Dec 3, 2013

AKU DAH TAK ADA HATI NAK KERJA

Aku nak kahwin dan tunggu nafkah daripada suami. Life sebagai adult ni sumpah annoying, boring dan pelbagai macam perasaan tidak seronok yang aku tataw nak gambarkan macam mana.

Aku ada alasan kukuh untuk quit dari kerja sekarang tapi mikiau ke mak ayah dan hantu mana nak tanggung makan minum aku maka kugagahkan jua membanting tulang empat keratku yang tiada seberapa ini.


Aku rindu rumah yang amat sangat. Aku benci nau time hujung hujung tahun yang selalu mendung dan hujan tapi tak ada orang orang favorite untuk aku hadap. Selain lapar, mendung dan hujan jua boleh membuat aku sedih. Lagi lagi time hujan tanpa makanan. Boleh menangis teresak esak. Sirius.

No comments: