Aug 11, 2011

ZAMAN SEKOLAH #1


Semasa di tingkatan tiga aku pernah dikerah ke kem kemantapan pendidikan Islam.

Kau tahu kenapa?
Peperiksaan penggal pertama aku skor 100% untuk subjek PAI.
Mai penggal kedua, aku cuma dapat separuh. Haruslah aku penggal leher sendiri kan.
Iman semakin berkurang. Banyak benda benda lagho yang dibuat sepanjang tahun. Sudahlah aku kena turun kelas tahun tu. Tak pasal pasal kena pergi kem tu seorang diri. Orang lain mana ada prestasi cantik macam aku.

No comments: