DIA DARI LIFE HANG.


Ketiga, seharusnya makcik makcik di kejiranan/ kampung kau akan sibuk berjoyah kenapalah kau nak kahwin awal memandangkan baru first year tapi dah gatal nak berlaki/ berbini. Kita yang hidup dalam masyarakat Melayu ni sememangnya lebih mementingkan adat berbanding agama. Kalau kahwin awal dikatanya pregnant lah, kena tangkap khalwat lah, jadahlah. Kalau kahwin lambat terus cakap orang taklaku. Kalau kenduri kecik pun dikutuk kedekut. Kalau buat besar dikatanya nak menunjuk. Dahtu mana satunya yang betul? 

At off, kehidupan dizaman serba maju dan moden ini menuntut kita untuk mengikut kata hati berlandaskan ajaran agama. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul, tak ada salahnya kita teruskan. Some things we cannot satisfy others. If not, kita jugak yang menyesal. This is our life, apa yang orang cakap tak penting, sangat. I mean, yeah, they can say things and things. But in the end siapa yang kena buat keputusan and who's gonna live with the decision that has been made? Forever pulaktu. We're talking about lifetime decision okay. Jangan menyesal dengan apa yang kita buat, even benda tu salah dan merugikan masa dan buat kau menangis siang malam rasa macam nak terjun bangunan tapi itu adalah jalan yang kita pilih. Sebabtu salah satu prinsip untuk para Pembimbing Rakan Sebaya, kita takboleh suruh kawan kita buat keputusan ikut cara kita. Kita cuma boleh nasihat dan give few exit ways so that dia sendiri boleh pilih and takkan salahkan kita untuk setiap keputusan yang dia dah buat.


Akhir kata, sirius aku rasa nak kahwin awal.

EXAM QUESTIONS


Dapat novel baru. Hadiah daripada Penjaja Buku hasil kesungguhan aku. Sesungguhnya masih banyak novel yang bertaburan dikatil, menunggu masa untuk dihabiskan memandangkan first paper adalah pada 6 Januari. Novel novel tersebut adalah sebahagian daripada soalan peperiksaan. Masa untuk menjawab soalan adalah 3 jam. Sila jawab ketiga tiga soalan. Pastikan kedua kedua belah mukasurat digunakan. Anda dilarang meniru, membuat bising, makan, berangan atau tidur dengan nyenyak.


Go die.

Dec 27, 2011

BIG TREE








Aku rindu rumah. Segala isi rumah dan seluruh manusia di dalam rumah itu.
O'hana means family.
Family means nobody was left behind.

I want to sleep with you.
I don't mean have sex.
I mean sleep. Together.
Under my blankets. In my bed.
With my hand on your chest.
And your arm around me.
With the window cracked.
So it's chilly and we have to cuddle closer.
No talking.
Just sleepy, blissfully happy, silence.

Hostel aku agak gelap malamni. Ala ala Twilight cuma taknampak vampires yang handsome. Kenapalah hostel menjadi sangat sepi dan pilu bila tiba musim study week? Boleh tak students berhenti daripada balik rumah masing masing pada study week dan fokus pada belajar? Tanak result cemerlang gemilang terbilang ke? #emo.

Lapar lagi sebenarnya. Roti canai sekeping macam takcukup tadi. Nak makan nasik kandar tapi macam tak senonoh pulak pukul 2 pagi nak makan nasik. Aku pandang pandang Ema, dia tidak kelihatan seperti kebuluran macam aku. Malah sangat tak senonoh untuk seorang perempuan berperangai kebuluran pada pukul 2 pagi. So sekarang I nak tidoq. Jangan kacau I.

Dec 22, 2011

KASUT BIRU AKU HILANG, DAN AKU SANGAT KISAH.


Sebab aku bukan orang berharta macam kau. Dalam koleksi aku cuma ada dua pasang flats, satu slipper jamban dan satu slipper jalan. Sepasang but yang aku sidai kat luar bilik tu pun ihsan daripada KDU masa mangrove plantation haritu.

Sekarang satu pasang dah hilang.

Boleh tahan babilah perangai pencuri. Aku punya mengidam nak beli kasut tu dari semester lepas lagi. Kau pernah rasa jatuh hati pada mamat hotstuff sekolah dan hantar surat pada dia yang cuma dibalas empat bulan kemudian? Macam itu lah rasa seksa nak kumpul duit. Lama. Hati dah bengkek. Dan aku cuma pakai kasut biru tu baru beberapa bulan. Taksempat nak hinggap bau kaki pun. 

Aku doakan kau failed satu paper semester ni selagi kasut biru aku tak dipulangkan. Amin ya rabbal a'lamin.

Dec 21, 2011

IF I DIE YOUNG,

Am not sure what's really happening to my body system now. Doctor said the bacteria had spread into my bloodstream that's why my skin's getting redder, or reddish. Dah macam tompok tompok tahik unta. Kena jaga makan minum, takut jadi lagi teruk.

I don't want to die young.

I want to have Abu and Tijah.
The feeling of having Abu and Tijah.
You'll help me out, right dear?

Dec 18, 2011

HUJUNG MINGGU

  1. Lunch pecal lele dengan Liyana Sulaiman. Today's the last day. Dah habis kontrak dengan tuan punya tanah. Ibu kata lepasni tataw lagi nak bukak kat mana. Tunggu dia inform kat web. Aku tengok Liyana Sulaiman, dah tersengih sengih. Hebat nauu gerai pecal lele yang kecik tu boleh nak hebahkan online. But siriusli pecal dia terbaik hoii.
  2. Lepas lunch gerak ke klinik. Makan ubat terus tidur tak sedar diri. Bluerhhh.
  3. Gagahkan jugak bangun petang nak buat asaimen sebab malam kang ada discussion. Nampak tak mata aku bukak sebelah je? Nampak tak?
  4. Omei datang hantar rojak buah, giant currypuffs, pisang goreng dengan air mata kucing. Sedap nomnom, and lapar sebenarnya.
  5. Sedih, mengenangkan takboleh makan bakso dan pecal tahap sedap nomnom dah. Sobsob.
  6. Ouhh satu lagi, rasa meroyan sebab semalam buat perangai taik. Sekian.

Dec 13, 2011

STUPID COW



Aku tak tahu nak describe macam mana hati aku sekarang. Corak corak kain yang wujud di Kamdar tu pun takdapat nak tunjukkan perasaan aku. Senang cerita macam ni lah, kau jangan buat macam tu lagi okay. Kau takpayah ungkit cerita cerita lama. Dah basi lah wey. Menyampah. I thought masing masing dah moved on. Wait, yeah, we do moved on. Yang tak moved on nya, Cow.

Dec 12, 2011

YES, YOU.



"There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through.

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again
Once again."

WE LIVE THE SHORTEST LIFE


I'm afraid I have taken the wrong step. 
I don't have Plan B if my Plan A doesn't worked out.
Dear god, guide me please.

Dec 10, 2011

I WISH NOTHING BUT THE BEST FOR ME


Bertambah sudah usia. Rambut makin panjang. Otak makin berat.

Pertama kali sambut ulangtahun kelahiran dengan kawan kawan dan kekaseh.
Pertama kali rasa ditabur bedak dan dinyanyikan birthday song secara live.
Pertama kali hari ulangtahun kelahiran tidak jatuh pada musim cuti sekolah dan cuti semester.
Pertama kali tidak dipeluk Mak Ayah tepat jam 12.
Pertama kali tidak dibangunkan dengan suara Ayah.

Untuk semua yang aku rasa buat pertama kali ini, terima kasih buat kalian yang terlibat dalam hidup aku.

Selamat ulangtahun kelahiran Izzayati Husna Ahmad. Hidup baik baik.

Dec 6, 2011

MARILAH RAJIN RAJINKAN DIRI BERKEBUN BIARPUN AKAN GATAL DAN MERAH SATU BADAN


Ini aku, yang fighting for my life struggle with the mud and thank god I could continue living. Padahal baru dua tapak aku turun dalam petak mangrove tu tapi stuck macam forever. Aku fikir fikir jugak nak gagahkan diri jalan lagi kedepan tanam  pokok bakau dan tumpang glemer dalam surat khabar walaupun satu badan dipalit lumpur atau nak habiskan degree, kumpul duit, kahwin dan pusing dunia. I opted for the second.

Jadinya semalam satu badan aku gatal gatal. Dah merah dan bengkak. Kebetulan Jack demam, badan dah panas macam kena panggang. He's at 39 °C man ! So kedua dua kami melawat klinik lepastu bila nak balik mulalah lawan bertolak siapa nak drive. Disebabkan aku takpakai glasses maka Jack gagahkan diri memandu pulang. Such a good boy auwwww.

Dec 5, 2011

I asyik salah cakap dua tiga hari ni. Ini adalah bukti bukti kejadian. Ada banyak lagi tapi I malulah nak cerita. 

H: Ada ka orang buta yang rabun?
Jack: Huh?!

H: Blablabla.... hari ni kan Khamis.. blablabla...
Jack: Harini Isnin lah wey.

Jack: Apsal air kotak ni less sugar pulak. Nak yang gula banyak banyak.
H: Ouhh beli jelah. Nanti tambahlah gula.
Jack: ................

H: Kenapa kau tak berdosa.... (sedar macam dah tersalah cakap, pandang kiri kanan then buat buat tukar topik tapi Jack dah spot awal lagi)
Jack: Awat yang bangang sangat ni?


Eff.

Dec 3, 2011

NEW HOPE


Walaupun permulaan hari ini agak macam bangang, but it ends well. Eh tapi tak midnight lagi. Peduliklah, janji aku dah nampak arah tuju hidup.


*senyum puas*

Dec 2, 2011




 HATI WA DAH KELAUT. 
MUNGKIN DAH MASUK JURANG MARIANA. 
WA TAKUT WA TENGGELAM TERUS TAK TIMBUL DAH. 
WA TUNGGU SUPERMAN WA.
SUPERMAN WA ASYIK BUSY MINGGU NI.
WA HARAP DIA TAHU WA HIDUP LAGI.
DON'T WORRY, WA BUKAN NAK BUNUH DIRI.

#EPS 1



Terharu, dan terima kasih.
Waiting for the next one. Or two. Or three. Or more.


:)

Dec 1, 2011

A GIRL AND HER LOLLYPOP


Dear December,

Please be good to me. I’ve had enough hardships and downfalls in 2011. May the last month please end well for me. It doesn’t need to be the best neither does it have to be perfect. But all I want is for you to be good enough to help me end 2011 with fun, relaxing memories.