- Lemang
- Rendang ayam
- Nasi tomato Miktang
- Ketupat
- Tart nenas
- Almond London
- Cornflakes madu
- Kerepek pisang
- Kerepek ubi
- Segala jenis kuih tradisional
Pengalaman malam raya.
Cehh ni macam dah tanya pengalaman malam pertama. Ehem ehem, belum lagi so mari kita cerita pasal malam raya. Selalunya seminggu sebelum raya kami kat rumah dah memang kritikal dok pasang langsir tukar sarung kusyen bagai. Lenguh badan kau tahu. Esoknya rasa macam nak pi betulkan urat belikat. Siriusli rumah aku memang meletup liplapliplap time raya tapi kami tak pernah beraya dirumah sendiri. Ianya cuma satu kepuasan yang kami anak beranak mampu bagi kepada Mak sebab dia akan senyum paling lebar bila nampak rumah dia paling cantik dalam Kuantan. Lepas dah berpenat lelah membanting tulang kemas rumah barulah kami gerak pulang ke kampung. O yeah pengalaman pulang ke kampung is something yang rare gila sebab perasaan dia macam kau balik rumah lepas setahun kat tempat orang jugak cumanya bila balik untuk beraya tu feel dia ala ala happy but sayu giteww. Plus semua orang kampung tunggu kau kat hujung jalan siap kompang lagi haruslah kau tergedik gedik nak balik kan.
**Point kedua aku, sekitar Mei/ Jun haritu, Mak atau entah siapa siapa dalam family aku terjumpa balik Cornflakes madu kepunyaan raya tahun lepas. Dalam container 500ml pulak tu Mak simpan. Kau tahu tak perangai mak mak ni pelik sikit. Punyalah nak sembunyi daripada anak anak dia yang pelahap kuih raya sampai taksempat tunggu raya, lepastu dia sendiri lupa mana dia simpan kuih tu. It turns out rezeki depan mata so kami kendurikan jelah. Dan disebabkan Mak simpan dalam Tupperware maka rasa dan ke-crunchy-an biskut tersebut masih normal. So aku nak promote kepada makcik makcik diluar sana, belilah Tupperware kerana walaupun lepas setahun, barang berharga yang makcik simpan itu masih mampu dimakan anak beranak. Kan manis bila kegembiraan dikongsi bersama?
4 comments:
kah3....budus la ko neh....adoiiii
Ngehehehe --"
Hantu kudapan....
Kerepek paling ohsemm.
Post a Comment