Mar 23, 2011

Kita adalah kita dan orang tak akan dapat rasa apa yang kita rasa. Dan selalunya itu adalah perkara perkara sedih. Kalau betul pon dia dapat rasa kesedihan yang kau rasa tu, well maybe taksampai twenty-percent pon perasaan tu. Yelah, setakat rasa semata semata. They are not in our shoes.

So jangan nak berangan sangatlah bila kau sedih macam nak mati, ada orang datang meratap kat tepi kau, nak rasa sedih bersama. Nak meraung bersama.

The point is, bukan tak ada yang nak pegang tangan kau dan kutip hati kau yang pecah berselerak tu. Ada. Tapi jarang, kadang kadang dan tak banyak. So kalau kau dah jumpa, jaga dan simpan sebaik mungkin. Biar sama sama jatuh bangun. Biar dia itu cuma satu, yang sentiasa disisi kamu, tapi tak pernah hilang dalam waktu.

No comments: