Dec 30, 2013

KEEP CALM & ROCK ON

December 2013 is very hectic. Dengan tak ada cutinya. Kena bangun lebih awal daripada biasa pulaktu setiap pagi. Kerja overtime lagi. But hey, apart of all the crazy and pact schedule, I think I'm enjoying myself at pretty much not bad. Some more excited nak launch me and Nora's newly born baby-- The Scarflings. We're really hoping this could work. Actually I myself don't have the confidence of doing this all but somehow working with Nora convinced me that things' will go fine. She has the experience of handling a business back in her hometown lepastu tutup sebab doktor jahat kacau business depa. And and and, her guts are (always) right. She said we'll nailed it so yeah. My trust is on her. Can't wait for 2014.

APA YANG KITA ADA, HARGAI


Semalam aku tengok The Hobbit untuk kedua kalinya.
Sudahlah The Hobbit hampir tiga jam tayangan sebab MBO macam entah apa apa dok tunggu queue lepastu lambat nauu nak start. Sejuk amat.
Aku pandang sebelah, hajat di hati nak panaskan tangan. Tahu tahu Nora tengah fokus kat Legolas. Baru teringat takboleh nak pegang. Rindu JackJack. He has been be my (favorite) companion for movie day out all these while.

And I hope he would be my forever 

Dec 27, 2013


Nora tipu. Dia kata kalau pose cenggini boleh nampak kurus dan sebagainya.


Should I blame all the workloads sampai tak ada masa nak workout?
And the heels. Shhhhhddddss.

Dec 24, 2013


"I sometimes don't like the way he treats me." 

"Then why don't you leave him?"

"I don't know. Maybe I'm just too much into him."

"Or maybe you're just too scared to be alone."

Dec 22, 2013

KERJA PALING SUSAH DIDUNIA

Siapa kata jadi bos ni senang?

Hang dapat hat bodoh sombong, pekak tuli, tukang menjawab, kaki mengelat, kepala baran dengan mulut murai.
Combined semua tengok.

Macam haram.

Dec 10, 2013

Masa sekolah dulu, aku suka sangat cari orang orang yang lahir sama bulan atau sama tarikh dengan aku. Aku nak rasa awesome sama sama. Kebetulan Britney lahir in December. So aku eksaited sorang sorang. Sebabnya aku ni dahla anak sulung masa tu, tunggal perempuan, rumah pulak jauh terperuk daripada neighborhood anak anak polis, kastam, imigresen blablabla sebab diorang kan duduk kuarters so petang petang boleh main ramai ramai. Aku ni, rasa sore loser habislah masa tu.

Lepastu pulak pergi sekolah, tak ada orang nak kawan atas alasan rumah aku jauh, petang petang susah nak jumpa aku, pergi sekolah pulak taksama, balik taksama. Senang cerita aku bukan dalam circle mereka untuk dibuat kawan. Sedih toksah cakapla. Budak mana tak nak berkawan ketika fasa membesar.

Jadi aku membesar menjadi insan yang tidak pandai berkawan. Bila masuk kolej, jumpa orang yang style cakap kasar, aku mudah terasa. Siriusli aku mengalami tekanan perasaan tahap teruk zaman tu.

Grown up, dah bina keyakinan diri, dah tahu berkawan, dah banyak membaca maka aku tahu aku adalah seorang yang rare. Aku tak perlu nak cari orang yang lahir sama tarikh atau sama bulan untuk menampakkan kewujudan aku. C'mon, December goddess is the awesomest okay.


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN. 
SEMOGA TERUS MENJADI ORANG YANG BERGUNA KEPADA SEMUA.

Dec 3, 2013

APA ADA DALAM HATI?

Mak cakap, dia pernah mimpi aku balik duduk Rompin after few weeks aku start kerja kat SS15.

Sekarang aku rasa mimpi mak bakal jadi kenyataan.

Anehnya aku bukan jenis orang yang kerja separuh mati untuk kejar mewah. Tapi aku kerja untuk cuba tidak menjadi beban orang lain dan hidup dengan kesederhanaan yang happily ever after. Malam ini aku fikir dengan sungguh deep, mana hala tuju aku kalau kerja sini lama lama. Sakit tak puas hati dengan management dah lama bertapak tunggu masa nak luak. Dari sekarang perlu ada back up plan nak jadi apa andai ditendang kerja kerana menghentam management.

Adakah mahu menjadi anjing suruhan lagi? Atau hidup atas kaki sendiri?


Maka aku nekad. Sikit lagi aku nak balik Rompin. Duduk dekat dengan mak ayah. Belajar menjahit, belajar buat kek. Buat bisnes online. Aku tahu aku ada bakat cuma kena polish. Moga Tuhan bukakan hati hambanya yang buat kepala sendiri dok lawan cakap bos ni.

Amin.

AKU DAH TAK ADA HATI NAK KERJA

Aku nak kahwin dan tunggu nafkah daripada suami. Life sebagai adult ni sumpah annoying, boring dan pelbagai macam perasaan tidak seronok yang aku tataw nak gambarkan macam mana.

Aku ada alasan kukuh untuk quit dari kerja sekarang tapi mikiau ke mak ayah dan hantu mana nak tanggung makan minum aku maka kugagahkan jua membanting tulang empat keratku yang tiada seberapa ini.


Aku rindu rumah yang amat sangat. Aku benci nau time hujung hujung tahun yang selalu mendung dan hujan tapi tak ada orang orang favorite untuk aku hadap. Selain lapar, mendung dan hujan jua boleh membuat aku sedih. Lagi lagi time hujan tanpa makanan. Boleh menangis teresak esak. Sirius.