Jul 20, 2018


Pagi tadi  masa hantar Ali ke rumah pengasuh, aku nampak ada sorang budak macam sebaya Ali tengah tidur berselimutkan kain batik. Gaya macam mak ayah hantar masa dia masih tidur dari rumah lagi. Muka dia aku taknampak sebab menghadap ke sebelah ruang tamu.

"Anak asuhan baru ke kak?" aku tanya sebab si Yaya, anak asuhan yang sorang lagi dah pindah dan cuma tinggal Ali sorang buat masa ni.

"A'ah. Baru start harini. Tapi Mail (suami) bising jugak. Sebab hantar awal sangat."

"Awal pukul berapa?"

"5.30 pagi."

"Mak aih, awal betul tu. Mak ayah budakni kerja apa?"

"Mak dia kerja tukang masak kat kedai depan taman. Dulu bapak dia selalu hantar tapi dalam pukul 9 macamtu, okay lagi. Ni baru cerai sebabtu mintak akak tolong jagakan. Akak ni pikir kesian kat mak dia. Itu yang akak start jaga balik."

Aku malas nak kepochi tanya macam macam. Dahla lambat nak ke ofis.

Jam 11 pagi di ofis. Mesej dari Kak Su masuk. Dia hantar gambar muka Ali dan bagitau budak tu cakar pipi dan hidung Ali. Lengan anak dia, Amna pun kena gigit sampai lebam dengan budaktu, pun dia tunjukkan gambar. Panjang lebar dia explain, yelah, dengan sekarang macam macam kes pengasuh dera anak asuhan dan sebagainya, aku faham dia taknak aku fikir bukan bukan. Lagipun dia memang akan report kalau Ali ada calar, kena gigit atau jatuh ke apa which jarang sangat. Jadi aku appreciate report Kak Su tu.

Cuma aku bagitau dia, aku takmarah sebab benda dah jadi. Sebelumni Ali duduk dengan dia elokja and tetiba bila budakni datang kena macamtu. Setakat calar sikit aku okay kan je.

Masuk mesej baru.

- Akak dah mintak mak budaktu datang amek anak dia. Akak taknak mengasuh anak dia dah.

- Takpe kak? Sempat ke dia nak cari pengasuh lain?

- Akak taksampai hati. Tapi nak buat camana. Akak takutlah sebab akak jaga anak orang lain jugak. Kang jadi apa apa dah jadi tanggungjawab akak. Memanglah budak budak main tapi kalau sampai luka anak orang akak risaulah.

- Serba salah jugak saya. Sebelumni dia hantar anak dia kat sape?

- Sebelumni ada sorang India jaga. Lepasni dia hantar sana balik kot.

Allahu. Sedih tatau nak cakap. Malamtu aku bercerita dengan Jack sambil berlinang air mata. Aku selalu rasa susah nak besarkan Ali dengan dia kejap sakit kejap buat perangai kejap itu ini. Tapi rupanya ada orang lain lagi banyak benda nak fikir. Tambah pulak bila jadi single mother. Takboleh brain manusia bangang kat internet sibuk nak cari salah ibu bekerja duk tinggal anak sebab nak kejar duit. Meh sini aku sepuk kepala kau. Ingat ada mak (yang sihat akal) nak berjauh dengan anak anak tak mikir anak nak makan apa, tinggal mana? Kau sembang kencang bukan nak tolong hulur duit.

Bukak jelah Facebook tu. Banyak sangat cerita pasal kepincangan keluarga kat Malaysia ni. Kita ni jangan laju nak komen hidup orang. Jaga hidup sendiri yang belum tentu terjamin. 

No comments: