Dec 3, 2013

APA ADA DALAM HATI?

Mak cakap, dia pernah mimpi aku balik duduk Rompin after few weeks aku start kerja kat SS15.

Sekarang aku rasa mimpi mak bakal jadi kenyataan.

Anehnya aku bukan jenis orang yang kerja separuh mati untuk kejar mewah. Tapi aku kerja untuk cuba tidak menjadi beban orang lain dan hidup dengan kesederhanaan yang happily ever after. Malam ini aku fikir dengan sungguh deep, mana hala tuju aku kalau kerja sini lama lama. Sakit tak puas hati dengan management dah lama bertapak tunggu masa nak luak. Dari sekarang perlu ada back up plan nak jadi apa andai ditendang kerja kerana menghentam management.

Adakah mahu menjadi anjing suruhan lagi? Atau hidup atas kaki sendiri?


Maka aku nekad. Sikit lagi aku nak balik Rompin. Duduk dekat dengan mak ayah. Belajar menjahit, belajar buat kek. Buat bisnes online. Aku tahu aku ada bakat cuma kena polish. Moga Tuhan bukakan hati hambanya yang buat kepala sendiri dok lawan cakap bos ni.

Amin.

No comments: