KALAU DAH JODOH TAKKAN KEMANA
Betullah tu. Jodoh tak semestinya antara lelaki dan perempuan sahaja. Jodoh merangkumi persahabatan dan permusuhan. Ahha. Kalau dah memang kau kaki gaduh mana pergi pun gaduh jugak ye dok?
Btw, aku kangen sama kawan kawan. Yang kat kampus toksah ceritalah dah setahun makan tidur mandi sekali lepastu empat bulan takjumpa. Rasa macam bangun tetiap pagi nak menangis rindukan korang pun ada tapi aku tabahkan hati ini bahawa korang pun bukan rindu aku sangat kan. Then dapat pulak khabar Aten dan Faed nak join untuk intake ni. Hamagaaad I dah meloncat kat rumah sampailah Ayah cakap, habehlaa memang tak studylah kan. Aku cuma mampu sengih sengih. Siapa tak seronok kalau kawan baik/lama masih boleh berada dekat dengan kau lagi untuk tahun tahun mendatang? Aten dah tiga tahun sebilik dengan aku kat kolej dulu. Now walaupun dia dapat program yang memang lari jauh beribu batu dari aku, aku tetap tunggu dia dengan hati terbuka seluas hamparan pasir dipantai. Giteww.
Aten adalah seorang rakyat Kedah yang dulunya menetap di Penang. Dia pernah cakap dia nak masuk ASTECH tahun tu (sekolah teknik) but then ada something yang menghalang so dia tak masuklah. Kalau tak mesti kami dah jumpa sebab Yayat pun sekolah situ jugak. Takdir Ilahi, kami bertemu di KPMIM, tiga tahun aku sebilik dengan Aten daripada semester satu sampai lima. Semester enam masing masing dah get off pi praktikal. Masa hujung tahun tu semua menangis sebab dah lama share hidup dengan dak dak ni and tak tahu lagi bila nak jumpa. Kalau makcik jual tisu tunggu kat tepi blok tu pun confirm dia jadi jutawan sehari. Tiga tahun bertungkus lumus habiskan diploma sama sama sekali dengan Faed Cimud dan Yayat. Sebenarnya tak adalah bertungkus lumus pun and kalau nak ibaratkan gaya study kami ni, memang tataw nak ibaratkan dengan apa. Lecturers tengok pun menangis.
Sebagai pelajar yang berdisiplin kami banyak menghabiskan masa dipadang kolej untuk aktiviti bersukan. Sebabtu kami semua sihat sihat belaka.
______________________________________
And here we are again, bakal jumpa lagi sidang akademik depan. Cumanya kali ini aku dan Cimud dah jadi senior dia dengan Faed. Nak ketuk ketuk kepala depa ni sikit bolehlah. Nak lebih lebih balik teriak pulak satgi. Ogayhh I miss you all actually wuwuwuwuwu. Tak sabaq nak tunggu September. Nak pi teriaklah babai.
3 comments:
gamabr mak masuk blogg....wah2....
Humm.
And me alone here ;(
p/s: Miss you all.
Gambar lama lah Din.
Yayat, we'll visit you there :)
Post a Comment