Jan 28, 2012


Satu Chipster Hot & Spicy, satu bar 100 Fruit Gummy apa-jadah-entah, satu tin 100Plus dan satu tin Zesta buat aku malu di kaunter. Perasaan tu lebih kepada aku adalah alien di bumi Kuantan, padahal rumah cuma few metres dari 7/11.

: Plastik ada tak?
: Harini Sabtu, mana ada plastik. *Muka nak annoying kan*
: Ouhh okay *Tapi dalam hati dah jerit jangan-pandang-aku-macamtulah-syaiton-aku-dah-lama-takbalik-rumah !*

Rumah telah menjadikan aku toxic. Tapi tak hazardous langsung. Aku cuma rasa makin long living.

Jan 13, 2012

PACKING FOR HOME


Aku ke kafe dan terbau something kat someone. Ya know, smells can bring back you to certain memories which am not actually understand how is it functioning tapi macam tu lah.

Bila dah dekat dia, I smell home. Nice sweet and memorable. Rumah saya juga berbau ayah mak Ariff Aja Kakak dan Baby. Semua yang manis manis. Ah comel sungguh perasaan itu.

Jan 12, 2012

I'VE MET SOMEONE AMAZING IN 2011


Hopefully 2012 would be the start of great days with you.

Jan 11, 2012

POPPOP


Cuti sem ni aku nak belajar jahit baju dengan mak. Nak buat dress, kemeja dan apa apa lagi yang boleh di design sendiri. Boleh bukak butik. Aku tahu aku ada bakat menjahit tapi pemalas nak mampos.

MINGGU PEPERIKSAAN


Empat paper selamat dikebumikan. Tinggal satu lagi itupun aku rasa lapang dada sangat sangat sangat. Perasaannya sama macam budak paling bising kat aras kau dah mati.

Aku tak suka final exam, sebab rasa dia bitter sour dan geli. Aku taksuka final exam sebab study macam nak gila tapi soalan yang naik cuma dua ketul sahaja. So aku macam dah tak ada mood for the next paper then malas nak menghafal jadah. Tapi masalah yang lebih besar akan wujud bila the very next paper tu pulak, yang juga cuma dua tiga ketul, satu haram pun aku tak dapat jawab. Thank god semester ni berperangai agak kemanusiaan sikit dan rajin belek buku. Rasa megah habes jawab exam hari ni. Bak kata Jack "Okayla tadi. At least tak rasa bodoh sangat macam previous semester." p/s Jack lagi bongok daripada aku so bila dia cakap macam tu automatic aku akan dapat A untuk paper ni.

Mengikut firasat sendiri, so far aku dah kumpul 3A dan 1B. Semester depan confirm ayah bagi kawen.

Jan 8, 2012


I miss the girls. Tadi beli susu coklat Goodday. Kalau kat rumah sahih lari kedapur dengan Aja, dok senyap senyap minum berdua. Taknak Kakak dengan Baby minum sebab tu all time favorite punya drinks (one of actually). Bukan setakat susu coklat Goodday, aku dengan Aja selalu lari kehujung dapur untuk makan megi dan makanan makanan sedap yang lain. Perangai agak setan. Tapi seronok macamtu.

Rindu nak balik rumah ni.

Jan 6, 2012

SELEPAS BERPENAT LELAH MENGHAFAL BAGAI HARUSLAH AKU SKOR A UNTUK PAPER RAMLI. AMIN.

Tamat sudah satu paper. Empat paper berbaki. Rasa jugaklah seram sejuk dihati. Pagi pagi buta esok dah menghadap paper Ramli. Haih. Beratnya rasa nak bernafas. Macam kena bayar untuk oksigen dalam minggu ni.

Dan sempat juga aku berfikir secara bernas lepas habis jawab soalan HET 212 dan masa untuk peperiksaan tamat masih berbaki 15 minit. Macam mana Dr. Suzana dan Dr. Agnes sediakan soalan exam? Macam mana lecturers lain buat benda yang sama? Soalan tak bocor. Dah bertahun buat kerja macam ni. Mesti kaum kaum lecturers ni ada pendrives yang bersepah. Sana sini buat backup. Takut hilang data bagai.

Aku tak nak macam tu.

Aku tak nak kerja yang memerlukan aku guna banyak pendrive. Dan aku  juga tak nak kerja yang memerlukan aku habiskan duit gaji setiap bulan untuk beli baju dan seluar baru semata mata nak cantik di depan clients. Aku tak nak kerja yang memerlukan aku habiskan 18 jam untuk menghadapnya. Aku tak nak jadi manusia paling tekun bekerja kejar duit. Tamaw. Sumpah tamaw.

Sebenarnya aku tamaw repeat paper Ramli. Tamaw. Sumpah tamaw. Kau taw hazabnya tengok orang kena hukum gantung? Haaa macam tulah rasanya.

Jan 4, 2012


HELPLESS
HOPELESS

I don't want to be like Snow White. 
I don't want to wait thousand years to finally living happily ever after with you.
And I know I'm not that stupid to have a bite of an apple from a stranger. 
Thanks to mak and ayah who taught me well.

I want you now, and forever

FIRST OF JANUARY

Tahun baru saya hebat kerana saya berjaya membawa pulang kekaseh hati ke kampung halaman untuk disajikan keseluruh keturunan Haji Ahmad walaupun mak ayah saya masih tidak berpeluang berjumpa Jack. Saya juga menyambut tahun baru dengan menghabiskan masa bersama sepupu(s) tersayang memandangkan musim study week ni semua kalut nak balik. Saya juga menghadap tv tanpa berganjak sedikit pun dari sofa semata mata untuk bermarathon Amazing Race dari 1st episode sampailah finale, semuanya dengan Kakja.

Saya juga menghabiskan RM2 di kedai bundle Paksu dan mendapat 20 helai baju untuk memuaskan nafsu bershopping yang terpaksa ditahan selama ini dek kerana semakin miskin di hujung semester. Dan kazen saya si Irah yang comel telah merajinkan dirinya menolong ibubapanya di dapur dan sempat membuat cupcakes kerana cuti SPM nya yang lama. Malah cupcake beliau sangat sedap menjilat jari sampaikan saya taksempat nak snap gambar dulu, bila dah telan separuh jalan masuk perut baru ingat dunia.

Hanya ini secebis bukti untuk buat awak terliur, walaupun sebenarnya haram taknampak apa pun.