Dec 30, 2012

DALAM PERJALANAN PULANG KE KUANTAN

Disebabkan beli tiket disaat akhir, aku dapat double sit. Sampai kat Kulim, naik seorang lelaki.


"Eh dah lama kita borak, siapa nama awak?"

"Nama saya Ayed. A-Y-E-D. Kalau pegi kat department Perdagangan, sebutje Ayed semua orang kenal. Saya sorangje nama Ayed. Lagipun haritu saya ada bertanding untuk kerusi MPP. Dua semester try tapi takpernah menang. So memang orang kenal sangat saya ni. Awak?"

"Hooo. Saya Ati. Tak ada orang yang kenal saya di USM."

Dec 19, 2012

CLOSER TO THE EDGE

Secara tak berapa officialnya tamat sudah tempoh dua tahun setengah aku belajar di USM. Cuma tinggal dua kertas peperiksaan akhir awal Januari depan. Lepastu aku akan membesar. Jadi dewasa. Jadi orang besar.

Tahun lepas, selepas aku dapat surat amaran daripada Prof. Ramli, sumpah aku rasa macam dah tak boleh nak teruskan kehidupan. Nyawa ni dah di hujung hujung tanduk. Aku rasa aku dah kecewakan harapan mak ayah walaupun sebenarnya pengaruh mak ayah jugak aku ponteng kelas Prof. Ramli (brrrrrrrrrrrrrrr).

Sampai satu tahap, aku berdoa prof mati. Ataupun kalau tanak sadis sangat biarlah ada orang rompak ofis dia dan hilang semua data pasal semua student atau sekurang kurangnya data pasal aku. Takut yang tahap infiniti dah masa tu. Macam macam benda bermain kat kepala. Aku dah separuh jalan takan nak kena repeat kot? Kalau repeat sah sahlah aku kena extent semester. Orang lain sibuk kerja kumpul duit berjoli, berfoya foya, bercuti dan mengambil gambar lalu post di Instagram tapi aku cuma mampu tengok through Facebook sebab selaku student miskin aku takmampu lagi nak beli handphone mahal dan ada akses ke Instagram. Malah ketika itu akan ada kawan kawan aku yang dan berkahwin tapi aku dok terhegeh hegeh nak menghabiskan satu paper tu. Takmaw oiiiii.

Tapi benda dah berlalu dan alhamdulillah aku pun dah passed paper Prof. Ramli. Aku tarik balik harapan aku pasal dia mati dan orang rompak bilik dia. Aku nak dia hidup sihat walafiat. Prof. Ramli dah nak retired next year. The very next batches akan rugi guru yang bertauliah dan hebat macam Prof. Ramli. Padahal aku pernah berangan kalau anak aku masuk USM dan inherit kebijaksanaan mak bapak dia maka dia akan masuk jurusan Komunikasi, belajar dengan Prof. Ramli. What a shame tak sempat. Same goes to Dr. Khor yang akan retired end of this month. Para veteran Pusat Komunikasi semua nak bersara dekat dekat sama. Nanti boleh buat aktiviti masa lapang sesama. Alahai kiutnya.

Oh sebenarnya nak cakap aku super duper lega dah nak habis belajar (exclude final exam). I look forward to my graduation and alam bekerja. Insyaallah.

"Selesai jugak penyeksaan kita !"

"Ni last asaimen paling last, presentation paling last, kelas paling last before grad."


"Fafad, perasaan aku sekarangni sama macam lepas aku habis SPM dulu. Tapi takcukup dramatik macam sekarang. Sekarang aku rasa sebak. Macam kosong."

Dec 10, 2012

"HAPPY BIRTHDAY ! "

"Saya dah 23 tahun satu hari."
"Tahniah, hidup lagi. Semoga tahun depan pon awak ada lagi."
 
Can't wait for the next years to come.
Boleh sambut atas katil.