Aug 31, 2016

SEKITAR MEDINI LIVE! 2016

Twas fun working with a bunch of hardworking, creative and energetic people. Makes you wanted to give more and throw good ideas to the team. 

 Choir from SK Medini

Merdeka costume competition by Jeiwa.


Drum mob/ drumline competition between SIGS, High School Klang, SAKTI and BatteryHeadz. 
THAT WAS AWESOME. 
SIGS won the first place.

Banghra dance by Dhol Federation. Another awesome people. They also teach the crowd how to dance.

Traditional games by JKKN Johor. We have congkak, dam and some other stuff that I forgot cz I just passed by the booth.

With Keyin the freestyle saxophonist. Her performance gave me goosebumps. Best! 
And ouhh, can see my 18-weeks baby bump dah ;)
 
 
Najwa and Joe came back for the second year of Medini Live! Next year kasik chance artis lain pulak kayh. 

The sweet Nitz with Sean Ghazi. This guy I tell you, dia yang semangat nak suruh orang bergambar dengan dia -,-


 
Yours truly, 

 
 With Bad Indigo; Medini Live! 2016 festival director. The performance from Indigo that evening, mannn... really brings back my childhood. I would want the same theme for next year. Bring back those old school (is that what its called) boy bands/group. We can have a medley of the famous songs from Indigo, Innuendo, KRU, Elite, Feminin etc.

 With the team!

Overall Medini Live! this year was wayyy better than last year. Though I didn't contribute much but really I was happy attended the two days event. So much to improve for the upcoming Medini Live!, insyaAllah we can do this. Look forward to the next Medini Live! and hopefully Nitz will still be the project champion.

Aug 30, 2016

BABY A HAS BEEN DOWNGRADED

From Gleneagles Medini to Klinik Desa Kg. Pulai.

Semuanya sebab aku dah spent almost RM5,400 of my RM8,500 outpatient limit kat Pantai Hospital masa kena eczema teruk dulu. So tolak itu ini pakai masa emergency and sakit sikit sikit dulu now balance tinggal around RM800 je. When I say teruk, yes it is nauzubillah teruk macam monyet dah aku bergaru berdarah badan. Sumpah taktahan. Sampailah dan 4 kali berubat camtu kat Pantai and the eczema is controllable, aku cakap dekat Jack tanak pegi private dah. Nak sambung kat HSA Johor je sebab murah. Boleh simpan duit tu untuk check-up baby kalau pregnant nanti. And yes pregnant I am.

Selepas almost a week I've been contemplating dan membuat kira-kira, akhirnya dengan berat hati aku pon pergilah ke klinik desa tu nak buat buku merah. Actually I wouldn't mind pon nak kena pegi klinik kerajaan, tapi memikirkan nurse kat situ kurang adab macam Afieqah cakap, lagilah buat aku debor.

Yes memang kena setepek. The moment nurse tu keluar dari bilik apa entah kat belakang tu, aku approach dia kat kaunter terus.

"Kak, saya nak buat buku merah."

Langsung takpandang muka aku.

"Bila last period?"

"19 April."

"Bila?"

Masih takpandang muka aku.

"19 April."

"19 bulan berapa?", menengking okay padahal kau pekak.

"April", hah kenalah kau pon setepek aku balas balik tinggi jugak.

Masih takpandang muka aku.

"Kenapa dah lambat sangat baru nak daftar? Sebelum ni ada check mana-mana tak?"

"Ada."

"Kat mana?"

"Gleneagles Medini."

Baru nak pandang aku tapi muka masam taik.

"Habistu kenapa tak terusje check sana?"

"Mak saya cakap better check kat klinik kerajaan."

"Habistu lepasni kalau dah daftar sini, nak datang sini tak?"

"Yelah kalau dah daftar sini saya takpegi dahla sana."

Sambil jeling aku, "Ni anak nombor berapa?"

Tetiba pulak ada call in. Aku pon jawabla sebab ingat urgent cz Badiu pon has been calling me since morning nak tanyakan pasal media buy/ads dan aku pon sambil menjawab kat nurse tu, first baby.

Langsung takpandang muka aku and tak consider aku tengah cakap telefon padahal dia dengar kot aku dok kata japgi aku call orang tu balik.

"Bagi IC."

