Mar 31, 2011

TAKTIK DAN TEKNIK

I taksuka berada dalam kelas.
Lebih lebih lagi time sekolah menengah.
Lebih lebih lagi time kelas Modern Math, Add Math dan Bahasa Melayu.
Terasa bodohnya diri ini dalam kalangan bijak pandai.

Satu satunya kelas yang I boleh berlagak pandai dan sombong adalah Pengajian Islam kendalian Ustaz Aidil.
Pakai tudung labuh sikit, duduk paling depan dan buat muka sayu.
Bila ustaz tanya faham atau tak, jerit kuat sikit.

"Faham ustad !"

I skor A untuk subjek tu dalam SPM.Yang lain lain jangan tanya.

Mar 30, 2011

I selalu berdebar bila tengok ada friend requests kat FB. Sebab macam dalam my previous entry, I takkan approved orang yang I setakat kenal kenal macam tu saja, apatah lagi yang tak kenal langsung. Bunyi macam sombong gilaaaa kan. But who cares. Supposedly you all pun buat macam tu. Takperlu nak add semua orang dan jangan approved orang yang you all tak kenal. Bahaya okay. Kau tak pernah dengar ke kes ada pengguna FB kena bunuh sebab everything yang dia buat, dia post dan pembunuh tu tahu. Padan muka.

Macam tadi, I on FB, ada satu friend request. Ada 9 mutual friends, budak sekolah menengah I, dan I tak kenal langsung. So bye.


Dan ouhh, I bercadang nak balik Kuantan lagi. Tapi bila entah.

Mar 29, 2011

Rasa macam life aku sekarang makin busy. Ini baru jadik student, if dah kerja tatawlah macam mana aku nak divide time. Memang baju aku semua beli pakai buang jelah kan. Senang. Tapayah basuh.

Lately aku dah macam addicted dengan laptop. Online almost 24/7. Kalau tak pon mesti tengok movie. Dah jarang take evening nap. Novel-novel yang aku beli pon bersusun baik punya kat rak, tak terusik. Wuthering Heights, niatnya nak habiskan baca dalam sebulan. Haaa amek kau dan dekat 3 bulan pon baru half way. Konon letak buku tu kat tepi bantal, nak baca tetiap malam sebelum tidur. Last last aku yang tidur dulu. So buku tu buat penguat semangat jelah.

Ouh please. I nak jadi kuat macam dulu. Sekarang ni takcukup nafas. Sirius.

Mar 26, 2011

Awal pagi dah bangun gerak ke Queensbay. Ada event Adwave, tolong senior senior. Macam rajin gila kan aku ni? Takpe, tak rugi tolong orang sebab nanti orang pulak tolong kita. Eceh.

Dan hari ini sangat lousy. Penang hujan tanpa henti. Karma lah tu.Ouhh dan Icky dah pulang kepangkal jalan. I've got a tortoise named Ikhwan Nursyafiqah (nama tidak rasmi sebab tak tahu dia jantan atau betina). Nickname is Icky. Sekarang aku dah macam ibu mithali lah pulak. Bangun pagi nak keluar bagi Icky makan dulu. Dah balik pon bagi dia makan lagi. Tukar air, cuci Icky lagi. Aku tahu aku boleh jadi young mother yang berjaya nanti.

Icky makan sangat banyak. Ini semua sebab Jack ajar. Jack cakap every time dia makan tu lah dia bagi Icky makan. Padahal masa aku beli Icky dulu amoi tu cakap satu hari bagi 2 atau 3 pellet sahaja. Ni Icky hentam makan 10 pellet sekali makan. Ni guane ni?

Sokaylah. Thanks Jack for caring Icky more than a week seperti yang dijanjikan. Big hand for you sebab berjaya jaga dia tanpa mati.
Salute lah bro !

Mar 25, 2011

WE SING ALONG

Daripada tengah malam semalam membawa ke pagi buta hari ini aku asyik ulang alik ke jamban. Cirit birit punya pasal. Kawan kawan buat conclusion, aku makan betik tengah malam semalam. Hmmm, mungkin kot.

Begitu juga bila ke Queensbay petang tadi. Perut asyik buat hal sampaikan aku nak makan pon terbantut. Sux betul.

But its okay. Nak sedapkan hati punya pasal, maka keluar ayat seperti "Eh okayla tu cirit birit boleh bersihkan perut. Nanti takbuncit dah." Tapi aku tak pergi klinik jugak.

Ouhh dan kekaseh called awal pagi tadi. Perbualan tak macam selalu. Banyak diam. Aku tanya kekaseh kenapa senyap-- Saya tanak kacau awak tengah sakit ;)

Ouhh my.

Dan hari ini adalah ulangtahun kelahiran kawan sebilik saya, Liyana Sulaiman. Happy Birthday girl. God bless. Love you.

Mar 23, 2011

Kita adalah kita dan orang tak akan dapat rasa apa yang kita rasa. Dan selalunya itu adalah perkara perkara sedih. Kalau betul pon dia dapat rasa kesedihan yang kau rasa tu, well maybe taksampai twenty-percent pon perasaan tu. Yelah, setakat rasa semata semata. They are not in our shoes.

So jangan nak berangan sangatlah bila kau sedih macam nak mati, ada orang datang meratap kat tepi kau, nak rasa sedih bersama. Nak meraung bersama.

The point is, bukan tak ada yang nak pegang tangan kau dan kutip hati kau yang pecah berselerak tu. Ada. Tapi jarang, kadang kadang dan tak banyak. So kalau kau dah jumpa, jaga dan simpan sebaik mungkin. Biar sama sama jatuh bangun. Biar dia itu cuma satu, yang sentiasa disisi kamu, tapi tak pernah hilang dalam waktu.

Mar 22, 2011

Tadi, dalam kelas English, kami perlu bercerita mengenai apa-apa. And most of us pilih bedtime stories yang macam mak atau ayah kita selalu ceritakan before tidur dulu. Tujuannya nak check pronunciation and yes, tadi itu adalah test and yes, I'm kinda messed up. Yuckss.

Peduliklah. Benda dah lepas. Nak menangis air mata darah pon tak guna. Minggu depan lagi banyak perkara gelap sepi sedih dan macam haram bakal berlaku. Salah satu selain daripada asaimen yang berjuta adalah result English test dua minggu lepas. Aku dapat bau hangit kertas terbakar. Shitz lah.

Macam tu lah aku. Mengomel untuk benda benda kecil. Bunyi macam tak bersyukur dengan life pon ada. Astaghfirullahalaziim. Mintak jauh dengan perangai perangai macam tu.

Dan tadi Ben bercerita pasal true story ayah dia. Was born in a very very rich family, at the age of ten dah pandai hisap rokok. 11 tahun dah pandai hisap dadah. Cukup 15 tahun, doktor pesan, once u take another drugs and your body would be dysfunction. Kata lain, mati.

Tapi itu pon taklama. At the age of 20, he starts re-taking drugs and spent the next three months dalam hospital. Then dia menyesal gila, dah tanak buat benda benda bodoh and nak prove to his family that he is a good son and he can make profit for them. So he started a business. Small business but yeah, can be considered as menaikkan nama keluarga. Its like you are from zero to hero.

"By the age of 30, my dad got me. The first word I've ever said to him was 'Achoo' (sneezing) and from that day onwards I had become his precious thing ever. He keep telling people the same story about his life and I'd do the same. I know he'd learn that there's no turning point for what he has done. Its just amazing he could live until now. I love my dad."


Ouhh thank you Ben for the very touched story.
I love my ayah too.

Mar 21, 2011

AKADEMI FANTASIA-L


ARIFF PUTERA PERNAH KANTOI TERTINGGAL HANDPHONE DALAM BILIK AIR. MAKA AKU DAN UMI GELEDAH. MAKA KAMI MENJUMPAI-- AFUNDI EBI.


Geli geli je kan?

Mar 12, 2011



I am not surprised that this world was created with bunch of idiots.
But what am I surprised was these whole idiots act more idiot than the word Idiot itself.


Start searching for Idiot in your dicktionary, you'll find one.

Mar 11, 2011

WE PRAY

Hari ini gempar pasal 8.8magnitud tsunami di Sendai, Jepun. I dengan Liyana Sulaiman sibuk bukak Youtube, CNN dan segala bagai web nak tahu info pasal tu. Damn scared. We are in island, can't be saved by people once you're trapped, or it will take times to be saved. Takut kan? Dan kami mula ingat Tuhan.

Buruk betul perangai. Bila dah dilanda musibah baru kalut  nak bertaubat segala bagai. Baru kalut nak cari tudung pakai di kepala. Baru kalut nak call mak ayah mintak ampun segala dosa. Baru nak cakap baik baik dengan kawan mintak halal segala makan minum.

Bila Tuhan dah turunkan bala, mana lagi nak lari? Andai Superman tu wujud pun, maka habislah power dia nak selamatkan semua orang. Kau nak harap Superman? Takdapat derr.

Pinjam ayat kawan-- Jangan beritahu Tuhan yang kita ada masalah besar. Beritahu masalah yang kita ada dengan Tuhan yang maha besar.

Mar 10, 2011

Antara perkara tensi untuk dilihat sepanjang minggu adalah timbunan baju baju yang belum dibasuh, loker yang tak pernah nak kemas, berselerak dan sebagainya, meja study yang bersepah dengan apa-benda-pon-aku-tataw, jutaan asaimen yang menjerit jerit minta disiapkan, serta jerawat yang semakin galak tumbuh  as day passes by.

Menyampah taw.

Penyakit kronik I dari kecik; certain things I nak kemas sangat sangat and I keep it organized, while certain things mampuih pi lah nak susun lagu mana pon janji bila aku nak guna, ada. Macam folders dalam lappy ni, I susun baik baik dan ikut bulan, tahun dan event. Nama folder pon I tulis elok elok supaya mudah nak cari dan each file I namakan ikut turutan. Let say I ada folder gambar raya dari Day 1 sampai Day 5, then I akan rename all the pictures by the sequence; .001, .002, .003, .004 dan seterusnya. Semua folder gambar I macam tu. Macam neat and tidy gila kan? B, I harap you tak freak out dengan habit I ni.

And sesetengah benda pulak, macam baju dalam loker, I selalunya pass kat Aja untuk kemaskan. Sebab I cuma tahu cari baju yang I nak pakai, sumbat balik mana yang I takpakai takpon letak dalam laundry bag, even taksempat pakai lagi baju tu. Kat USM ni, sebab I rasa I cuma kat sini 3 tahun, dan cuma 4 bulan dalam satu semester saja I kat bilik yang sama, so I malas nak kemas melampau lampau. Beg baju I yang dari last semester pon I tak bukak untuk kemas lagi. Malas. Kau mampu nak buat macam aku?

Mar 9, 2011

FUNGSI FACEBOOK

I seorang yang busy gila dan tak ada masa nak buat kerja bukan bukan. Disebabkan I terlalu suka buat kerja last minit maka I memang tak ada masa nak buat benda lain.

Contohnya stalking. I on Facebook almost a day tapi on jelah. I pon tataw I buat apa. Nak kata I stalk orang, semua tu kawan I. Takanlah nak stalk kawan kawan kan. Terma yang I guna adalah meninjau perkembangan mereka. Siriusli, I dah cut off orang orang yang mengaku kawan je lebih tapi takpernah nak bertegur pon kat FB. Hang ingat aku apa? Saja buat akaun nak bagi hang taw progress aku?  Jadi tidak hairanlah jika friend list di FB I cuma 5-6 orang sahaja. Okay tipu. Kawan kat FB I tak sampai 400 pon. Tu pon I rasa dah sangat ramai.

Tengah dok pikiaq nak delete sapa lagi ni.

Mar 8, 2011



Aku tahu bukan aku sorang yang ternganga dalam kelas English tadi. Bukan salah ibu mengandung bila aku sign up untuk kelas tu. Tapi sebab pemalas gila- no final exam for that paper, so aku amek jelah. Plus its wajib to choose one of the subjects offered from Sollat.

Dalam aku tengah sibuk mengelamun sebab tapaham sepatah haram pun apa Puan Toh bebel kat depan, aku nampak Ben dok sibuk main main dengan rambut dia. Shifa dok conteng conteng kertas. Awwadh dengan iPhone beliau. Aus baik punya dok tido depan cikgu. Amoi depan aku ni nama-apa-entah sedap sedap curi makan roti Patchee. Angela sibuk texting. Ai Choo tak angkat kepala langsung.

See, I dah cakap. Bukan I sorang bakal melopong untuk test minggu depan. Depa-depa ni pon.

Mar 7, 2011


Behind you are all those memories. Bitter and sweet.
Embrace it.
Don't let go.

Mar 3, 2011

ZzzzzzZZZzz

Kononnya harini nak gerak ke library lagi. Buat asaimen Prof. Ramli. Konon. Padahal masing masing banyak lagi asaimen yang berlungguk tunggu nak disiapkan. Nasib baik dah setel asaimen lain harini. Esok lusa dan seterusnya bolehlah I tumpukan sepenuh perhatian kepada Ramli. Ohh darling, sabar ya. Ailebiyutuuu.

Malamni pulak Kude nak datang dari Kelantan. Sakan hang holiday nohh. Aku rasa hang dah dapat gaji sebabtu jalan jalan tak ingat dunia. Aku rasalah. So boleh la aku paw hang.

Eh apa aku merapik ni? Setaaaaaaaaaaaaaannn pegi jauhlahh !

Mar 2, 2011

PENYAKIT BARU


 
: Cimud, tamaw pakai webOpac ka nak cari buku buku tu?
: Takpa. Kita gamble ja cari. 
: Hang taw ka buku buku tu kat mana?
: Taw kot. Haishh aku la yang susun buku buku kat library ni. Dah hafal dah.


: Jom balik weyy ! Pening aihh ngadap buku lama lama. Mata aku sakit.