Aug 30, 2016

BABY A HAS BEEN DOWNGRADED

From Gleneagles Medini to Klinik Desa Kg. Pulai.

Semuanya sebab aku dah spent almost RM5,400 of my RM8,500 outpatient limit kat Pantai Hospital masa kena eczema teruk dulu. So tolak itu ini pakai masa emergency and sakit sikit sikit dulu now balance tinggal around RM800 je. When I say teruk, yes it is nauzubillah teruk macam monyet dah aku bergaru berdarah badan. Sumpah taktahan. Sampailah dan 4 kali berubat camtu kat Pantai and the eczema is controllable, aku cakap dekat Jack tanak pegi private dah. Nak sambung kat HSA Johor je sebab murah. Boleh simpan duit tu untuk check-up baby kalau pregnant nanti. And yes pregnant I am.

Selepas almost a week I've been contemplating dan membuat kira-kira, akhirnya dengan berat hati aku pon pergilah ke klinik desa tu nak buat buku merah. Actually I wouldn't mind pon nak kena pegi klinik kerajaan, tapi memikirkan nurse kat situ kurang adab macam Afieqah cakap, lagilah buat aku debor.

Yes memang kena setepek. The moment nurse tu keluar dari bilik apa entah kat belakang tu, aku approach dia kat kaunter terus.

"Kak, saya nak buat buku merah."

Langsung takpandang muka aku.

"Bila last period?"

"19 April."

"Bila?"

Masih takpandang muka aku.

"19 April."

"19 bulan berapa?", menengking okay padahal kau pekak.

"April", hah kenalah kau pon setepek aku balas balik tinggi jugak.

Masih takpandang muka aku.

"Kenapa dah lambat sangat baru nak daftar? Sebelum ni ada check mana-mana tak?"

"Ada."

"Kat mana?"

"Gleneagles Medini."

Baru nak pandang aku tapi muka masam taik.

"Habistu kenapa tak terusje check sana?"

"Mak saya cakap better check kat klinik kerajaan."

"Habistu lepasni kalau dah daftar sini, nak datang sini tak?"

"Yelah kalau dah daftar sini saya takpegi dahla sana."

Sambil jeling aku, "Ni anak nombor berapa?"

Tetiba pulak ada call in. Aku pon jawabla sebab ingat urgent cz Badiu pon has been calling me since morning nak tanyakan pasal media buy/ads dan aku pon sambil menjawab kat nurse tu, first baby.

Langsung takpandang muka aku and tak consider aku tengah cakap telefon padahal dia dengar kot aku dok kata japgi aku call orang tu balik.

"Bagi IC."

Lepastu yada yada aku pon malas pandang muka dia kang lagi naik menyampah. Eiiiiii overall pengalaman pertama sumpah annoying. Harapnya aku bersabarlah sampai Disember je. Pastu memang aku pegi private balik. Ni lah sebabnya orang malas nak pi klinik kesihatan. Malas menunggu tu satu, service cam gampang. Kalau service okay awal awal lagi aku pi dah, jimat insurance aku. 


Grr.

No comments: