Mar 15, 2012


Aku tak pernah rasa eksaited dengan cerita artis Malaysia kahwin.
Kecuali yang ini. Yang paling sweet separuh mati ni.
Now I get it why Lisa is Malaysia's sweetheart, 
or the other boy's sweetheart.

Mar 10, 2012

HANGAT HANGAT TAIK AYAM


Itu azam Ramadhan yang lalu.
Tulisan berwarna merah telah ditambah baik oleh mak.

Mar 5, 2012

KAMUS HIDUP 2012

Perkataan-perkataan tersebut telah lama wujud tetapi telah diberi nafas dan maksud baru oleh si pemilik blog.

Semalam;
Kaki terasa seperti kena pijak dengan gajah dan takmampu nak jalan dah.

Penat;
Suatu kondisi dimana seseorang akan buat kerja last minute, lepastu lupa nak print notes Dr. Din, lepastu lupa nak print lagi satu copy, lepastu bila dah print pi tinggal botol air kat kaunter. Bila dah sampai kelas mula terhegeh hegeh mintak air dengan orang.

Selasa;
Suatu perasaan tidak tenteram kerana walaupun tiada kelas selama satu hari tapi start tengah hari membawa ke malam sahih ada meeting. Kadang sampai ke tengah malam, sampai kebuluran, sampai nak pengsan. So yes, fuck Selasa.


Sakit hati;
Perasaan marah yang membuak-buak tapi kena buat dek jew dan muka kena sehabis manis walaupun dalam hati dah menangis menyumpah seranah bagai.

Makan;
Makan sebelum lapar. Berhenti sebelum lapar kembali.

Tidur;
Takperlu nak bajet canang kat semua orang diri sendiri tak tidur petang, bila dah final year ni kau akan tidur dimana saja kau berada. Lengan Jack pon kau nampak macam bantal.

Dating;
Dah tadek maknanya. Dua dua ketul busy. Kalau jumpa pon time kelas. Nasib baik semester ni banyak jugak kelas sekali. Ihik.

Jack;
Bajet. Sebab tamaw pi cover story pasal inaccessible Youtube kat kampus. Boo hang.

Mar 3, 2012


Wa rasa tertipu bhai. Khabar gembira kononnya Youtube boleh dilayari setiap weekend di kampus wa hanyalah omong kosong belaka. Youtube memang boleh bukak. Tapi dok loading 2 jam tak play natang apa pon. Wa ingat bila duit PTPTN dah masuk dan semua student keluar berfoya foya termasuklah Liyana Sulaiman, online traffic taksesak dan wa boleh layan movie kat Youtube sesuka hati. Tapi ini adalah sesuatu yang mustahil. Bagai menunggu Tom Hardy ketuk pintu bilik wa. Walaupun seluruh umat USM keluar berfoya foya sekalipun, Youtube tetap takboleh bukak. Kali ni wa nak Jack pi cover pasal story ni, masuk dalam Berita Kampus. Sirius wa hangin ni.

Mar 1, 2012

Aku boleh rasa these two days I had been super-unproductive. See, bercakap pun dah tunggang langgang buat bahasa multicultural.

Aku telah melalui 7 jam meeting pada dua malam lepas dan aku end up menjadi serigala jadian dipagi esoknya sebab tak cukup tidur. Perasaan nak telan orang jahat tu membuak buak. Aku punya penat sampai aku lagi rela takmandi dan terus tidur tapi perasaan kulit badan yang dah macam dilempar dengan teh tarik perlu diambil kira dan buat aku fikir, mandi jelah. Mandi pun nak sekejap, sebab tidur lagi penting. Makan pun dah turun pangkat sekarang. Kalau dulu makan adalah lebih satu daripada nombor satu, sekarang aku tak tahu dia lepas kemana dah. Aku tak heran walaupun perut rasa mual dan diri macam nak pengsan. Sirius aku tak heran. Dan aktiviti tidak sihat itu telah berlaku dalam dua hari ini yang berbalik kepada topik tadi, aku jadi super-unproductive sebab everytime aku nampak katil aku terus tidur tak sedar diri dan tak hingin nak makan.


Gambar ini sungguh tipu. Aku takpernah study sampai tertidur. Aku cuma study untuk tidur.