Nov 26, 2010

BE PART OF ME

Bumi Penang hujan lagi petang ni. So I filled my evening with reading some good stuffs from certain blogs-- which I randomly choose sebab ter-google. Nak cari benda lain terkeluar benda lain pulak. Sokay, sekurang kurangnya dapat blog bermanfaat untuk I hadap.

Then dapat satu blog ni. She tells almost everything about her and life. All these little thingy yang orang sekeliling you biasanya abaikan but to her, its something yang something. I pon selalu ada rasa macam tu. I nampak lelaki tu hot bila dia berpeluh then dia usap rambut kebelakang. Such a wow. I boleh differentiate bau bau yang wujud setiap kali 1st January, during my birthday, on my date with B, bau hujan, bau happy, the smells of drugs which reminds me to care of myself and people I love. Yeah I really can do that. And paling powerful bila lelaki yang ada square shape and strong jawline yang hot macam Johnny Depp atau Orlando Bloom. Goshhh ! Berkocak iman oiii.

And I suka duduk depan kipas untuk keringkan rambut lepas mandi. I suka mandi hujan dengan budak budak. Feels like heaven and immature. I have the immature parts in me. Semua orang pon ada. Cuma tanak tunjuk sebab rasa macam dah besar dan takperlu itu semua or maybe poyo tak bertempat kot sebab konon tanak jadi macam budak budak. I suka makan nasi dengan 3 lauk berlainan. Though two dishes seems just nice actually. I'm a hopeless romantic. I takboleh senang senang nak gedik dengan mana mana orang. It takes time for me to share my character with others.

I suka peluk orang. Kawan kawan I. Selalunya Aqilah jadi mangsa sebab dia macam melayan je perangai I yang bukan bukan. Rasa menyayangi dan disayangi tu wujud bila peluk orang dan I boleh lepaskan rindu dalam diri I. I love to kiss babies on their eyes. Semacam connected to them bila buat macam tu. Tetibalah rasa nak jadi ibu kan. Eh I pernah pasang angan nak jadi young mother okay. Taksuka dapat anak lambat sebab nanti dah tua untuk enjoy the times with my children. And of course, I like to be kissed on my eyes too.


So you already have the picture of me right? Draw it nicely next time.

TAKE YOUR BOW



Macam mana nak tahu orang tu bermasalah atau tak? Okay, ni blog aku rupanya. So macam mana nak tahu aku marah atau tak? Nak tunggu kena maki dulu baru boleh taw? Nahhh. Aku adalah orang paling tak kuat maki. Sirius.

Ada satu list. Dalam otak aku. List manusia manusia lahanat yang aku benci. Perangai lebih kurang setan, serupa atau lebih dahsyat dari setan. Kebencian aku abstrak. Sebab tu aku lebih kepada buat-tataw-je-dengan-kebencian-aku-kat-orang sebab aku tahu tak kemananya aku dengan perasaan perasaan bodoh nak benci orang lama lama. Kadang kadangnya sebab orang salah hantar makanan atau makanan yang diorder sampai lambat.

Atau baju yang aku nak pakai untuk dating esok sebenarnya dah sebulan takbasuh so mulalah nak hangin dengan semua hal. So aku marah dengan orang yang tanak basuhkan baju aku. Yang sebenarnya takwujud pon. Demm, nak hire bibik lah. Boleh aku goyang kaki. Agak boring boleh gosip dengan bibik. Kalau tak dengar cakap boleh cubit cubit manja. Auwww.


Salah tu buk !

BENDA APA PALING SEDAP KAT DUNIA NI?

Kau.

: Oi gile. Aku rindu kau laa.
: Aaaa aaa aaaa RINDU KAU JUGAK GILE. Dah mereng dah sebab rindu kau. Aci tak macam tu gile?


o-my-electric

Nov 25, 2010

YEAH, I'M GOING SOMEWHERE WITH YOU



I'm counting for a good December. Wishing the best of all the best things that could happened to me.


Please please please, be nice to me mydecember.

MASALAH AWAK ADALAH....?

Final paper aku dah lama habis. Dari minggu lepas lagi. Tapi sebab aku nak ke KL melawat Natrah nanti, aku gagahkan jugak mengadap Penang lama lama. Padahal lepas balik dari KL pon aku takbalik Kuantan jugak. Demm.

Dah siap kemas barang pon. Nak tunggu gerak je sekarang. Jom?

Nov 22, 2010

WA NAK KAWAN LU, BOLEH?

 Abstrak by Liyana Sulaiman


Dalam zaman muda muda aku dulu aku selalu fikir bila ada account Friendster, Myspace Hi5 and so on, aku nak list down as many things pasal aku so that orang boleh baca. Apa hobi aku, jantina, favorite songs, movies, friends. Nama profile pon macam nak gedik gedik pakai nama apa-tah-sirius-takley-blah konon nak kasi misteri lah. Cehh.

Then zaman Facebook tengah hot sekarang ni. Frankly speaking walaupun FB ni Yahudi lahanat yang buat, aku dah addicted. Sebab jumpa balik kawan kawan lama zaman sekolah-- even ada jugak yang aku taksuka sebab pernah gado dulu. Hehe. Lepastu ada pulak kawan/ kenalan dari kolej or mana mana yang nak add tapi pakai nama entah apa apa memang sirius aku tak approved la.

Gosh. Sebenarnya point yang aku nak sampaikan cuma seboleh bolehnya aku nak privatekan account FB aku tu untuk orang orang tertentu saja. Kalau nak kira kawan yang betul betul kawan memang taksampai 50% pon lah kan. 37% tu lebih kepada kenalan dan add sebab pernah belajar satu tempat atau pernah kenal mana mana. Aku memang takpandai berkawan. Itu jelah.


Yang belen belen tu stalker. Nak baling taik kat muka kau boleh?

Nov 19, 2010

SALAM AIDILADHA


Aku raya dengan gemilang tahun ini. Walaupun tanpa keluarga disisi. Aku tetap tabah.
Wa kuat lah bro !

Nov 18, 2010

RABAK



Baru balik dari beraya haji di rumah Cimud. Terima kasih sebab bagi aku makan dengan jayanya tanpa aku keluarkan se-sen pon (except for the Wanda's part).

Saja nak belek belek wallet mahal aku tadi. Berat gila. Bila bukak coins' part-- padanlah berat. Ada RM20. Wang kertas? Nahhh, yang biru biru sahaja tinggal. Itupun 4 keping. Nice kan? Terus rindu ayah aku yang handsome.

Nov 15, 2010

HYE EDWARD. FUCK YOU


Dunia ni kecik gila kan? Macam mana kau pusing pon mesti akan patah balik ke tempat mula mula kau pergi dulu dan hadap balik orang yang sama. Kalau kau pernah ludah muka orang tu dulu, kau kena ludah balik nanti. Kalau orang tu pernah rampas balak kau, no worries lovey, nanti mati lah dua dua manusia takguna tu.

Dan kita juga berlegar dalam kalangan orang yang sama. Kawan yang kita kenal adalah kawan kepada kawan kita dan macam tu lah sebaliknya dan nanti makin bertambah ramailah kawan kita. Then bila aku on FB lately, baru aku perasan, mostly orang yang aku kenal yang majoritinya kawan sekolah dan kolej, or through blog adalah kawan kepada kawan aku jugak. Then mulalah sesi eh-dia-kenal-dengan-minah-or-mamat-ni dan eh-camane-budakbudak-ni-boleh-kenal-tah.

See, aku dah cakap. Dunia ni kecik je bro. Kecik sangat. So takboleh berak dan kencing merata. Bau busuk kau tu nanti satu dunia tahu.

Nov 12, 2010

Nov 11, 2010

KEKWAT LAH MUKA LU


Aku tahu bilik aku paling meletup dalam banyak banyak bilik kat desa ni.

Ada sebab kenapa pihak pengurusan cuma tempatkan dua orang pelajar dalam setiap bilik. Sebab kat bilik aku ada 5 penghuni 'tetap'. Aku dan Liyana Sulaiman yang sememangnya owner berdaftar bilik ni, Aqilah, Cimud dan Nabila. Tak termasuk yang lain lain lagi, bila ada macam nak pecah bilik sebab gelak macam orang gila. So sekarang minggu final exam. Seperti biasa kami buat perangai gila dok bising 24/7.

All of sudden;

: Uhmm, boleh senyap sikit tak? Saya nak study. *Okay muka kau memang kerek gilababi.
: Ah aah aaahh okay. *Senyum fake gilababi.



Ya, kami salah Kak Long :)

Nov 10, 2010

LANG LENG LUI



Hari ini telah setel satu beban terbesar aku. Aku dah amek paper Bahasa Malaysia IV dan aku sangat sangat sangat berharap sampai sangap, yang aku takan repeat paper ni. Amin. Untuk pengetahuan kau, aku study gila gila untuk subjek ni sebab sejarah menyatakan ramai yang mengulang subjek ni. Rekod terhebat yang repeat paper ni kat USM adalah sebanyak 9 kali. Woahh, terer tak terer? Lantak dia lah kan. Janji aku dah setel.

Kaki aku menggigil nak gerak ke KL dahni. Natrah, tunggu I taw. Ouhh, dan B, tunggu I jugak sayangg.

