Oct 10, 2010

LAWAN JOM?

Ya. Saya masih ada deretan asaimens yang perlu disiapkan. Kalau dilihat daripada mata kasar, mungkin buku yang perlu dirujuk oleh saya adalah setinggi bangunan KLCC. Okay, melampau. *Semula-- Kalau dilihat daripada mata kasar, mungkin buku yang perlu dirujuk oleh saya adalah setinggi syiling bilik dan didarab lima baris. Sekurang-kurangnya sehingga sebelum 20 Oktober saya perlu siapkan. Kerana selepas itu saya akan pergi berfoya-foya. Tapi saya tetap buat rileks dengan bala yang menimpa.

Nak dengar sesuatu yang buat minggu saya disaster lagi? Fire alarm berbunyi tanpa henti. Time weekends pulak tu. Dalam sehari mungkin 15 kali berbunyi. Mengadalah fire alarm ni. Perangai macam nak mintak kena tanam. Jadi saya kurang tidur. Makan saya pon tak menentu.

Secara totalnya, saya tak tahu apa yang saya buat dalam seminggu ini. Mungkin saya perlukan H's TV-- yang boleh mengulang kembali perlakuan perlakuan saya sejak semalam dan hari hari yang lalu. Tolong, hadiahkan satu. Janji tak tamak.

2 comments:

Anonymous said...

can't wait for the day :)

IZZAYATI HUSNA AHMAD said...

Me too !

Nak jumpa hang. Sekeh laju laju. HAHA.