Jun 28, 2011

HELLO THE KING

My biggest hero is Ayah. He's my everything.

You know, when we (a girl) finding a soul mate, we tend to find someone who share at least 30% characteristics of our daddy. I don't know about boys. I don't even give a damn nak buat research pasal tu. I kan pemalas.

Btw, today's topic is my Ayah. Seumur hidup, aku tak pernah dengar dia tinggikan suara. Paling paling dia nak marah pun, dia senyap lepastu 'Isk.' Itu sahaja. Tapi paling menikam kalbu adalah bila Ayah marah, nada dia memang rileks tapi ayat dia tajam. Memang menangis tersedu sedan. Aku dengan Ariff dah makan sangat dengan ayat ayat Ayah.

Then bila aku dah naik sekolah menengah, Ayah nak suruh aku bertudung and siriusli memang payah nak mula bertudung sebab semuanya macam mengejut. Semalam kau berseluar pendek lagi kejar anjing dengan geng. Hari ni dah kena bertudung and it was like no more perkara perkara tak senonoh boleh dibuat sebab yelah, bila bertudung, sifat dan sikap pun harus selaras dengan penampilan. Percayalah, kawan kawan juga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anda. Bila kawan aku mostly lelaki dan berperangai setan, memang susah nak berubah. Ya know, peer pressure. Memang itu adalah antara waktu paling sucks aku pernah lalui. Dan aku macam berperang jugaklah kan sebab, sebab dah memang perangai aku buruk *Boo*.

Then Ayah came rescue me. Perempuan, bila dipujuk dengan ayat ayat manis, memang cair jugak walaupun sebenarnya tahu realiti memang jauh dari fantasi. Ayah cakap, aku nampak cantik bila bertudung lagipun sampai bila nak biar semua orang nampak rambut aku yang cantik tu. Siriusli Ayah memang puitis and no wonder Mak jatuh hati dengan Ayah yang pendiam. Sepanjang aku hidup, banyak jugak aku jumpa sajak yang Ayah tulis. Anak karyawan rupanya aku ni.

Macam aku cakap tadi, aku juga seorang pemalas. Rambut aku takpernah panjang lebih paras bahu sebab aku memang malas gilaaaaaa nak sikat. Lepas mandi aku akan cari Ayah untuk sikatkan rambut aku dan bila Ayah pun malas layan kerenah aku, potong adalah penyelesaian terbaik untuk manusia yang malas macam kami berdua. Bila aku start masuk hostel, balik rumah pun jarang jarang dan bila jumpa Ayah, rambut dah macam singa lepas mengawan. So Ayah akan belikan sikat, syampu dan apa apa yang patutlah untuk pulihkan balik rambut aku. Aku macam kagum jugaklah sebab aku yang perempuan pun ambil mudah benda benda yang macam tu sedangkan Ayah rajin. And let me get you straight, Ayah aku normal okay. Tadek patah patahnya. Kadang aku bising jugak sebab dah bertudung buat apa nak jaga rambut bagai. "Habistu dah kawen nanti takpayah bukak tudung depan suami lah?". Amek hang.

Actually ada jugak dark episodes aku dengan Ayah but let's save it for the next time.


So to my superb hero, there is no one special day for you because everyday is special with you. I cherish the moments I'm with you and though I might not say this because I'm too rock to express all these mushy thingy in front of you, just so you know, I LOVE YOU AYAH. To the core.

Jun 27, 2011

ITS NOT THAT COMPLICATED IF WE HANDLE IT WELL

Kita tak pernah tahu siapa dan dimana jodoh kita.



"Kau tanak kawen dengan aku?"

"Buat ape?"

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Aku okay ape."

"Tanak ah. Gua tadak cinta dengan lu."

"Pasallah dengan cintan cintun ni. Dah kawen baru bercinta. Baru best. Kau bercinta sebelum kawen dapat ape?"

"Bisinglah kau."

"Betullah. Aku malas pikir nak bercinta ni. Aku tawu aku boleh jadi suami yang baik dunia akhirat. Insyaallah."


Kau baca, rasa nak menangis tak?

SI GEMOK



Aku ada adik yang aku rasa tak patut membesar pun.
Siriusli kalau pil yang Conan telan tu memang wujud, aku bagi si Baby ni telan.
Nak bezakan dia dengan lelaki, suruh dia tanggalkan earrings tu.

Sebijik jantan.

Jun 25, 2011


Aku selalu angankan rumah yang semacam ni. Feels more homelike. 
The air is kinda different as compared to the other house (in other pictures).
One day I'll fill my dream house with all my favorite people,
and feed them every weekend with my cooking.

Ouhh can't wait.

Jun 24, 2011

1.1 Beberapa malam lepas aku tolong Ayah di kedai. Kami balik tengah malam dan aku kongsi megi tomyam dengan Ayah. It was a cute Father's Day.

1.2 Petang semalam aku dengan Aja ke padang sekolah Kakak sebab sikurus kering tu masuk acara lontar peluru. Masa dia marching aku dengan Aja jerit "Atlet ! Atlet !" Aku tahu muka Kakak bengang. Tapi macam aku kisah pulak kan. Ouhh and she was shortlisted *Bangga ni*

1.3 Petang tadi teman Aja ke pameran buku. Orang gila tu nak beli buku nota dan buku latihan. SPM tahun depan derr.

"Which one good?"

"This one."

"Mana hang taw ni baguih?"

"Zaman aku nak SPM dulu, aku tengok cover buku ja. Kalau cantik luar baru aku semangat nak study"

1.4 Pagi tadi ada majlis bacaan Yaasin kat rumah. Dari semalam membawa saat ni aku mengantuk gilababi sebab tidur lambat kemaskan rumah dan bangun awal nak sambut tetamu dan tak berpeluang lagi nak lelap. Tahu tahu malamni kena kerja pulak. Ohh nasib badan.


1.5 Kalau ikutkan hati memang aku rasa nak tolak semua benda atas meja ni dan tidur buat pekak dengan keliling. Sumpah  mengantuk gila laahhhh. Tapi kesian Ayah.

   1.5.1 Cehh nak kesian buat apa dia kat rumah tengok Maharaja Lawak. Grr. 

Jun 21, 2011

JUAL IKAN


Aku rasa elaun dari USM pun tahu nak menyekat keborosan aku.
Disebabkan terlalu banyak rancangan yang dirancangkan dan haruslah semuanya melibatkan duit, maka elaun tu buat malu malu nak masuk dalam akaun aku.

Nasib baik sekarang tengah cuti semester dan aku dirumah. Kalau aku kat kampus dah lama meraung raung dalam bilik mintak nasik.

Oh sadisnya dunia.

Jun 20, 2011

BAMBAMBAM

Ini siriusli kelakar gilababi.

I just found my so-last-year blog during my first semester in college.
Repeat, college. And it was like five years ago. I have to have the blog because lecturer asked me so. All of semester one students actually.
Lepastu kenalah tulis craps dan bila baca, aku gelak sampai pening.

Bayangkanlah budak baru habis SPM tulis karangan dalam Bahasa Inggeris. Seriously my English was a total shit previously.

Sekarang tak tahulah nak menyesal sebab tulis semua craps tu atau hebahkan kat semua orang untuk turut gelakkan masa silam aku. Shhhiitzz.

Jun 18, 2011

BE GOOD



"Jom naik atas balik. Nak beli jugaklah baju tu. Nice. Nanti tataw bila pulak nak datang sini."

Dan Prof. Haslan mencelah.

"Tak tahu bila nak datang lagi? Itulah, awak belajar pandai pandai dapatlah selalu travel. Setakat Chiang Mai ni, awak pegi weekend je."

Sepanjang seminggu kem tu, tiga kali Prof. Haslan ulang ayat yang sama kat aku. Maksudnya, dia ada dimana mana saja bila aku ucapkan ayat "Tak tahu bila lagi nak datang sini." Standard ayat pelancong miskin lah kan.

Mungkin future aku lebih bright dengan doa doa Prof. Haslan. Amin.

Jun 17, 2011

ARE WE EVEN?



Lapan bulan lalu tak perlu sentuh hati dan tahu memang ia berdegup untuk kamu.
Sekarang, keluarkan dan pegang lama lama.


Apa rasa?
Budak budak lelaki sekarang pergi sekolah bawak fixie weyh.
Berbulu jugaklah mata aku tengok.
Zaman aku sekolah dulu tadek pulak mamat hotstuff macam tu.
Cuma yang memenuhkan sekolah adalah mamat scoot which is sooooo last year.


You ride fixie and you are waaayy too cool dude.
Hidung I berdarah. Ouchh.

Jun 13, 2011

Facebook semakin memeluatkan sekarang.
Chat history dari tahun lepas akan muncul dalam chatbox tersebut dan mengganggu konsentrasi saya.

Tambah tambah lagi bila chat dengan B.
Kisah lalu berulang kembali.

Jun 10, 2011

Dirumah saya tiada bekalan internet secara 24 jam.
Makanya saya update blog cuma sekali setiap satu bulan.
Saya perlu mengumpul wang untuk ke cybercafe.
Saya tidak seperti anda anda semua yang mempunyai bekalan internet dihujung jari.
Nak tonton porno anytime sampai muntah pon boleh.

Saya perlu bekerja keras untuk setiap yang saya mahukan.
Seperti bekalan internet dihujung jari yang berterusan; saya tidak boleh membodek ayah semata mata untuk memberi option kepadanya memasangkan internet.
Tapi saya tidak kisah. Hanya dengan internet yang datang sebulan sekali bak period, saya masih menjalani hari hari normal dengan penuh fun.
Seorang ayah dan emak untuk dijaga dan tiga ketul adik untuk dilayan.
Dan seorang adik saya yang berada di perantauan. Esok dia nak balik.



Kami akan habiskan malam kami di Balok. Makan makan dan makan.
Kami tak perlukan internet untuk mengisi quality time kami.
Kami punya sesama sendiri.

Jun 2, 2011

Saya baru pulang dari melakukan kerja kerja amal di Thailand. Disamping itu saya juga jatuh cinta dengan orang baru.

I always fall for the wrong guy.
It hurts. Really.