Aug 12, 2011

ZAMAN SEKOLAH #2

Ini adalah the famous situations yang berlaku kepada pasangan pasangan bercinta di sekolah aku dulu. Cinta sekolah menengah beza nau dengan sekolah rendah. Yang sekolah rendah ni aku tak amek port sangat. Korang gatal sangat nak bercinta umur baru setahun jagung tu kenapa? Tak sweet langsung tahu tak memandangkan boiprengg korang tu tak hit puberty pon lagi.

  • Kalau kau couple dengan senior hot kau lah junior paling dicari umat manusia. 
  • Bila ada pasangan bercinta memang kecoh satu sekolah. Masa nilah cikgu cikgu disiplin dan kaunselor nak campur tangan kononnya bercinta itu adalah sesuatu yang harmful kepada pelajar. Hmm mungkin jugak.
  • Bila ada events kat sekolah, kelompok cintan cintun ini adalah kelompok kedua yang tersenyum bahagia dan merelakan diri nak join sebab boleh jumpa kekasih hati. Kelompok pertama adalah pengawas pengawas yang kaki kipas. Boo !
  • Ini selalu terjadi kepada remaja remaja perempuan. Kalau kelas kekasih hati kat hujung blok yang dekat dengan toilet tu maka kau akan buasir sepanjang tahun. Kalau tiga tahun kau couple dengan dia memang tiga tahunlah kau buasir. Actually kalau kelas boiprengg kat blok lain pon sanggup je dak dak pompuan ni jelajah sekolah nak usha line. Tak gitu ke korang?
  • Tersentuh tangan sikit dan dan je mengucap panjang. Padahal dalam hati, munger munger.
  • Alasan paling femes bila time prep adalah korang nak study group. Study group dua orang sahaja kah? Memang tak geraklah kan ilmu korang. Ni Yayat selalu buat.
  • Lelaki selalunya act cool je, perempuan yang macam over-eksaited sebab, sebab apa pun aku tak tahulah tapi itulah yang aku selalu nampak. Hormon yang baru nak berkembang kot. Lagi lagi pulak boiprengg dia hotstuff kat sekolah. Memang melambunglah market si awek yang menumpang ni.
  • Bila awek gaduh, bf akan datang selamatkan. Walaupun untuk sebab yang bodoh bodoh je. Sekali dengan bf dia jadi bodoh pergi join minah pusi gaduh. Oh baru kutahu hebatnya kuasa cinta. Oh oh.
  • Ada satu kes, budak batch aku, dormmate Yayat, selalulah basuhkan baju bf dia. Siap kerja kursus untuk SPM pun minah tu buatkan. Bf si budak Mekanikal gf si budak Awam. Bersengkang mata nak siapkan kerja bf dia padahal dia punya tak siap pun. Sampai cikgu cari kat sekolah. Ouhh dan sekarang manusia dua sejoli itu dah clashed. See, tak kemana pun kan budi baik yang dia taburkan bersepah sepah tu.

Tapi sekarang dah tak sama macam dulu. Dulu still ada rasa malu lagi bila buat salah but budak budak sekarang memang berani tahap gilababi. Kat sekolah Aja dah berapa banyak budak kantoi pregnant, ringan ringan dalam sekolah. Kadang cikgu dalam kelas pun budak budakni berani lagi buat kat belakang. Haih korangni, belajar sivik macam nak rak tapi letak semua tatasusila bawah bontot buat apa. Aplikasikanlah wahai adik adik. Jangan nak rosakkan diri sangat. Lagi 20 tahun bila kau ingat balik zaman sekolah mesti menyesal.

3 comments:

zahra. said...

Amboi amboi amboi.


heehee :3 Kisah lalu.

IZZAYATI HUSNA AHMAD said...

Now orang tu pon dah jadi kenangan. Lalala.

zahra. said...

Al-fatihah :)