Nov 9, 2010


Okay ini sirius. Aku perlu mula menanam sayur sekarang dan menjadi vegetarian selama sekurang kurangnya satu bulan. Dah tak ada maknanya nak terliur tengok ayam goreng crispy, ikan keli goreng dengan hash brown. Itu semua angan angan belaka. Kalau rasa mengidam sangat nak makan, kenalah ke laut tangkap ikan. Ayam pon kena kejar sendiri, masak sendiri. Belanjawan Julai- Disember aku dah sampai tahap kritikal. Nak buat loan pon takut kena potong tangan nanti. Sekarang nak senyum pon separuh separuh saja. Takut kena bayar jugak. Pokai lagi lah aku kak Siti oiii.

Nov 8, 2010

Nov 7, 2010

FINAL OH FINAL

 sikit lagi nak mati

Minggu ini bermasalah apabila secara automatiknya perasaan malas nak mengulangkaji tu wujud dalam diri aku. Rasanya dah lama aku motivatekan diri sendiri untuk tabah dan menghadapi dugaan dugaan yang mendatang supaya dapat study dengan sebaiknya dan mencapai target 4rata. Tapi tetap takboleh. Agak demm lah kan.

Tak kesahlah. Sekarang aku dah pelekat kat dahi-- setiap subjek mesti dapat A. Supaya 4rata tak akan lari dari genggaman. Nasib baik ada kawan kawan yang nak push aku. Ouhh terimakasih lah orang orang gila ni semua. Kalau tadak korang hancuslah aku ^^. Muahh. Eh, kasik lebih sikit-- Mmmmuahhhs !

Nov 3, 2010

MEET BOB



Nak kerja. Nak kumpul duit banyak banyak. Bagi kat mak ayah. Saving for globe-travel. But seriously working might bring you more harm than studying.

Kerja, nanti cepat mati.
Tensi dan lelah setiap hari.
Timbunan kerja yang tak sudah dan akan kejar kau setiap hari.
Macam hantu tawu tak?

ITS FISHING TIME BABY

Minggu ni termasuk dalam senarai minggu paling lousy aku sepanjang tahun. Bangun pagi lambat dan tiada berbuat apa apa. Betollah bila abang senior cakap-- Dik, kat Penang ni semua ada. Mak ayah je yang tak ada. Kau bebas nak buat apa apa sebab mak ayah tak nampak. So pandai pandailah jaga diri. And yes, sirius tak teratur hidup aku secara individualnya dan mulalah aku rasa kekok bila balik rumah last week dan kena buat kerja rumah. Goreng ayam pon hangus. Cehh.

Ohh, harini sangat bosan. Tapi nasib baik Aqilah temankan aku bermovie-marathon memandangkan roommate aku keluar dating. Liyana Sulaiman, bertuahnya boyfriend hang dekat. Untuk membuatkan aku nampak pilu lagi, aku blogwalking dan jumpa certain blogs yang bela ikan. And I can feed them for 10 minutes non stop. Itu memang dah tak ada kerja sangatlah kan tapi perkara itu adalah sesuatu yang comel dan seronok.


Makan budak ! Rawrr !

Nov 2, 2010

WHAT IS YOUR FIRST DAY SCHOOL?

For some reasons I do miss my old times now. Aku baru perasan, entri aku lately were mostly about kenangan dan orang orang yang terlibat dalam hidup aku.







You guys still rock my heart. imissyou all badly.

I'VE BEEN DREAMING OF YOU LATELY

Kau percaya tak life is a karma?

Harini kau bagi budak budak coklat, esok kau dapat boyfriend. Harini kau kutuk orang, esok kau kena maki dengan bos. Harini kau rampas awek orang, esok nenek kau meninggal. Harini kau curi kertas trial exam SPM, esok kau end up grad di USM. Harini kau curi top up orang, esok kau hilang kawan. Harini kau belanja kawan tengok wayang, esok tv HD depan mata kau. Harini kau kiss B, esok kau kawen dengan dia.

So aku balik ke rumah pada Sabtu lepas dengan harapan dapat berbuat baik dengan mak dan ayah. Terutamanya mak. Sirius rindu. Okay macam ni-- sirius rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! A day before sampai rumah aku dah berangan nak peluk mak ketat ketat, share things, masak masak sekali, urut urut mak. But trust me satu pon tiada dalam senarai DONE. Aku pon tak tahulah apa aku buat kat rumah sampai tak kesampaian hajat nak buat semua tu. Last last aku bantai beli tiket balik Penang malam Isnin.

Seperti biasa, aku peluk mak dengan penuh kontrol emosi. Dalam kereta menangis sebab mak tak dapat hantar aku ke terminal. Tak kool betol. Aku cuma harap, bila aku dah berkeluarga dan punya anak, keadaan akan lebih baik berbanding sekarang antara aku dengan mak. Its not really what am I expecting now.