Jun 14, 2012

Aku rasa aku sedang buat benda yang bodoh lima minit yang lalu. Tiba tiba perangai aku jadi macam budak 15 tahun. Aku guna method yang sama untuk request something. Dan tadi aku dah siap mengarang untuk diemelkan kepada orang tu, sampailah asap fogging yang aku sedut telah menyedarkan diri; jangan buat benda yang budak takmatang buat.

When I was in high school, my batch organized a trip to Melaka (and somewhere else I can't remember). Berbekalkan semangat kawan kawan yang super excited dan spirit keremajaan yang menebal dalam diri untuk pergi enjoy dengan kawan kawan, balik rumah weekend tu, aku mintak izin dengan ayah. Yelah, still bawah jagaan mak bapak. Buat tak mintak izin kang tak berkat.

"Ayah, nak pergi trip ke Melaka boleh?"

"Bila?"

"Next month."

"Free ke kena bayar?"

"Bayar RM40."

"Hmmm. Takpayah pegilah."

Kecewa. Muka dah masam buat taik tamaw cakap dengan ayah for the whole weekend. Aku ingat ayah nak faham bahasa isyarat aku yang takberapa nak isyarat ni. Dia tetap buat bodoh. Sampailah aku balik hostel and dalam hati pun pasrah je tapayah pegi. But then ya know, pengaruh rakan sebaya itu amatlah kuat Subhanallah. Angin apa yang rasuk aku tatawlah sampai aku tulis surat kat ayah, mintak izin sekali lagi nak join trip tu. Alhamdulillah, dapat.

Tapi sekarang bila fikir balik, aku rasa aku adalah anak yang tak mengenang budi dan derhaka. Bila ayah kata takpayah pergi sebab trip tu berbayar, itu maksudnya dia tengah tak ada duit, walaupun RM40. Sebab pada aku RM40 tu tarahal. Aku tengok slip gaji ayah boleh tahan jadi aku dengan penuh ketidaksenonohan gagah jugak nak pi. Bila dah besar dan pernah bekerja part time dan pegang duit sendiri baru aku tawu, nilai RM40 tu besar wey. Boleh bagi makan family. Boleh beli beras. Buat pulak anak sakit, boleh beli ubat. Tapi time tu aku tak pernah nak fikir bagai. Aku tak rasa dan tak nampak susah senang ayah nak jaga family. Masa tu cuma nak seronok. 

Berbalik kepada kes emel tadi, aku rasa aku akan peram dulu emel tu sampailah aku memang dah tak ada cara lain hendak dibuat untuk baiki apa yang rosak. Sebab bila go through karangan aku; entah apalah aku tulis.

Jun 13, 2012

Usai solat Maghrib tadi,
Aku ambil naskah Yaasin dari rak. 
Tempatnya yang paling tinggi aku letak.
Aku pegang, dan berhabuk.

Ya Allah, malu.


Jun 11, 2012


Jack, jom kawen cepat. Saya rasa duit RM100 yang awak menang tu dah cukup untuk buat mahar. Habisje paper on 26th ni awak terus gerak ke Kuantan taw. See ya !

Jun 10, 2012


Esok bermula perjuangan. Semoga dapat menjawab dengan terbaik. Amin.

Jun 6, 2012

DEAR HEARTS,








Tamat sudah segala yang penat lelah itu. Segala yang pahit. Segala yang manis. Aku ambil masa few days nak buat entri ini walaupun tak ada banyak yang aku tulis. Many many thanks to ADWAVE 2012, final-year Communication students of USM dan kepada sesiapa sahaja yang aku pernah menumpang hidup, terima kasih sekali lagi. Fiza, Sue Ann, Aya, Yuit Khey, Munchee yang banyak tolong. Capig, Emi, Hani, Ainul, Feka, Zetty, Min yang banyak menadah telinga mendengar luahan hati. Budi baik anda semua mungkin takdapat aku balas. Aku masih ada satu semester berbaki. Kepada rakan rakan seperjuangan, teruskan hidup sebagai dewasa diluar sana. Kerja baik baik. First gaji, belanja BFF.

And to my dear Muhammad Ikhwan Zulkaflee, congratulations for the Best Editorial award you won. Politik Malaysia memang tak lestari pon. Teruskan belajar dengan cemerlang. Moga semester depan dapat deanlist terus. I heart you