Jul 6, 2011

BULANMADU

Salah satu tugasan yang perlu kami lakukan dalam kursus di Langkawi adalah mencapai target RM200 atau lebih dengan melakukan apa apa kerja sekalipun dalam masa tujuh jam. Dan kami tidak dibekalkan apa apa selain kad pengenalan dan cuma satu telefon bimbit dalam setiap kumpulan in case for emergency.

Kumpulan aku dihantar ke Pantai Chenang dan kami buat macam macam kerja just nak hit RM200. Antaranya buat kerja housekeeping kat satu motel ni. Aku pun lap lah cermin kat empat blok situ dengan seorang lagi kawan. Kami lap dari luar, takmasuk bilik pun.

Masa tengah mengelap tu aku cuma harap minggu itu tak ramai orang ke Langkawi untuk honeymoon walaupun hari itu adalah hari Jumaat yang baraqah untuk kerja kerja sunat yang selalunya dilakukan di malam hari. Takpasal pasal karang aku masuk kelas anatomi. Mesti aku teragak agak nak teruskan dengan kelas free itu atau berlagak baik dan terus blah.

No comments: