Jun 28, 2011

HELLO THE KING

My biggest hero is Ayah. He's my everything.

You know, when we (a girl) finding a soul mate, we tend to find someone who share at least 30% characteristics of our daddy. I don't know about boys. I don't even give a damn nak buat research pasal tu. I kan pemalas.

Btw, today's topic is my Ayah. Seumur hidup, aku tak pernah dengar dia tinggikan suara. Paling paling dia nak marah pun, dia senyap lepastu 'Isk.' Itu sahaja. Tapi paling menikam kalbu adalah bila Ayah marah, nada dia memang rileks tapi ayat dia tajam. Memang menangis tersedu sedan. Aku dengan Ariff dah makan sangat dengan ayat ayat Ayah.

Then bila aku dah naik sekolah menengah, Ayah nak suruh aku bertudung and siriusli memang payah nak mula bertudung sebab semuanya macam mengejut. Semalam kau berseluar pendek lagi kejar anjing dengan geng. Hari ni dah kena bertudung and it was like no more perkara perkara tak senonoh boleh dibuat sebab yelah, bila bertudung, sifat dan sikap pun harus selaras dengan penampilan. Percayalah, kawan kawan juga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anda. Bila kawan aku mostly lelaki dan berperangai setan, memang susah nak berubah. Ya know, peer pressure. Memang itu adalah antara waktu paling sucks aku pernah lalui. Dan aku macam berperang jugaklah kan sebab, sebab dah memang perangai aku buruk *Boo*.

Then Ayah came rescue me. Perempuan, bila dipujuk dengan ayat ayat manis, memang cair jugak walaupun sebenarnya tahu realiti memang jauh dari fantasi. Ayah cakap, aku nampak cantik bila bertudung lagipun sampai bila nak biar semua orang nampak rambut aku yang cantik tu. Siriusli Ayah memang puitis and no wonder Mak jatuh hati dengan Ayah yang pendiam. Sepanjang aku hidup, banyak jugak aku jumpa sajak yang Ayah tulis. Anak karyawan rupanya aku ni.

Macam aku cakap tadi, aku juga seorang pemalas. Rambut aku takpernah panjang lebih paras bahu sebab aku memang malas gilaaaaaa nak sikat. Lepas mandi aku akan cari Ayah untuk sikatkan rambut aku dan bila Ayah pun malas layan kerenah aku, potong adalah penyelesaian terbaik untuk manusia yang malas macam kami berdua. Bila aku start masuk hostel, balik rumah pun jarang jarang dan bila jumpa Ayah, rambut dah macam singa lepas mengawan. So Ayah akan belikan sikat, syampu dan apa apa yang patutlah untuk pulihkan balik rambut aku. Aku macam kagum jugaklah sebab aku yang perempuan pun ambil mudah benda benda yang macam tu sedangkan Ayah rajin. And let me get you straight, Ayah aku normal okay. Tadek patah patahnya. Kadang aku bising jugak sebab dah bertudung buat apa nak jaga rambut bagai. "Habistu dah kawen nanti takpayah bukak tudung depan suami lah?". Amek hang.

Actually ada jugak dark episodes aku dengan Ayah but let's save it for the next time.


So to my superb hero, there is no one special day for you because everyday is special with you. I cherish the moments I'm with you and though I might not say this because I'm too rock to express all these mushy thingy in front of you, just so you know, I LOVE YOU AYAH. To the core.

4 comments:

Unknown said...

best dengar org lain ade ayah... hargai ayah awak semaksimum mungkin... : )

IZZAYATI HUSNA AHMAD said...

Terima kasih. Awak pun :)

iekah said...

1st entry ang buat aku nanges kisah Arif dulu.
sekarang aku dah tabah baca entry ni.

:p

IZZAYATI HUSNA AHMAD said...

Cayalah Iekah ;)