Apr 18, 2011

TROUBLESOME

Dalam dua minggu ini aku berperang dengan diri sendiri. Dua bala paling besar; exam dan lelaki. Bala exam cuma datang minggu lepas. Bala lelaki datang dari bulan lepas lagi.

Aku tak tahu bila aku aku cakap 'Aku tahu' betul betul memaksudkan yang aku memang tahu sesuatu. Atau aku cuma tipu diri sendiri untuk sedapkan hati bahawa tiada apa apa yang buruk bakal berlaku. Macam otak budak budak 8 tahun. Cikgu cakap kalau siap homework boleh dapat gula gula. Ya. aku cuma harapkan yang indah indah. Tapi tak boleh sebab aku manusia biasa. Tuhan tak benarkan manusia biasa rasa semua yang indah indah sebab nanti kau kufur nikmat. Terus lari kedepan takpandang belakang. Sebab dah tahu semuanya disusun dan dikarang baik. Bosan kan?

Sebab tu Tuhan bagi masalah untuk kita sedar siapa kita dan untuk siapa kita berkhidmat diatas muka bumi ini. Supaya kita tak kufur dengan nikmat diberi.

Sebab itu juga aku kena bertahan dengan exam week yang macam langsi ni walaupun aku tetap taksedar diri untuk bukak buku. Sirius, first paper aku Rabu ni tapi aku still buat rileks. Dan untuk kau, aku tak tahu lah berapa lama lagi nak diam macam tu. Please, ada balls sila cakap. Aku dah taklarat nak tunggu. Banyak lagi bala lain dalam list aku.

No comments: