Jul 21, 2018

KLINIK DESA KAMPUNG PULAI

Dalam entri sebelumni aku pernah cerita pasal betapa sucksnya klinik kesihatan (lebih tepat lagi Klinik Desa Kg. Pulai) sebab garang nak mampos dan layanan yang macam tahi. 


Okay, aku tarik balik. 

Mari kita cuba berada dalam kasut mereka walaupun kita berlainan saiz.

Dalam seminggu berapa banyak kes mengarut depa dapat yang wajib direkod dan dilaporkan kepada pihak atasan. Bila dah rekod, depa wajib follow up dan make sure pesakit/ ibu mengandung berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh kandungan dan selepas bersalin. Now bear in mind, kebanyakkan yang pergi ke klinik kesihatan adalah rakyat biasa yang gaji pun biasa biasa. Takcampur dengan kes anak luar nikah, budak umur 14 tahun dah mengandung, hat jenis dah kali kedua pregnant tapi still taktau/ tak ambil tau bila patut bukak buku merah, pendatang asing takfaham bahasa bila bagi arahan elok elok pon takreti nak ikut, pesakit tak follow jadual temujanji lepastu main crash tarikh lain yang memang dah ada pesakit lain so nak taknak nurse memang kena attend sebab berbalik kepada point di atas tadi - depa memang wajib bagi servis. So bila aku brain balik, aku boleh paham depa pon stress sebab ada pesakit tak faham bahasa. Aku pun kena tengking awal dulu sebab lambat inform untuk buka buku mengandung. Dah 5 bulan baru nak report kat klinik kesihatan (KK). Mendapatlah jawabnya. 

Tapi serius KK  sangat sangat menjaga kandungan. Beza sangat bila pergi swasta. Kau sampai, amek tekanan darah, timbang berat, scan baby, lepastu amek gambar scanned film lepastu upload kat instagram "I can't wait to see you". Lepastu dia charge kau RM200. Di KK, mereka sangat menitikberatkan kesihatan ibu. Ibu sihat insyaAllah baby akan okay. Segala macam test kena buat. Dalam banyak banyak test tu nasib baik aku terlepas minum air gula.

Sebabtu kat KK scan baby pun jarang then gambar pun keluar macam TV1 yang dah habis siaran. Aku check up kat KD Kg. Pulai tapi bila nak scan kena pergi KK Gelang Patah. Masa aku tanya doktor apa jantina anak aku lepas scan haritu, dengan penuh yakin dia kata boy. Aku tenung gambar tu, tang mana yang dia nampak bebird? 


So yeah, tips untuk mendapatkan rawatan di KK adalah jangan nak diva. Jangan nak sombong bajet kau nampak semenggah sikit daripada orang orang lain kat klinik tu lepastu kau nak orang cakap lemah lembut dengan kau. Memang padanlah muka kalau kena maki. Sebab aku penah nampak dengan mata kepala sendiri si Melayu ni gatal speaking dengan nurse kat kaunter depan. Takpayahlah, simpanlah perangai bangga diri tu kat rumah. Kalau gatal sangat tunjuk skill berbahasa Inggeris, pergi cari yang sekufu, pergilah Prince Court.

Unless kau dapat nurse/ pegawai yang memang purely kurang ajar. Yang ni aku takpernah jumpa lagi sepanjang mengandung dan lepas beranak dulu. Sebab nurse kat KD Kg. Pulai yang aku kata garang tu pun sebenarnya baik. Yang penting kena pandai dan tahu hormat orang.

No comments: