Jan 6, 2012

SELEPAS BERPENAT LELAH MENGHAFAL BAGAI HARUSLAH AKU SKOR A UNTUK PAPER RAMLI. AMIN.

Tamat sudah satu paper. Empat paper berbaki. Rasa jugaklah seram sejuk dihati. Pagi pagi buta esok dah menghadap paper Ramli. Haih. Beratnya rasa nak bernafas. Macam kena bayar untuk oksigen dalam minggu ni.

Dan sempat juga aku berfikir secara bernas lepas habis jawab soalan HET 212 dan masa untuk peperiksaan tamat masih berbaki 15 minit. Macam mana Dr. Suzana dan Dr. Agnes sediakan soalan exam? Macam mana lecturers lain buat benda yang sama? Soalan tak bocor. Dah bertahun buat kerja macam ni. Mesti kaum kaum lecturers ni ada pendrives yang bersepah. Sana sini buat backup. Takut hilang data bagai.

Aku tak nak macam tu.

Aku tak nak kerja yang memerlukan aku guna banyak pendrive. Dan aku  juga tak nak kerja yang memerlukan aku habiskan duit gaji setiap bulan untuk beli baju dan seluar baru semata mata nak cantik di depan clients. Aku tak nak kerja yang memerlukan aku habiskan 18 jam untuk menghadapnya. Aku tak nak jadi manusia paling tekun bekerja kejar duit. Tamaw. Sumpah tamaw.

Sebenarnya aku tamaw repeat paper Ramli. Tamaw. Sumpah tamaw. Kau taw hazabnya tengok orang kena hukum gantung? Haaa macam tulah rasanya.

No comments: