Mar 5, 2012

KAMUS HIDUP 2012

Perkataan-perkataan tersebut telah lama wujud tetapi telah diberi nafas dan maksud baru oleh si pemilik blog.

Semalam;
Kaki terasa seperti kena pijak dengan gajah dan takmampu nak jalan dah.

Penat;
Suatu kondisi dimana seseorang akan buat kerja last minute, lepastu lupa nak print notes Dr. Din, lepastu lupa nak print lagi satu copy, lepastu bila dah print pi tinggal botol air kat kaunter. Bila dah sampai kelas mula terhegeh hegeh mintak air dengan orang.

Selasa;
Suatu perasaan tidak tenteram kerana walaupun tiada kelas selama satu hari tapi start tengah hari membawa ke malam sahih ada meeting. Kadang sampai ke tengah malam, sampai kebuluran, sampai nak pengsan. So yes, fuck Selasa.


Sakit hati;
Perasaan marah yang membuak-buak tapi kena buat dek jew dan muka kena sehabis manis walaupun dalam hati dah menangis menyumpah seranah bagai.

Makan;
Makan sebelum lapar. Berhenti sebelum lapar kembali.

Tidur;
Takperlu nak bajet canang kat semua orang diri sendiri tak tidur petang, bila dah final year ni kau akan tidur dimana saja kau berada. Lengan Jack pon kau nampak macam bantal.

Dating;
Dah tadek maknanya. Dua dua ketul busy. Kalau jumpa pon time kelas. Nasib baik semester ni banyak jugak kelas sekali. Ihik.

Jack;
Bajet. Sebab tamaw pi cover story pasal inaccessible Youtube kat kampus. Boo hang.

No comments: