Jul 19, 2011

BIG ELEPHANT


Harini saya berpuasa dan mungkin kerana terlalu lapar sebab sahur sambil bergosip pada 2.30 pagi semalam dengan Aja dan terus tidur tak gosok gigi, maka saya tertumpahkan gam gajah ditangan. Sekarang tangan  saya dah kasar dan buruk. Tangan kanan pulak tu. Nasib baik hari ni bukan majlis akad nikah saya. Kalau tak mesti future soulmate saya lari.

Untuk menghilangkan rasa kesat dan pedih, saya sapukan lipgloss di tapak tangan. People would do anything just to kill the pain, just so you know because mungkin awak cakap perbuatan saya itu entah apa apa. Tapi takan saya nak letak Clorox atau gosok dengan kertas pasir 01 pulak kan? Lagi macam haram jadinya nanti. Jadi saya mengambil jalan terbaik untuk biarkan benda pelik ditangan ni hilang secara sendirinya.

Malamni saya dah nak gerak ke Penang. USM dah jadi macam rumah kedua pulak. Nanti nak jumpa Mei, harap dia tak freaking out dengan tangan saya ni. Mei kuat membebel you know. Lebih lebih lagi kalau awak tak habiskan makanan dalam pinggan. Awak akan dengar dia membebel sepanjang hayat.

2 comments:

NuR aQiLaH mOhD aMiN said...

ko buat ape lak kt USM tu????

IZZAYATI HUSNA AHMAD said...

Ade meeting nak sambut budak budak KMUTT.