Aug 27, 2011

BEFORE AND AFTER


Few days left before Muslims are going to celebrate Eid-ul-Fitr. I'm nowhere near of feeling excited for raya this year. Rasa macam dah lama mati and then hidup semula tahun ni untuk sambut my very first raya, which not so much fun. Dah tak ada semangat nak kumpul duit raya and try baju baju baru. When I was a little kid, me Ariff and Aja would try all our new outfits and bergaya ala ala model kat hall. Bajet awesome gila dapat semua brand new sebab memang susah pon nak dapat semua tu. Itu zaman you-have-to-work-hard-for-everything-you-ever-want.

So kepada Kakak dan Baby yang lahir dalam zaman you-don't-even-have-to-work-your-ass-mak-and-ayah-would-give-you-EVERYTHING, they both totally different dengan kami.Like, totally different and kadang kadang aku rasa macam aku diserang sakit jantung dan segala penyakit orang tua sebab bercakap dengan Si Kakak atau Si Baby. Rasa jantung ni berdenyut tahap perlu rawatan serta merta. Raya ni memang korang kena mintak maaf sambil menangis teresak esak dengan aku kalau tak memang tragic lah life korang forever. Ini sirius.

YOU LAUGH LIKE PFFT


It wasn't funny pon when others talking in some serious tone and you ended up HAHA. Sound so bitch ya know. Like, you don't even pay attention to what the person talking and worst you boleh tergelak for what reasons pon entahlah kan. Certain things, yes, you can make fun of it. Laughing as there is no tomorrow. Tapi kita sendiri tahulah kan which one is serious matter or not. Akal ada bhai. Takan kecik sangat bersaiz squirrel's balls je sampai takboleh nak guna.

Ke tak belajar sivik time sekolah dulu?

BOOBS


There's one night we're in the car and Ayah popped out with this teka teki.

"Dalam banyak banyak buah, buah apa yang mahal?"

And simultaneously me Aja and Mak said 'Buah dada'.
Isn't that obvious?

Aug 26, 2011

#INEEDYOU


Hati aku dah lari sekarang dan aku betul betul perlukan someone untuk borak semua hal yang membabi ni. Sirius apa yang jadi sekarang buat aku penat nak bernafas. Tercungap cungap tahu? Rindulah yang seorang tu.
Tapi dah jauh. Betul jauh.

Aku perlukan tangan untuk pimpin aku.
Untuk angkat aku yang dah penat melonglai.
Untuk fix aku.
Untuk rawat soul aku yang entah kemana mana dah.

Lend me your wide shoulders baby, I would cry out loud so I can smile again.
Lend me your shirt baby, so I can wipe my tears on you.
Let me have your heart baby so I could have all you

SEMPERIT

I tak berapa suka beli kuih raya. Buat sendiri lagi puas hati.
Kenapa? Sebab bila beli lima jenis kuih raya, you dapat lima different shapes but all the same taste.
Euwww terus tak meletops raya I. Baik I continue buat kerepek pisang.
Lagi puas hati.

Aug 25, 2011

ASK FOR HELP

Aku sirius tak ada masalah dengan perempuans yang bertudung on/off ni. Am not saying lantaklah sebab berdosanya aku, sudahlah tak menegur lepastu buat lepas tangan tak betulkan sesama Muslim. It's just that, sekurang-kurangnya nampak jugak effort dia cuba nak bertudung ataupun dia rasa cantik bila bertudung kejap then bila iman menipis terus bukak, esok pakai balik.

Kita manusia. Iman bertambah dan berkurang. Keinginan nak buat yang bukan bukan itu sentiasa wujud dilubuk hati. Kau jangan nak judge orang suka suka. Percayalah bahawa lebih ramai manusia yang lemah imannya itu wujud. Selebihnya cuma tahu kutuk blablabla lepastu gelak ramai ramai. Kau melalak sana sini kat orang. Bila tegur, melenting tak memasal. Macam haram tahu tak. Bukan isu bertudung saja, banyak lagi isu lain.

The thing is, diri kita ni sendiri, ubahlah jadi lebih baik sebab siapa lagi nak move your ass kalau bukan tangan kau sendiri ye dok?

Aug 24, 2011

THATS WHY I NEED DRUGS

Muka mintak penampaq

My cousin, Kude, dengan penuh pemalas tanak text aku atau sesiapa didunia ini bahawa dia tengah nazak kat bilik sewa dia seorang diri. Kebetulan semalam aku tengah craving Mekdi so before kesana aku singgah pi kat dia sat. Depan pintu rumah jugak kau muntah kan? Haishh. Maka aku dan Aja ajak Kude keluar berjalan jalan menikmati angin petang di Kuantan supaya dia tak pening pening lalat dah. Muka sirius macam nak mati. Jalan macam nak bunuh diri. Nasib baik kau ada superheroes macam kami.

Dan sempatlah kami ber-camwhoring dibilik Kude. Orang sakit mandi kejap je. Jadi cuma satu gambar yang sempat diambil. Eh tak dua sebenarnya.

Bulat aihh pipi omjaayy macam mana nak santap puas puas untuk raya nanti?

Aug 23, 2011

RAMADHAN THE 22nd


"Apasal Baby tak puasa harini?"

"Baby kesian kat cacing cacing dalam perut Baby ni. Nanti diorang boring sebab tataw nak buat ape. So Baby makanlah. Nanti diorang boleh jalan jalan."


Adik kau ada bagi jawapan ohsemm macam tu?

Aug 20, 2011

KAD RAYA TAHUN INI

Hari ini termasuk dalam sejarah hari yang comel sebab I dapat kad raya dari Mei. First ever kad raya dari amoi okay. Kawan kawan Melayu aku pun tadak nak pos kad raya bagai #inibukankessentap.


Kepada Ati yang comel sangat,

'Lagu Senyum--Malique ft. Najwa melatari kad raya'

Selamat Hari Raya Aidilfitri, senyum lah.

From:
Yoke Mei
--ada lukis kartun comel sikit.

Ye know, lagu Senyum tu fevret Mei. Kalau aku jumpa dia mesti nak nyanyi lagu tu. Aku yang selalu buat bodoh dengan lagu tu pun jadi adore gila dok join Mei nyanyi. Ouhh rindu Mei lah pulak. Cepatlah Oktober.

Aug 19, 2011

BEHIND THE BAR


Sekarang baru aku faham betapa susahnya nak memahamkan orang yang tak faham. Aku rasa aku tak perlu put effort tahap dewa pun nak yakinkan orang orang tanpa balls ni bahawa apa yang terjadi ada sebab dan musabab di sebaliknya. Tapi dah kau kalut tergedik gedik sangat nak tahu sebabnya kan sampai orang sekeliling rasa nak tanam kau terus.

Siriusli baby, kalau you dah mencapai umur matang you akan tahu bahawa ada certain things need no explanation. Trust me. You don't even want to know it. Next time I detailskan pasal point 'No Explanation' tu ogayhh. Now I rasa meluat sangat dah nak maki you. Apatah lagi nak hina you kaw kaw. Pleaselah, I tengah puasa ni. Lepas raya kita sambung main okay?

Aug 16, 2011


When I realize there is something sparks between us, I stop being nice to you.

I stop answering your call.
I stop replying your text.
I stop being the one who comforts you all the time.

Because right now I'm not ready to feel losing, again.

Aug 15, 2011

 *Klik untuk tumbesaran sebesar alam*

I have a friend whom I called him by the name of Kulup for years. Tahu tahu pulak tadi aku gugel keluar maksud yang sangat tidak menyenangkan dibulan puasa ni. Sorry derr susahlah  nak tukar nama panggilan manja lu ni. Plus dah kena sangat dengan lu. Patutlah zaman sekolah dulu aku tanya 'Why Kulup?' and everybody starts rolling on the floor laughing.

Doncha know what is foreskin? Self-google puhlisss.

Kulup kulup kulup. Blup blup.

Aug 14, 2011

KALAU DAH JODOH TAKKAN KEMANA


Betullah tu. Jodoh tak semestinya antara lelaki dan perempuan sahaja. Jodoh merangkumi persahabatan dan permusuhan. Ahha. Kalau dah memang kau kaki gaduh mana pergi pun gaduh jugak ye dok?

Btw, aku kangen sama kawan kawan. Yang kat kampus toksah ceritalah dah setahun makan tidur mandi sekali lepastu empat bulan takjumpa. Rasa macam bangun tetiap pagi nak menangis rindukan korang pun ada tapi aku tabahkan hati ini bahawa korang pun bukan rindu aku sangat kan. Then dapat pulak khabar Aten dan Faed nak join untuk intake ni. Hamagaaad I dah meloncat kat rumah sampailah Ayah cakap, habehlaa memang tak studylah kan. Aku cuma mampu sengih sengih. Siapa tak seronok kalau kawan baik/lama masih boleh berada dekat dengan kau lagi untuk tahun tahun mendatang? Aten dah tiga tahun sebilik dengan aku kat kolej dulu. Now walaupun dia dapat program yang memang lari jauh beribu batu dari aku, aku tetap tunggu dia dengan hati terbuka seluas hamparan pasir dipantai. Giteww.

Aten adalah seorang rakyat Kedah yang dulunya menetap di Penang. Dia pernah cakap dia nak masuk ASTECH tahun tu (sekolah teknik) but then ada something yang menghalang so dia tak masuklah. Kalau tak mesti kami dah jumpa sebab Yayat pun sekolah situ jugak. Takdir Ilahi, kami bertemu di KPMIM, tiga tahun aku sebilik dengan Aten daripada semester satu sampai lima. Semester enam masing masing dah get off pi praktikal. Masa hujung tahun tu semua menangis sebab dah lama share hidup dengan dak dak ni and tak tahu lagi bila nak jumpa. Kalau makcik jual tisu tunggu kat tepi blok tu pun confirm dia jadi jutawan sehari. Tiga tahun bertungkus lumus habiskan diploma sama sama sekali dengan Faed Cimud dan Yayat. Sebenarnya tak adalah bertungkus lumus pun and kalau nak ibaratkan gaya study kami ni, memang tataw nak ibaratkan dengan apa. Lecturers tengok pun menangis.

Sebagai pelajar yang berdisiplin kami banyak menghabiskan masa dipadang kolej untuk aktiviti bersukan. Sebabtu kami semua sihat sihat belaka.
 ______________________________________

Pada aku, pointers are just numbers. Kalau kau sia siakan usia kau terlalu nak kejar semua tu sampai tak enjoy life dan tak appreciate orang sekeliling kau, percayalah kau dalam golongan orang yang rugi. Life is a journey, not a destination. Ehem aku bercakap begitu adalah kerana pointer aku hanya cukup cukup makan dan sesedap rasa kalau tak mesti aku dah fly ke NZ sekarang join Masz Myn Sofia Zila and others. Dapat local uni pun dah syukur sangat untuk manusia pemalas macam aku.

And here we are again, bakal jumpa lagi sidang akademik depan. Cumanya kali ini aku dan Cimud dah jadi senior dia dengan Faed. Nak ketuk ketuk kepala depa ni sikit bolehlah. Nak lebih lebih balik teriak pulak satgi. Ogayhh I miss you all actually wuwuwuwuwu. Tak sabaq nak tunggu September. Nak pi teriaklah babai.

FIN



Disebabkan kami takmampu nak subscribe channel Astro berlebih lebihan maka kami kena redha takboleh jumpa Furqan dan Azzam dah next week. Ouhh mereka ini sweet sangat aihh.

So aku gugel episod akhir. Sila jangan beri perhatian langsung terhadap minit minit awal. Yang penting jangan ganjakkan mata anda dari depan skrin bermula --3:07. Ni nak senyum sorang sorang ni.

 Inilah bila orang kata jangan percaya FB.

Aug 13, 2011

Sepuluh jenis makanan kegemaran di waktu raya.
  1. Lemang
  2. Rendang ayam
  3. Nasi tomato Miktang
  4. Ketupat
  5. Tart nenas
  6. Almond London
  7. Cornflakes madu
  8. Kerepek pisang
  9. Kerepek ubi
  10. Segala jenis kuih tradisional
*Actually kalau beraya kerumah orang mahupun lepak terkangkang luas dirumah sendiri aku lebih gemarkan mengunyah kerepek kerepek yang wujud di dalam rumah. Rasa macam ringan mulut mengunyah dan takperlu risau Mak marah sebab dok hentam makan kuih raya sampai tak ingat orang belakang. Fevret ever adalah kerepek pisang. If bertandang kerumah orang pon, aku boleh habiskan berbalang balang dan tanpa segan silu request nak tambah lagi. Nasib baik cuma kerepek, benda agak murahla. Cuba kalau taste aku macam Din ni ha, nak Almond London je isi perut haruslah tuan rumah tunggu masa nak halau kau.


