Feb 13, 2017

Sindrom mak mak aku dah sampai. Buat kerja nak kira siap cepat, habis cepat tapi mesti ada salah along the way. Macam last entri aku. Bila baca balik bapaklah banyak typo, redundancy dan few incidents yang aku tak masukkan tapi aku malas nak kisah dah. Ni pon curi curi masa je nak update blog sementara Ali tidur. 

Penat. 

Last week aku almost tampar Ali ikutkan baran mengantuk punya pasal. Lepastu bila baca pasal kes meroyan cuak pulak. Alhamdulillah takde dengar suara suruh aku tikam anak ke apa. Seriously postpartum depression is real. So sekarang aku make sure siang banyakkan rehat so malam boleh berjaga layan dia elok elok. 


 Okay nak tido. 

Feb 8, 2017

OUR LITTLE CALIPH

KHAMIS, 19/1/2017
  1. Last check-up dengan Doktor Suraya di KPJ Kuantan. Doktor scan dan kepala Ali masih belum engage dengan perineum (pintu rahim). 
  2. Doktor cakap selalunya first baby cepat engage, that said by 36 weeks. Tapi aku ni dah 39 weeks pon belum betul turun lagi. So dia advised aku buat C-sect je sebab kandungan dah 39 minggu, takut nanti baby lemas kat dalam blablabla aku dah tak dengar apa. Masa tu kepala aku pikir okaylah lets do C-sect. 
  3. Tapi of courselah kena discuss and mintak permission from Jack so aku cakap dengan doktor petang nanti aku call balik untuk inform nak C-sect ke tak. On the way balik aku call kak Wanie dengan Mama. Both of them advised tunggu lagi seminggu. 
  4. Last sekali baru aku call Jack (actually mula mula sekali aku call dia tapi dia busy kerja takdapat nak jawab call so dia jadi orang last aku dapat cakap) bagitau pasal nak tunggu another week. 
  5. We agreed on that. 
  6. Malamtu aku teringin sangat nak makan waffle A&W so aku aku ajak mak ayah dan Baby ke TC sebab situ je ada A&W. Sampai sampai je kat menu board dia tertampal-- TEMPORARILY AVAILABLE. I was like whaaaattt. Sebenarnya ada ke tak ni?? So aku tanya kaunter dia kata takde. Babi. Dahla aku redah hujan. Emo belum habis ayah ajak makan chicken chop lima ringgit. Lama gila tunggu. Mamat tak guna meja sebelah kitorang boleh pulak merokok dok hembu hembus sebelah aku. Eiii lagila babi. Taknampak ke perut aku ni. Emo punya pasal aku mogok tanak makan. Tapi sebab lapar aku pegi makan muffin McD. Okayla.... boleh buat alas perut tapi masih emo sebab masa ni dah start mild contraction. Tapi bila aku cakap dengan mak dia kata takde pape. Kalau contraction sakit gila katanya. So aku pon buat bodoh. 
  7. Malamtu aku tidola dengan mild contraction tu. Sakit menyucuk up sikit dari period pain.

JUMAAT, 20/1/2017
  1. Sakit sampai ke subuh. Tapi bila aku bangun check takde tanda apa apa pon. Then tido balik, around 7am macamtu aku bangun lagi sekali ke toilet sebab sakit makin kuat. Rupanya dah tumpah darah. Tumpah darah ni ibarat macam on your normal day tetiba macam splashh and kau check dah period. Ha mcamtu la jumlah darah dia. Takbanyak tak sikit.
  2. Mak ayah dengan Baby ada kat hall tengah siap siap nak ke sekolah dan ofis. Aja pon ada. Aku cakap dengan mak aku tumpah darah. Mak panik. Baby siap tanya lagi dia perlu ke sekolah ke tak sebab aku dah nak bersalin. Haha. Tapi aku sempat lagi mandi, siap siap barang and gerak ke KPJ. Ouhh sempat jugak aku call untuk inform Jack. 
  3. Sampai kat Emergency, aku inform kat kaunter apa semua then diorang bawak naik ke Level 5 - Wad Selendang. Nurse check contraction and jantung Ali. Alhamdulillah semua okay.
  4. 10 pagi, nurse check bukaan- baru 1cm. Nurse tanya nak normal ke C-sect sebab dia check history aku dengan Doktor Suraya, doc advised untuk aku C-sect. Tapi aku cakap nak try normal dulu. Nurse kata okay sebab nurse tu kata selalunya satu jam bukak 1cm. So by right malamtu aku bolehla deliver.
  5. 4 petang, Doktor Suraya datang check lagi. Baru 4cm. Dia kata kepala baby macam dah turun tapi sikit je and kalau aku nak tunggu untuk bersalin normal bolehje. Petangtu Jack dengan Ariff sampai from KL.
  6. Seriously contraction is no joke man. Sakit nak mampos sampai keluar air mata. Memang taklah aku nak meraung kan tapi sumpah sakit.