Lepastu yada yada aku pon malas pandang muka dia kang lagi naik menyampah. Eiiiiii overall pengalaman pertama sumpah annoying. Harapnya aku bersabarlah sampai Disember je. Pastu memang aku pegi private balik. Ni lah sebabnya orang malas nak pi klinik kesihatan. Malas menunggu tu satu, service cam gampang. Kalau service okay awal awal lagi aku pi dah, jimat insurance aku. 


Grr.

Aug 10, 2016

OF MY SECOND TRIMESTER

Mari kita mula bercerita tentang bagaimana susahnya nak tido malam sekarang.


Masa first trimester dulu dugaannya alahan teruk, asyik muntah sampai berat badan turun. Tapi tidur nyenyak amat. By 8pm dah mengantuk lepas Isyak confirm terus tido. Sekarangni pukul 12 pon dok mengiring ke kiri ke kanan lagi. Lepastu boleh rasa perut dah makin berat; rasa macam berat kepala baby. Macamtu la kot. So sedikit seriau bila nak pusing pusing. 

Tapi day by day makin excited tengok perut membesar :)

Until now I haven't decided what to call myself to baby A. Kalau ikut cita cita nak bahasakan ibu tapi mesti selalu terlepas mommy atau mama bila bercakap dengan dia. Then I've been thinking kalau bahasakan as mommy nak panggil Jack daddy ka. Afterall I don't really fancy gelaran mat saleh ni. But yeahhh always terbabas as mommy dengan baby A. 

So see how la in the next few weeks. Kalau aku dah ada kata putus nak bahasakan diri sebagai apa. 

Ati ja ka.

Aug 9, 2016



Betullah orang tua tua kata, bersusah dulu bersenang kemudian. 

Dah rasa, dari mula kawen asyik berpindah randah. Dari sebesar-besar bilik ke sesempit-sempitnya. Dari katil queen membawak ke single kadang kadang sampai terlepas tidur ke lantai, alhamdulillah sekarang Jack could afford a house, with our own king bed.

June 14, 2015 and counting

Aug 8, 2016


Kadang kadang aku rasa macam aku salah masuk department. As much as I enjoyed working as corporate communication executive at Medini Iskandar Malaysia, I sometimes couldn't bear the responsibilities. 

Rasa macam sebenarnya aku boleh buat kerja tu elok dah tapi ada je pihak yang menyusahkan/melambatkan/memeluatkan keadaan. Last last kita kena marah dengan bos pastu rasa nak quit. 

Nak try join ICT/Finance/Procurement. Senang tapayah nak pakai PR skills sangat. Orang pon tak expect macam macam. 

Atau bila sebenarnya boleh jadi isteri/ibu sepenuh masa ni?

Aug 3, 2016

Dalam blog ni mostly aku cerita everything. Aku start dari aku bercinta dengan B, putus, bercinta dengan Jack, bertunang, berkahwin dan akhirnya pregnant. Tunggu nak jadi mak dah ni.

Its amazing to see (read) that someone has changed so much in the process. Few nights ago I texted to group ATIPUUUU yang ada Cimud dan Qila pasal how things have changed.


"Cimud, aku terjumpa ni. Terima kasih belanja aku KFC malamtu. Aku siriusli sebenaqnya memang tengah sengkek *gelak sedih*."

"I'm so proud of you Ati. Hang yang paling kental dan redah ja apa yang hang fikir terbaik untuk hang. Macam macam kerja hang dah rasa sampai tahap sekarang ni. Memang mula dari bawah. Susah susah dulu, sekarang dah senang. Alhamdulillah."

Mata aku panas lagi. Mengenangkan dulu aku rasa akulah yang paling takdak masa depan compare dengan kawan kawan. Paling selalu sengkek. Paling selalu ponteng kelas. Paling selalu pointer ke laut.

Alhamdulillah I am where I am today. Ingatlah, jangan merungut bila orang bagi kerja. Kalau tak suka dan rasa tak kena dengan diri, chow ja. Banyak lagi opportunities lain tunggu kau.

Aug 2, 2016

OF BABY A

Few months ago aku ada post dalam blog pasal "I think I'm pregnant" but turns out am not. Major turned down sebab macam berharap ke apa entahlah. First few months kawen memang perasaan nak pregnant tu membuak buak. I'm not sure if its because pressure from people around atau aku memang nak anak. Sebab kalau ikutkan perangai aku masuk hospital tengok orang lain terlantar kat katil pon darah aku dah berderau. Apatah lagi diri sendiri nak pregnant- nak beranak semua tu. Ya Allah.

Jadi aku berhenti berharap. Dah malas amek port aku pregnant ke tidak sebab bila dok berharap habis semua kerja takjalan. Before kawen dulu aku 52kg camtu la. Pas kawen zass 60kg lepastu risau nak workout sebab asyik bear in mind  what if I'm pregnant.

Sampailah 26 Julai 2016 aku tergerak hati nak buat test. Itu pon sebab semalamnya dah puas memanjat bukit recce tempat untuk event Hutan Kita pagi 26 tu. Aku penat teruk, tercungap cungap dan kebetulan period lambat. Plan nak buat UPT tu sebab kalau pregnant tapayahla panjat bukit. Kan?

But only God knows how happy I was in the morning of 26th bila stick tu double line. It was so clear and aku jadi tak tentu arah nak buat apa macam nak melompat pon ada. When at first aku tak berharap langsung maka tuhan hadiahkan aku anak. Dia tahu aku dah boleh jadi ibu.


I couldn't contained the good news to myself but so I was nervous to even share with Ika about this. Yelah, what if false alarm. Kan ada je kes orang buat test dah positive tapi sebenarnya tak pregnant pon. Yeah I'm such a pessimist when it comes to big thing like this. I wanna confirm it so bad that right away after the event terus pegi Gleneagles Medini jumpa Dr. Rohaida untuk buat scan. Masa scan kat perut memang taknampak la sebab baru lagi. Dia tanya nak tunggu next month or nak scan dari bawah (vagina) je. Of course I opted the second. Excited (and nervous actually nak confirmkan diri sendiri pregnant). And here is my baby at 5 weeks of pregnancy. Kecik je.


During my first trimester memang alahan teruk. Segala benda aku makan memang keluar balik. My heart beat so fast macam aku lari turun naik bukit. Padahal tengah baring je. Sentiasa rasa lemah dan nak pengsan. Badan and kepala asyik berangin, tetiba pening pastu nak nangis. Asyik nak monyok je aku pon tataulah apa yang tak kena. Kesian Jack kena jaga. Sendiri masak taklalu nak makan. Berat memang turun time ni. Kebetulan awal pregnancy jatuh dalam bulan puasa so ketinggalan lah aku 18 hari puasa. First few days aku sempat puasa sampailah hari ketiga, lepas berbuka je aku macam nak pengsan sangat. Mintak tolong Rozie bawakkan ke  ER Columbia Asia sebab tu je paling dekat dengan rumah. Sirius aku memang rasa macam nak pengsan.

Then bila sampai kat kaunter, MO tu check blood pressure apa semua time tu lah aku rasa lapar sangat sangat sebab before that aku dah muntah 2-3 kali jugakla. Tanpa segan silu aku tanya dia cafe bukak tak? Padahal dah 12 tengah malam dan sah sah aku tau cafe dah tutup. Cuma aku harapkan dia bagila aku biskut ke apa sebab aku memang siriusli lapar. Dia just jawab, cafe dah tutup dan cuma suruh aku tunggu doktor. Hmm -.-

So mendapatla jugak kena cucuk, kena masuk air sebab dehydrated and low blood pressure. Doktor ada tunjuk chart and explain pebenda yang body aku tengah kurang tapi aku tapaham satu apa pon. Kepala aku pikir nak balik cepat je. Doktor pon nasihatkan jangan puasa lagi sehari dua ni tapi terus aku tinggal sampai 18 hari. Bila pikir balik sayangnyaa banyak nauu tinggal puasa. But yeah, aku ni tanak menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Dahla Jack jauh. Kang dok paksa puasa pastu lembik pastu lagi nak kacau orang suruh hantar pegi hospital lah bagai. Takpelah, ganti puasa je my only choice.

These are my 9 weeks scan images. Dah boleh dengar heartbeat baby.



But the very next check-up tu lagi excited sebab baby dah (agak) cukup sifat. Boleh nampak bentuk badan dah macam orang. Ada tangan kaki semua and nampak dia berenang renang. Hihi. I sent Jack the video and he was so happy. Sayangnya takdapat tengok reaction dia depan depan.



So yeah that is my pregnancy journey thus far. I'm 14 weeks pregnant now :)
Semoga semuanya baik baik saja.

Aug 1, 2016

POST THE MAZE RUNNER MOVIE



"The Maze Runner ni best jugak eh."

"Awak tau tak dia ada prequel?"

"Oh ya? Apa tajuk dia?", tanya aku excitedly and innocently nak tau.

"The Kite Runner."

Lalu Jack gelak terkekek kekek.

Dasar ini anak -,-