Aug 31, 2012

MAJIK DAN MERONG PADA 29 FEBRUARI

Aku adalah jenis orang yang suka memberi peluang kedua dan mungkin ketiga, bergantung kepada keadaan. Aku rasa silap manusia mungkin disebabkan kebodohan dan kelalaian atau mungkin belum ada kesedaran untuk berubah. Atau mungkin dia memang dilahirkan begitu.

Jack pernah tanya aku kenapa makan gulai nangka kat 5F sedangkan aku dah bebel gulai tu keras blablabla. Tapi aku tetap ambil gulai nangka 5F setiap kali makan disitu.

"Makcik tu deserve peluang kedua. Mungkin haritu dia salah masak. Harini mungkin sedap."

Tapi makcik tu tetap buat tahi dengan aku. Gulai nangka dia tetap keras blablabla ciss. Nampak sangatlah aku terlalu naif mempercayai gulai nangka orang.

Aku juga guna tahap kepercayaan yang sama terhadap filem filem terbitan KRU. Pada aku mereka adalah tiga anak muda (kecuali Norman yang memang tua) yang berguna kepada anak bangsa. 

Jadi aku tonton Magika. Hmmm, tengok sekali boleh. Dua kali aku memang tak sanggup.

Begitu juga Merong Mahawangsa. Kali itu aku bernasib baik takperlu bakar duit untuk ke panggung sebab mak beli vcd harom. Maka aku menonton maka tiadalah berghairah untuk menontonnya lagi.


Tadi, sempena 55 tahun Malaysia merdeka, aku sogokkan Aja dengan segala keseronokan dan kehebatan filem filem keluaran KRU. 

"Gila hang tamaw tengok. Edry kot !"

"Hang memang ketinggalanla kalau tak tengok 29 Februari."

"Malu jadi Malaysian kalau tak tengok cerita lagu ni."

"CGI kot ! Cita Meleis lain mana ada."

Lalu bersiaplah kami berdua bak lipas kudung. Menderu ke ECM dan masuk panggung yang cuma ada beberapa ketul manusia berjiwa macam aku dan teman teman mereka yang mudah diperdaya seperti Aja.

Aja tanya, "Best cita hang tadi?"

"Aku tamaw harap kat trailer dah."

No comments: