Nov 28, 2017

OF MALAYSIA ANTI-VACCINATION


Aku rasa geng yang menolak vaksin untuk anak anak mereka adalah orang yang cheapskate. 

Baru semalam melayang duit aku bernilai RM267 sebab cucuk pneumococcal untuk Ali. Ingatkan insurans cover rupanya tidak. Muka aku dah kelat depan kaunter korek duit nak bayar.
Hmm sendu sekejap satu hari.


Nov 27, 2017

TOP 5 MANUSIA YANG ANNOYING



1. Bila tak dijemput tergedik gedik bising naik angin tanya kenapa tak dijemput. Bila dah sua kad jemputan, gatal taknak ikut tema majlis seperti memakai baju kurung dan sebagainya. Lepastu dengan penuh bangga cakap kau rebellious sebab tak sama macam orang lain. Pui.

2. Janji pukul 8 pagi lepastu tak reti nak angkat telefon call bagitau akan lambat ke apa. Kesudahnya berjanggut orang tunggu kau.

3. Cakap benda yang takda point.

4. Kaki jilat

5. Takda otak

Nov 24, 2017

ALAHAI MAK

Ali kerap betul demam. Dan Khamis lepas dia demam lagi despite baru 17 hari dia last demam. Disebabkan risau aku pon bawakla dia ke klinik. Nasib baik mak dengan Baby ada di Johor untuk teman kami sebab Jack kursus di KL. 

Badan Ali panas and doktor kat Mediviron risau kahak banyak sangat so mintak refer dengan specialist. Aku tanya specialist (paeds) mana bagus, dia suggest Dr. Razlina Columbia Asia. So off we go. 

Sah Ali kena viral fever so malamtu juga kena warded. Maka aku dengan mak berkampunglah selama 4 hari 3 malam di Columbia Asia Iskandar Puteri sebab Ayah Aja Kakak dan Baby dah balik Kuantan.








Alhamdulillah tengah hari Isnin Ali dah boleh discharge. Dah sampai kat parking tiba-tiba Tuhan nak duga, kereta aku pula takboleh nak start T.T 

"Alamak kereta takboleh start. Takpalah Along call Pali ja mai amek. Kereta tinggal sini ja petang sikit mai tengok," ujarku.

"Okay," balas mak.

Bila call si hitam tu pulak tengah lunch dengan Usen so aku cam kesian pula.

"Kita naik Uber jelah mak. Baru sepuluh ringgit."

"Hish sepuluh ringgit pon duit tu. Tunggu jelah Pali mai amek."

"Tapi Pali tengah makan. Kesian dia."

"Takpala kita tunggu sat. Takpon Along pi la bukak enjin tengok. Mak rasa bateri kong kot."

"Takkan kot. Along baru tukaq dua minggu lepas."

"Kalau camtu alternator la problem."

-- Amboi terer ngat mak aku boleh tau apa benda tak kena. 

So aku pon bukakla enjin kereta sebab nak puaskan hati dia. Satu lagi sebab aku nak test. Tadi tunjuk terer sangat kan....

"Ha mana yang mak kata problem tu? Mai tunjuk."

"Mak rasa betoila alternator problem. Kena ada jumper ni baru boleh start enjin balik."

Fuhh. Mak aku sangat terer sebab Pali pon cakap mesti something wrong dengan alternator kereta aku memandangkan bateri baru saja ditukar dua minggu lepas. 

Baru aku tahu skill dan kemahiran hidup mak sangat menakjubkan. Agaknya kalau kami terkandas di pulau mesti aku mati dulu.