Semalam, lebih kurang Isyak, mak mesej. Tanya khabar. Aku balas- Okay dan tanya semula mak kenapa text. Okay, ini situasi yang pelik bagi aku sebab aku jaraaaaaaaaaang sekali nak texting parents dan selalunya cuma mesej ayah untuk minta masukkan duit. Itu sahaja.
Kau tahu apa mak cakap dengan aku?
Mak rindu Along.
Petang tadi aku ada final test untuk LHP 455. Cuba untuk jadi anak yang baik dan minta berkat dari mak, aku called. Tak dijawab. Aku called lagi. Tetap macam tu.
"Mak, I got test later at 5. Pray for me."
Kau tahu apa mak balas dengan aku?
"Mak baru lepas solat. Mak sentiasa berdoa untuk Along dan anak anak mak. Yang penting usaha dan ingat Allah selalu. Buat solat hajat Insyaallah berjaya dunia akhirat. Good luck."
Kau tahu benda apa yang aku tak pernah bagitahu mak tapi aku cakap jugak bulan lepas?
ILOVEYOU.
2 comments:
<3 this! I don't have the guts to write all about this even i wanted to. Because mom, such a good stalker and i know, she reads my blog too :(
Tell her then. Its worth it :)
Post a Comment