  1. Around 6pm-ish macamtu sakit dah tak tertahan sangat, aku mintak painkiller dengan nurse. Bolehlah tido kejap walaupun sakit tu tetap datang tapi sebab nafsu nak tido lagi kuat, sakit tu sap sap soi je tak rasa sangat. 
  2. Tapi around 10pm macamtu dah sakit macam nak putus dua badan aku. Air mata keluar non-stop Jack tak putus selawat dan doa. Aku request painkiller lagi tapi nurse takboleh terus nak bagi unless diorang seluk and check bukaan aku. 
  3. Pastu tetiba Doktor Suraya yang datang check. Dia cakap bukaan masih 4cm. Badan aku dah menggeletar takboleh nak control tatau kenapa. Memang aku nangis jelah mengenangkan nasib. 
  4. Jack consult kak Wanie, dia suruh mintak epidural. Kitorang cakap dengan doktor. Again dia advise pasal engagement tu. Even though aku nak tunggu for normal tapi kalau kepala baby tak engage betul camana nak keluar.  
  5. Lepastu boleh pulak tetiba air ketuban aku pecah keluar menderu. Jack kata its my call. Dia setuju je dengan keputusan aku. So aku pon opted for C-sect. 
  6. Aku rasa around 11.30pm macam tu aku masuk OR. Masatu perasaan takut apa semua takrasa dah. Nak Ali keluar cepat je sebab sakit sangat. 

MIDNIGHT, 21/1/2017
  1.  Tepat jam 12.30 pagi, Ali lahir tengok dunia. Boleh dengar bunyi anak mommy meraung satu dewan. Kuat betul :)
  2. Ali dah keluar tapi aku still atas meja (katil?) bedah sebab doktor tengah settlekan aku pulak. 
  3. Then nurse dengan Doktor Lee datang sebelah bawak Ali, disondolnya pipi Ali ke pipi mommy. Gebu sangat kulit anak mommy. Feels like heaven walaupun mommy sendiri tatau syurga tu rasa macam mana.
Gambar ni Papa yang amekkan masa Doktor Lee bawak sayang jumpa Papa.
  1. Semua perasaan bercampur. Masa tu jugak tetiba mcam sebak sebab kalau aku dapat bersalin normal mesti Jack dah teman dalam labour room and boleh sambut Ali sama sama. Tapi takpelah. Asalkan semuanya dah selamat. 
  2. Around 1am jugaklah semuanya siap, nurse hantar aku balik bilik. Ouhh lupa, masa tengah operation tu boleh pulak tetiba aku nak muntah. Sebab tak puasa siang tu ingat nak bersalin normal. Bluekk.  
  3. Balik bilik rasa mamai sangat. Nurse tanya nak susukan anak sekarang ke. Aku cakap esok jelah. Sebab aku tau aku takboleh nak pegang Ali betul betul pon effects from the anaesthetic. Dari pinggang ke bawah pon aku tak rasa bergerak. 
  4. Tidur sampai pagi esoknya baru effect ubat tu hilang. Terus aku mintak nurse hantar Ali. Ya Allah, sejuk hati tengok. He's so cute. 
  5. Family aku sampai kecoh semua nak tengok Ali. Sayangnya susu mommy takde so mommy takboleh nak susukan sayang. Mommy berharap dengan susu formula yang nurse bagi je. Tapi alhamdulillah Ali tetap sihat.







AHAD, 22/1/2017
  1. Aku dah boleh discaj harini. 
  2. Balik rumah dan rehat. 

Nanti aku sambung cerita part lain. Ni baru part kelahiran Nuh Ali bin Muhammad Ikhwan. Semoga membesar menjadi khalifah yang baik ye sayang