Apr 29, 2011

I PAUSED

Kita semua ada dosa besar yang pernah dibuat. Sama ada kita punya guts nak mengaku atau tidak. Sesetengah orang memang dilahirkan 100% setan manakala yang lain split kepada dua personaliti. Mungkin 50/50 setan-malaikat, 70/30 setan-malaikat atau 10/90 setan-malaikat. Figura ini sentiasa berubah. Aku sangat pasti memang tak ada manusia dilahirkan 100% malaikat. Kalau kau nak pretend sebagai malaikat bolehlah tapi IC kau tetap berbapakan seorang lelaki.

Disebabkan aku turut dibintikan kepada seorang lelaki paling superb maka aku pun terikat dengan split personaliti setan dan malaikat. During 90s dan menjelang millennium baru, aku bukanlah aku sekarang. Ada cat hitam atas kain yang aku corakkan selama ini. Agak besar tapi orang tak nampak sebab aku gunting dan simpan baik baik segala yang buruk itu. Mulut mulut orang selalu keluar-- Eleh kau ni bajet baik sangat macamlah takpernah buat dosa. Ya, kita buat salah tapi takkanlah kita tak ada effort untuk baiki ruang ruang yang cacat tu untuk menjadi lebih baik kan?

Well macam aku cakap tadi semua orang pernah buat jahat/dosa. Cuma dia hebohkan atau tidak. Ada orang bangga dirinya kaki perempuan, kaki tunggang, kaki judi, kaki clubbing dan sebagainya. Tapi ada orang yang setakat pernah curi RM5 dari poket ayah sendiri tapi malu nak cerita.

Itu terpulang masing masing.

Someone, yang buat hati aku paling lapang bila borak hal dunia dengan dia, pernah cakap- Manusia memang banyak rahsia. Bila kita bersedia untuk menceritakan rahsia kita dengan orang yang kita percaya tak akan bocorkan mulut sampai mati, maka kita juga telah bersedia untuk menerima apa juga yang berlaku kelak. Andai orang yang kau percaya separuh mati itu menjaja cerita kau sana sini, cuba untuk jangan salahkan dia. Bukan bermakna kita bodoh sebab percayakan dia tapi sebab kita salah meletak kepercayaan.


Ayah pernah cakap, your bestfriend has another bestfriend. But who cares? Berkawan, berkawanlah. Tak semestinya semua rahsia kita dia perlu simpan. Trust me, there's someone out there yang masih boleh kita percaya. Kalau tak, tidak akan wujud watak Hassan.

Pasal dosa dosa besar tadi, aku pun ada dark side jugak. Episod episod yang aku nak delete forever dari hidup. Aku cuba aplikasikan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Aku tak mahu jadi macam Anikin Skywalker yang dilahirkan pure but at last jadi Darth Vader. Ada benda yang aku buat sampai diri sendiri tak nak ingat itu semua dan aku rasa mak ayah pun dah tak bercakap pasal hal tu.

Banyak benda sebenarnya yang corakkan kita sebagai manusia. Nak jahat sangat buat apa? Kau tak nak cium bau syurga?

No comments: