Jan 4, 2012

FIRST OF JANUARY

Tahun baru saya hebat kerana saya berjaya membawa pulang kekaseh hati ke kampung halaman untuk disajikan keseluruh keturunan Haji Ahmad walaupun mak ayah saya masih tidak berpeluang berjumpa Jack. Saya juga menyambut tahun baru dengan menghabiskan masa bersama sepupu(s) tersayang memandangkan musim study week ni semua kalut nak balik. Saya juga menghadap tv tanpa berganjak sedikit pun dari sofa semata mata untuk bermarathon Amazing Race dari 1st episode sampailah finale, semuanya dengan Kakja.

Saya juga menghabiskan RM2 di kedai bundle Paksu dan mendapat 20 helai baju untuk memuaskan nafsu bershopping yang terpaksa ditahan selama ini dek kerana semakin miskin di hujung semester. Dan kazen saya si Irah yang comel telah merajinkan dirinya menolong ibubapanya di dapur dan sempat membuat cupcakes kerana cuti SPM nya yang lama. Malah cupcake beliau sangat sedap menjilat jari sampaikan saya taksempat nak snap gambar dulu, bila dah telan separuh jalan masuk perut baru ingat dunia.

Hanya ini secebis bukti untuk buat awak terliur, walaupun sebenarnya haram taknampak apa pun.

No comments: