May 27, 2012

PLAN SEPANJANG HARI ESOK


0845 Bergerak ke Studio Penggambaran untuk meeting IMPACT.

1030 Meeting kemungkinan sudah tamat. Melainkan aku dipanggil untuk dipanaskan lagi dimana perkara ini akan lebih memakan masa. Then, aku perlu gerak ke library sepantas kilat. Nak cari references untuk asaimen paling akhir semester ini. Last wey. Last.

1300 Rehearsal untuk STRIP: The Final Call di Dewan Budaya.

1500 Tutorial terakhir dengan Dr. Ngo comel.

1600 Tutorial terakhir dengan Dr. Hazlina cantik. Aku present pulak tu.

1940 Dinner/ Berbuka.

2000 Meeting terakhir ADWAVE 2012. Meeting ini adalah sampai tengah malam 1 Jun. Zzzzzzz.
Blog bukan lagi suatu option yang best untuk melepak sekarang. Banyak lagi kerja lain aku nak buat dan ada saluran lain jugak untuk aku meluahkan perasaan tanpa menaip panjang panjang. Yes, semester ni paling banyak drama. Paling banyak rasa sakit hati. Paling banyak maki. Paling banyak tak puas hati. Eh aku bukan nak merungut Tuhan uji aku dengan benda benda ni. On the other side, aku dah jumpa orang yang sama kepala dah boleh share segala. Segala yang bittersweet itu. Orang kata zaman belajar adalah syurga. Aku setuju, tapi kepada semua kegiatan fun yang tersenarai sahaja. Bab belajar, go die. Jadi aku nak cepat cepat habiskan degree. Nak pindah syurga.


We only have a week left to pull all these shits together and give the best of us.
Be strong dears.
 
I believe in you, Miranda.

May 20, 2012

UNTUK MAKHLUK PALING SEDAP DI DUNIA,



"Saya harap bila kita dah grad dan kerja dan ada banyak duit, diorang ni hidup lagi."

May 15, 2012


Dah seminggu katil aku bersepah. Everytime nak tidur, aku cuma tolak dengan kaki segala baju ke hujung katil. Setiap kali bangun tidur aku memang tak kemas katil dah. Dalam locker adalah maha hebat. Nasib baik ada pintu kalau tak diri sendiri ini menangis tengok seluar baju yang dicampak. Malas nak lipat. Dah dua minggu locker aku huru hara. Semester ini aku mengambil tindakan untuk memandang ringan sifat semulajadi seorang perempuan iaitu rajin. Hanger aku dah tak banyak yang tinggal. Semua baju aku sangkut. Baju yang dah dibasuh, disangkut semula dalam locker. Then bila datang turn baju baju lain pulak nak dibasuh, hanger yang aku pakai untuk sangkut baju baju dalam locker, aku ambil dan sangkut baju yang dah dibasuh. Baju baju yang disidai tu aku longgokkan dalam locker. Begitulah kitarannya semester ini. Kau faham tak cycle orang malas?

May 13, 2012

QUEEN OF THE HEART

Hubungan aku dengan mak memang kurang baik sepanjang tahun tahun aku bernafas dibumi ini. Aku bukan seperti majoriti anak-anak perempuan yang lain yang boleh berborak segala dengan mak. Dan aku tahu ini bukan salah mak. Kalau aku rasa tidak disayangi itu semua sebab aku yang lari.

Instead of bridges, I built walls.

Tingkatan 4 aku sudah mula lari dari rumah-- lari dari menghadap mak setiap hari. Aku masuk teknik dan cuma balik sebulan sekali. Kalau famili datang melawat, paling aku avoid adalah berborak dengan mak. Aku pun tak tahu kenapa. Aku paling jarang call ke rumah. Paling paling cuma untuk minta duit. Itupun through ayah. Sepanjang tiga tahun diploma, mungkin tiga kali aku telefon sekadar bertanya khabar. Aku ada diari yang aku tulis pasal mak. Betapa dia takfaham aku dan dia lah segala yang tidak memahami aku. Aku simpan baik baik dirumah. Tapi takcukup safe sebenarnya.

Tahun lepas,  mak jumpa diari tu. Cuti semester aku balik rumah. Untuk pertama kali mak layan segala kerenah aku dirumah. Aku  nak makan apa mak masakkan. Aku nak pergi mana mak bawakan. Aku nak tengok tv channel apa mak bukakan. Pertama kali juga selama aku ada kekasih, mak tanyakan pasal dia. Aku buat salah mak takpernah marah. Aku baru cakap dua patah dia terus gelak. Padahal aku rasa memang taklawak pun. Bila aku nak balik Penang, mak cakap dia dah baca diari tu.

Atas bas aku menangis. Bodohnya diri sebab buat mak macam tu. Banyaknya mak korbankan untuk aku, tapi aku takpernah nak sedar diri dan boleh blame dia kononnya takfaham diri aku. Dan bila dah semakin matang, aku faham, she'd done her best to become a good mother, for me. I knew it and I can see how much she worked hard for it. I know I'm the most problematic daughter with lots of issues but she still accept me for the who I am.


To my red rose, million of thanks to you for becoming a great mother to me, Ariff, Aja, Syuhada and Imanina. You are the mother, the chef, the banking adviser, and a friend. For all the things that I've done, I hope you can forgive me. I don't want my daughter(s) to be like me. I don't like karma. I hope its enough to call you at least once a week and pay attention whenever you talk to me, although most of your talks are about gossips but nevermind. That's how I show my love to you. I love you from the top of my heart, mak