Apr 19, 2011
Saya sudah tidak tahu hubungan kita dibina atas dasar apa. Satu ketika dulu mungkin sebab sayang. Kemudian lama lama semua tu dah hilang. Saya cuba cari sana sini tapi takjumpa dan saya tahu jawapan itu cuma ada pada kita.
Tapi bila saya tanya, awak diam. Tak ada penyelesaian bukan?
We've been through so many things. Saya tahu awak takminat teater tapi saya paksa awak temankan saya. Saya tahu awak tak minat Bieber tapi saya borak jugak pasal dia dengan awak. Saya selalu cerita pasal kura kura saya dengan awak tapi awak takdengar. Saya cakap saya teringin nak main gitar awak cuma diam. Saya cerita pasal apa yang saya lalui setiap hari dan awak cuma kata okay.
Bukan itu yang saya mahu.
Bila kita sudah kata 'Saya sayang awak' bermakna kita sudah sedia menggalas satu tanggungjawab untuk menjaga hati yang lagi satu. Kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan masing masing. Kita belajar mendengar, memahami dan menyelami hati pasangan. Paling kurang yang kita boleh lakukan, jadilah pendengar yang baik. Kalau awak kata susah, sepatutnya awak tak sebut 'Saya sayang awak' dari dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sayang tak bermakna memiliki.
memiliki jua tak semestinya sayang.
Lovely. Thanks doll.
:)
Post a Comment