Pengalaman malam raya.

Cehh ni macam dah tanya pengalaman malam pertama. Ehem ehem, belum lagi so mari kita cerita pasal malam raya. Selalunya seminggu sebelum raya kami kat rumah dah memang kritikal dok pasang langsir tukar sarung kusyen bagai. Lenguh badan kau tahu. Esoknya rasa macam nak pi betulkan urat belikat. Siriusli rumah aku memang meletup liplapliplap time raya tapi kami tak pernah beraya dirumah sendiri. Ianya cuma satu kepuasan yang kami anak beranak mampu bagi kepada Mak sebab dia akan senyum paling lebar bila nampak rumah dia paling cantik dalam Kuantan. Lepas dah berpenat lelah membanting tulang kemas rumah barulah kami gerak pulang ke kampung. O yeah pengalaman pulang ke kampung is something yang rare gila sebab perasaan dia macam kau balik rumah lepas setahun kat tempat orang jugak cumanya bila balik untuk beraya tu feel dia ala ala happy but sayu giteww. Plus semua orang kampung tunggu kau kat hujung jalan siap kompang lagi haruslah kau tergedik gedik nak balik kan.

**Point kedua aku, sekitar Mei/ Jun haritu, Mak atau entah siapa siapa dalam family aku terjumpa balik Cornflakes madu kepunyaan raya tahun lepas. Dalam container 500ml pulak tu Mak simpan. Kau tahu tak perangai mak mak ni pelik sikit. Punyalah nak sembunyi daripada anak anak dia yang pelahap kuih raya sampai taksempat tunggu raya, lepastu dia sendiri lupa mana dia simpan kuih tu. It turns out rezeki depan mata so kami kendurikan jelah. Dan disebabkan Mak simpan dalam Tupperware maka rasa dan ke-crunchy-an biskut tersebut masih normal. So aku nak promote kepada makcik makcik diluar sana, belilah Tupperware kerana walaupun lepas setahun, barang berharga yang makcik simpan itu masih mampu dimakan anak beranak. Kan manis bila kegembiraan dikongsi bersama?

NOMNOMNOM PLEASE


You all tahu tak sekarang ni femes dengan macarons and pavlova?

Aku tak tahu pun benda apa tu so aku pakailah khidmat gugel and it turns out to be type of dessert. Tadaa ! K fine sebenarnya kau dah tahu kan. Aku je yang macam outdated sebab kat rumah aku yang diisi dengan orang orang berjiwa tradisional, kami makan kuih tako, che mek molek, keria dan kodok.

Neway, few years back memang femes gilaa dengan cupcake. Mana mana pergi semua nak order cupcakes and dah macam something yang wajib ada untuk acara makan makan sebab cupcakes comel dan praktikal, lah kot. Aku cuma suka tengok cupcakes, tapi tak berapa nak makan. Bersepah sangat topping dia lepastu susah nak telan. Aku rasa macam sekali kau telan, beribu kalori masuk dalam perut. Itu baru satu portion. Cuba kira berapa banyak kau makan. Plus, kesianlah orang yang design topping tu. Berpenat lelah dia buat sedap sedap kau telan eh.

Kesimpulannya, my incoming birthday nanti kau bagi jelah kek. Senang aku nak telan tanpa segan silu. Aku juga tanpa rasa bersalah telah request t-shirt daripada pria jomblo keluaran Besut. Aku tahu kau nak gaji dah kan? *senyum lebar*

Aug 12, 2011

ZAMAN SEKOLAH #2

Ini adalah the famous situations yang berlaku kepada pasangan pasangan bercinta di sekolah aku dulu. Cinta sekolah menengah beza nau dengan sekolah rendah. Yang sekolah rendah ni aku tak amek port sangat. Korang gatal sangat nak bercinta umur baru setahun jagung tu kenapa? Tak sweet langsung tahu tak memandangkan boiprengg korang tu tak hit puberty pon lagi.

  • Kalau kau couple dengan senior hot kau lah junior paling dicari umat manusia. 
  • Bila ada pasangan bercinta memang kecoh satu sekolah. Masa nilah cikgu cikgu disiplin dan kaunselor nak campur tangan kononnya bercinta itu adalah sesuatu yang harmful kepada pelajar. Hmm mungkin jugak.
  • Bila ada events kat sekolah, kelompok cintan cintun ini adalah kelompok kedua yang tersenyum bahagia dan merelakan diri nak join sebab boleh jumpa kekasih hati. Kelompok pertama adalah pengawas pengawas yang kaki kipas. Boo !
  • Ini selalu terjadi kepada remaja remaja perempuan. Kalau kelas kekasih hati kat hujung blok yang dekat dengan toilet tu maka kau akan buasir sepanjang tahun. Kalau tiga tahun kau couple dengan dia memang tiga tahunlah kau buasir. Actually kalau kelas boiprengg kat blok lain pon sanggup je dak dak pompuan ni jelajah sekolah nak usha line. Tak gitu ke korang?
  • Tersentuh tangan sikit dan dan je mengucap panjang. Padahal dalam hati, munger munger.
  • Alasan paling femes bila time prep adalah korang nak study group. Study group dua orang sahaja kah? Memang tak geraklah kan ilmu korang. Ni Yayat selalu buat.
  • Lelaki selalunya act cool je, perempuan yang macam over-eksaited sebab, sebab apa pun aku tak tahulah tapi itulah yang aku selalu nampak. Hormon yang baru nak berkembang kot. Lagi lagi pulak boiprengg dia hotstuff kat sekolah. Memang melambunglah market si awek yang menumpang ni.
  • Bila awek gaduh, bf akan datang selamatkan. Walaupun untuk sebab yang bodoh bodoh je. Sekali dengan bf dia jadi bodoh pergi join minah pusi gaduh. Oh baru kutahu hebatnya kuasa cinta. Oh oh.
  • Ada satu kes, budak batch aku, dormmate Yayat, selalulah basuhkan baju bf dia. Siap kerja kursus untuk SPM pun minah tu buatkan. Bf si budak Mekanikal gf si budak Awam. Bersengkang mata nak siapkan kerja bf dia padahal dia punya tak siap pun. Sampai cikgu cari kat sekolah. Ouhh dan sekarang manusia dua sejoli itu dah clashed. See, tak kemana pun kan budi baik yang dia taburkan bersepah sepah tu.

Tapi sekarang dah tak sama macam dulu. Dulu still ada rasa malu lagi bila buat salah but budak budak sekarang memang berani tahap gilababi. Kat sekolah Aja dah berapa banyak budak kantoi pregnant, ringan ringan dalam sekolah. Kadang cikgu dalam kelas pun budak budakni berani lagi buat kat belakang. Haih korangni, belajar sivik macam nak rak tapi letak semua tatasusila bawah bontot buat apa. Aplikasikanlah wahai adik adik. Jangan nak rosakkan diri sangat. Lagi 20 tahun bila kau ingat balik zaman sekolah mesti menyesal.

Aug 11, 2011

ZAMAN SEKOLAH #1


Semasa di tingkatan tiga aku pernah dikerah ke kem kemantapan pendidikan Islam.

Kau tahu kenapa?
Peperiksaan penggal pertama aku skor 100% untuk subjek PAI.
Mai penggal kedua, aku cuma dapat separuh. Haruslah aku penggal leher sendiri kan.
Iman semakin berkurang. Banyak benda benda lagho yang dibuat sepanjang tahun. Sudahlah aku kena turun kelas tahun tu. Tak pasal pasal kena pergi kem tu seorang diri. Orang lain mana ada prestasi cantik macam aku.

ONE EMPTY ROOM

"My heart need to be fixed lah wey."

"Dah apa pulak masalah kau ni?"

"Sekarang aku rasa macam aku nak makan coklat, lepastu datanglah 3-4 orang offer coklat kat aku. Tapi sebab aku rasa aku mampu beli sendiri, aku tolaklah offer diorang. But then bila check wallet sendiri, tak berduit rupanya aku ni. Sadis betul."

"Kau cakap jangan nak berbelit boleh tak?"

"Kau tak paham ke?"

"Komplikated lah kau ni. Pakai bahasa mudahlah perempuan oi."

Aug 8, 2011

GLORYYY MECKDYY

Untunglaa jadi budak kecik kan. Buat bunyi sikit lepastu buat muka tak larat terus mak ayah tanya nak berbuka kat mana kan. Aku dengan Aja cuma mampu buat muka kesian tumpang menu budak dua ketul tu. Sokaylah janji korang dapat puasa habis satu hari.

Hang tak comel pon. 

Monster di bulan puasa. Telan saja apa yang ada.


Ni semua sampah.

Tahniah ! Double-cheese burger baru saja menghadiahkan 5kg lemak kepada anda tanpa ansuran. Sila terharu.

Btw, dulu aku dengan Fiza Rahman pernah lepak dengan kawan sekolah menengah dia and mamat tu ordered Filet-o-Fish. We both macam jawdropping gak lah kat kaunter tu kan tapi nasib baik sempat kutip gigi gigi yang jatuh bertaburan before mamat tu sedar kami terkejut dengan apa yang dia order. Bila dia pandang kami sengih sengih jelah. Buruk betul perangai.

Aug 7, 2011

PAP

Harga karipap di bazaar Ramadhan 2011 adalah tiga biji seringgit.
Jika kemelesetan ekonomi melanda dan harga barangan semakin naik tanpa segan silu maka harga karipap di bazaar Ramadhan 2015 akan menjadi RM1 sebiji.

Itu memerlukan effort yang lebih untuk mengumpulkan duit sepanjang tahun semata mata untuk menghabiskan simpanan membeli karipap di bazaar selama 30 hari. Makanya aku perlu lebihkan usaha belajar membuat karipap feveret sekarang supaya tak merana 3-4 tahun lagi.

ALGORITHM

Ingat tak kalau zaman zaman sekolah dulu cikgu akan bagi homework dalam buku buku latihan yang tersedia dipasaran tu. Dan cikgu akan selalu pesan jangan tiru jawapan belakang. Kalau tak, berdosa.

Itu zaman sekolah rendah. Stok semua nak report kat cikgu kalau kawan kawan meniru jawapan kat belakang. Dah naik sekolah menengah, jumpa pulak subjek Fizik, Biology, AddMath dan Kimia makanya aku persetankan semua pesan cikgu.

Lagipun cikgu Math aku di tingkatan 3 pernah pesan, rugilah penerbit tu siap sediakan jawapan kalau kita tak menghargai apa yang ada. Kita cuma rujuk jawapan, bukan tiru.


Ingat tu.

Aug 6, 2011

 
AMONG ALL THE 26 LETTERS, I MISSED B THE MOST.

Aug 5, 2011

HEARTBEAT

What is the best way to attract a girl?


Do not let 'Be myself' be your guide. Nonsense.

Put some effort untuk betulkan kelemahan diri. Dapat pahala tahu bila kita menyenangkan orang lain. Lagipun untuk kebaikan diri sendiri jugak. Macam bulan Ramadhan ni lah kan. Kau smoking, tapi bila siang boleh pulak kau tahan diri tapayah hisap rokok bagai. Hari biasa kau nak jejak kaki ke masjid pon satu semester sekali. Tapi bila terawih kau semangat pulak kan. Alhamdulillah. So, perempuan yang buat kau tak tidur malam tu cuma booster untuk kau ubah certain things yang tak elok dalam diri. Kau malas gosok gigi tapi bila hati dah bunga bunga ni laju je kau pergi buat tooth whitening kan. Baju pulak sebulan sekali baru basuh tapi sebab nak tampil kacak menawan dihadapan pujaan hati maka taksempat pakai lagi baju tu pon kau dah basuh. Siap softener berbotol botol lagi. Ini wa memang salute lah lu bro.

Kau tahu apa yang paling kool? Bila kau bercakap macam orang matang dan menjadi matang. Lepastu pulak bila kau cakap siap ada dalil dalil dan penuh yakin kau lafazkan maka dengan itu dah mengukuhkan ciri ciri kejantanan kau dimata gadis. Tak perlu cari awek, awek cari kau. Ouhh silalah jadi boiprengg saya yaww.

THIS IS SO YOU, PUSSY

Aku baru cuit kau sikit kau dah melalak bagai kan.
Kalah anjing.


Kau betul betul buat aku fikir kau peminat nombor 1 aku tahap dewa.
Siriusli aku betul betul macam baca blog sendiri bila bukak blog kau.
Tak sedar diri lagi?

Aug 2, 2011

I CAN SEE YOU DOWN THERE PEEPS

Ogayhh mari kita post-mortem kembara ke Broga edisi pertama. Rasanya dah dua minggu kot aku kesana but now baru nak update gambar sebab baru dapat daripada Firdaus Ibrahim semalam. Semalam ye tuan tuan dan puan puan. Rasanya dah berjanggut aku tunggu email tu dari dia tapi semalam baru dapat. Sokaylah, janji you ada effort untuk sent all the awesome pics and vid. Kudos bro.

 
Ha ni masa mula mula sampai memang aku santap air habis habisan lah kan. Actually before sampai puncak pun dah satu botol air mineral tumpas ditanganku. Takcampur lagi kiraan isipadu Revive dalam perut.

Firdaus Ibrahim gelakkan aku nak bergambar pose cenggini. Cehh kau apa tawu seni. Grr.



Aku rasa among kami berempat seluar aku paling menampakkan kesungguhan sebab penuh dengan tanah. Kau taw tanah kat Broga tu macam berdebu ditambah pulak dengan aku pakai kasut Crocs ciplak yang memang dah tak ada bunga ditapaknya maka haruslah aku memanjat macam monkey kan. Takpernah pernah aku panjat bukit sampai berpeluh tahap dewa. Boleh rasa taw peluh memercik di dahi dan jatuh berguguran ke wajah. And ouhh siriusli I need a really good pair of shoes next time. Tadeklah bila dah sampai bawah terus rasa macam nak cabut kaki sangat.

Gambar dengan Abang Nabil Wow. Kau nampak je tangan dia macam menggatal peluk aku dengan Fiza Rahman dari belakang but tak pegang pun. Nak mampus pegang anak dara orang?

Congrats-kiss sebab kita berjaya jugak naik sana. Kau jugak yang mintak kan so jangan nak buat muka geli geli aah.


Untunglaaa orang ada bf boleh panjat bukit sekali enn. Mula mula kau peluk aku lepastu kau cari laki kau balik. Sentap taw sentap.



Upacara penutup, buat muka paling indah untuk tatapan semua. Nyuuuuuuuu !

Here's the Nottingham City. I dah tawan pun untuk tatapan you alls.

Team kali ini cuma kami berempat. Itupun mula mula macam ramailah sangat kan nak ikut. Ariff lah, Rashid lah, Iekah lah. Yayat pun mungkin masuk dalam list kalau dia berani langgar pantang Mummy Shaby. Hehh. Sokay, next time boleh plan betul betul. Broga was not really breathtaking that morning since puncaknya dah dibakar sebabtu kau boleh nampak rumput dia ala ala hidup segan mati tak mahu. Ibarat mencurah air kedaun keladi.

Tahun depan dah cantik kot. Sid, make sure jadual kau clear next year.

Aug 1, 2011

WRONGDOING

Bulan Ramadhan memang menduga kita macam macam. Sedangkan hari biasa pun dah drooling tengok semua benda inikan pulak tengah berpuasa.

Masa ke Thailand haritu aku dengan berbesar hati makan biskut apa tah yang budak budak Thai tu bagi. "Delicious, delicious !" Memanglah sedap sebab aku pun balun pi makan pukul 2-3 pagi. Time tu budak budak Malaysia semua dah tidur. Maybe sebab lapar sangat dan dah banyak filter makanan halal/non-halal kat sana jadinya otak aku yang mamai ni assume biskut tu halal.

Suku tin jugak aku telan.

Esok paginya bila semua gang dah bangun then boraklah pasal nak breakfast apa. Aku cakap aku kenyang lagi. Abang Mizan tanya aku,

"Hang makan apa semalam?"

"Biskut tu." Aku juih ke tong biskut yang sedap nyum nyum.

"Depa kata biskut tu tak halal. Sedap hang makan noh."

K fine semua gelak kat aku. Aku cuma mampu telan liur and make sure dalam Ramadhan yang baraqah ni dah tanak buat perangai gelojoh sebat semua makanan. Tapilah kan, kalau kau usha betul betul junk food kat Malaysia ni, mostly tadek tanda halal taw. Tu Rocky yang Aja selalu makan, aku belek belek pun tadek jugak. Kat tempat orang sibuk sangat kau nak jerit jerit suruh cari yang halal bagai. Kat tempat sendiri kau pandai senyap pulak eh. So how ni?