Jan 4, 2011

STEALING SOME MELODIES



Alhamdulillah semester ni I ada manners sikit. Pergi kelas pakai kasut dan bukan selipar. Lenses pon dah jarang pakai sebab malas dan I gatal tangan sign up for kelas pagi. Cincin yang B belikan pon I dah pakai 23 jam sehari. Sejam lagi tu I bukak sebab apa pon tataw. Tapi yang penting I pakai balik. I sedang belajar nak jadi setia ni.

Selain itu I juga dah buat belanjawan untuk satu semester dan I akan spent my money wisely beli buku buku buku dan buku sahaja. Barang barang haram yang lain seperti baju, seluar, kasut, blablabla dan blablabla semuanya I akan fikir masak masak sebelum I gatal gatal nak beli. I dah pasang azam. Tanak jadi macam last semester duit mengalir macam air je. Macam bukak pili air, macam tu lah duit I mengalir.

Ouh siapa siapa ada tips nak jimatkan wang tanpa nampak macam miskin gila dan tak kedekut bolehlah share dengan I. Thanks dan bye !

2 comments:

EIPUL said...

wow, ko kena jadik mentor aku ni on how to spend ur money wisely


haha

IZZAYATI HUSNA AHMAD said...

Eh, bayarlah. Aku bukak kelas taw.