Dec 28, 2011

KALAU KAU STUDENT DAN BERSEMANGAT UNTUK KAHWIN PADA USIA MUDA, APAKAH PERKARA PERKARA YANG AKAN TIMBUL DARIPADA MULUT MULUT ORANG?

Pertama, keluarga yakni ibubapa akan menentang sekerasnya atau pura pura menentang sekerasnya sebab ada certain parents yang tak kisah anak anaknya kahwin awal, bahkan sangat bersyukur tapi nak duga anaknya sikit so mak bapak ni akan drama lebih just to make sure anaknya memang dah bulat hati. Yelah, daripada kau berterusan bercinta dan tak berkomitmen, baik kau kahwin. Lagi barakah. Tapi yang jenis menentang tu pun ada sebabnya. This one mostly of the parents nowadays macam tu. Kau kena habiskan belajar dulu, kerja, kumpul duit, hantar mak ayah pergi haji then baru boleh kau nak kahwin. Kau kahwin time belajar pun menyusahkan mak bapak jugak. Silap silap monthly allowances makin bertambah. Then if salah langkah, ter-pregnant. Haa kiralah sendiri belanjawan sepanjang kau pregnant dan nak besarkan baby tu macam mana. Dah lah tak kerja. Dengar cakap mak ayah pleaseee *Disamping itu yakinkan lagi mereka mengenai point point kelebihan kahwin awal. If possible, tagged mak ayah kat entri entri yang bakal disebutkan dibawah*

Kedua, kawan kawan dalam friendlist Facebook kau yang selama ni like status/ entri pasal Hikmah Kahwin Awal, Manisnya Bersama, Bahagianya Bila Kahwin Awal, Jodoh Mengikut Perspektif Islam dan segala entri sweet sweet pasal kahwin di usia muda akan turut mempersoalkan keputusan kau nak kahwin awal. Kalau yang jenis bff tu bolehlah faham kot. Tapi yang pesen berpoya poyan dan leklu, kawen awal nak buat apa. Skang ni zaman enjoy dan blablabla, hah memang patut sangat hang unfriend dia. UNFRIEND DIA DARI LIFE HANG.


Ketiga, seharusnya makcik makcik di kejiranan/ kampung kau akan sibuk berjoyah kenapalah kau nak kahwin awal memandangkan baru first year tapi dah gatal nak berlaki/ berbini. Kita yang hidup dalam masyarakat Melayu ni sememangnya lebih mementingkan adat berbanding agama. Kalau kahwin awal dikatanya pregnant lah, kena tangkap khalwat lah, jadahlah. Kalau kahwin lambat terus cakap orang taklaku. Kalau kenduri kecik pun dikutuk kedekut. Kalau buat besar dikatanya nak menunjuk. Dahtu mana satunya yang betul? 

At off, kehidupan dizaman serba maju dan moden ini menuntut kita untuk mengikut kata hati berlandaskan ajaran agama. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul, tak ada salahnya kita teruskan. Some things we cannot satisfy others. If not, kita jugak yang menyesal. This is our life, apa yang orang cakap tak penting, sangat. I mean, yeah, they can say things and things. But in the end siapa yang kena buat keputusan and who's gonna live with the decision that has been made? Forever pulaktu. We're talking about lifetime decision okay. Jangan menyesal dengan apa yang kita buat, even benda tu salah dan merugikan masa dan buat kau menangis siang malam rasa macam nak terjun bangunan tapi itu adalah jalan yang kita pilih. Sebabtu salah satu prinsip untuk para Pembimbing Rakan Sebaya, kita takboleh suruh kawan kita buat keputusan ikut cara kita. Kita cuma boleh nasihat dan give few exit ways so that dia sendiri boleh pilih and takkan salahkan kita untuk setiap keputusan yang dia dah buat.


Akhir kata, sirius aku rasa nak kahwin awal.

No comments: