Oct 29, 2010

I WOKE UP TODAY AND I SMELL YOU

29 Oktober 2010

Kalau pada Jumaat lepas saya sedang berada di PICC Putrajaya untuk proses mengambil jubah dan raptai konvokesyen. Dan pada esoknya pula saya berada diatas pentas menerima skrol. Selepas itu saya keluar dari dewan, mengambil gambar dengan kawankawan dan keluarga sebagai kenangan di hari tua.

Saya rindu semua itu lagi. Saya rindu momen momen bangang zaman kolej. Berebut nak bilik kat Impian. Makan ramai ramai kat kafe kolej. Stay up sampai pagi untuk movie marathon. Kena tahan daripada outing untuk dua minggu sebab tak pergi usrah. Mandi ramai ramai pukul 4 pagi sebab air tak ada. Telan megi 2 bungkus sorang. Gosip. Mengumpat segala bagai. Ya, itu perempuan. Sirius rindu. Semuanya dilakukan secara beramai ramai.

Saya cuma mampu berdoa dan berharap, persahabatan kita akan kekal selamanya. Yang terbaik itu datang daripada Allah swt dan yang buruk itu kerana kekhilafan kita sebagai manusia biasa.



No comments: